Pages

Wednesday 29 June 2011

Wordless Wednesday #2


Sekian,

Tuesday 28 June 2011

Cabaran terbesarku..Huh!!!

Seriously kita tak pernah mendapat cabaran sebesar ini. Bila teringat balik macam menyesal je pergi sekolah tadi. hehehe..(jahat punyer skill nak mengelak..) :p . Kita nak buat pengakuan disini yang kita tak pernah cakap dihadapan orang yang begitu ramai. Tapi pada hari khamis ini itulah yang akan berlaku. Hari tu discuss memang kita diberi tugas untuk mengedit video untuk ditayangkan kepada adik-adik form 2. Tapi tadi, peralihan cadangan pula yang berlaku. Sesiapa yang ditugaskan untuk setiap segmen dikehendaki handle sepanjang segmen tersebut berlangsung. Dengan kata lainnya kita dikehendaki menerangkan dihadapan adik-adik yang seramai 150 orang dan fasi-fasi yang seramai 20orang. Kecut perut woo..Huh. Kita yang mendengarnya macam nak luruh jantung. Tapi tak apa lah. Kalau Malaysia BOLEH, NOR SHAZANA mesti BOLEH juga kan. Buat-buat sempoi dah lah. Kita kan nak buat benda baik kan. ^_^

WAAA..Tak mau lah takot-takot macam ni. 

Kawan-kawan doakan yang terbaik ye. Hari Khamis 30/6/2011. Harap-harap semua berjalan lancar takde lah yang terketar-ketar. MALAYSIA BOLEH !!!! NOR SHAZANA BOLEH!!! Nasib baik satu jam je yang segmen VIDEO SAHSIAH JATI DIRI ni. ^_^

(p/s: nasihat untuk diri sendiri. Ikhlaskan hati dalam melaksanakan tugas demi anak bangsa. YEAH!!!)
Sekian,

Monday 27 June 2011

Tabiat kekal.

Sejak dua bulan duduk tanam anggur yang tak berbuah dekat rumah ni kan. Kita perasan 1 habit yang kita tak boleh tinggalkan.. Nak tahu apa? Jeng-jeng-jeng..(bukan suspen sangat pun. eksyen je lebih..:p ) Iaitu minum air dalam botol. Mana kita pergi mesti ada botol air. Masa ON9 mesti ada botol air kat sebelah, tengok tv pun ada botol kat sebelah, pergi rumah tok pun mesti bawa botol air...sampaikan nak tidur pun nak botol air jugak. Ramai juga yang tegur kita, expecially adik-adik kita lah. 'na eyh, asyik minum 'ayak' dalam botol je. Cawan kan belambok kat dapur orh.'. Kita pula yang jawab, 'biar orang arh..minum dalam botol lah sedap.. nikmat ayak lebih terasa ! pastu boleh jimat air. tak payah nak bazir air untuk basuh gelas bertimbun-timbun.' Hehehe..Padahal malas je yang lebih. Malas nak ulang-alik pergi dapur nak minum air. Sejak duk kat Matrik Kedah kita memang minum air dalam botol je. Minum air dalam cawan cuma kalau mengidam sangat nak minum air panas.^_^ Tu yang melekat sampai sekarang. Tak boleh nak tinggal dah tabiat ni. Tapi korang semua jangan salah anggap pula.. Kan ada yang anggap kita minum air dalam botol ni pula kan:


NO. NO. NO..!!! Bukan yang ni lah. Tak main lah minum air dalam botol ni. Tak nampak kematangan langsung. hehehe.. Kalau botol yang kat bawah ni, memang betol... :

Lebih kurang macam ni lah botol air kita. tapi
yang kita punya warna biru. Saiz nya
 kecil skit la dari yang nie. Tak larat nak bawak
yang besaq-besaq.
Kalau tak pun yang ni :

yang ni lagi ringan dari yang kat atas. biasa kalau
hangout dengan kawan-kawan, kita bawa yang ni je.
muat-muat letak dalam beg. ^_^


(Thank you for reading.)
Sekian.

Friday 24 June 2011

Buat si LELAKI dan si WANITA...


 Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya...

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah,
Bukan daripada tulang rusuk bawah untuk dipijak, 
Tetapi terletaknya tulang rusuk itu di bahagian dada,
Dan berdekatan dengan tangan.... 
tangan yang membelai,
dan hati yang mempunyai perasaan kasih dan sayang...

Seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?" "Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya."Saya tidak faham", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah faham wahai anakku.."Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak lelaki itu pun lalu membesar menjadi seorang lelaki dewasa, dia tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia bertanya, "Ya Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" 

 

Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, cukup lembut untuk memberikan keselesaan buat si kecil.. "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya... "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan...

Ini adalah senjata miliknya untuk digunakan bila keadaan yang mendesak...


" Adakah engkau mengetahui bahawa:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."



Wanita itu sendiri adalah rahsia



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Akal  mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya...







Sekian,

Wednesday 22 June 2011

Rahsia Personaliti Dari Jenis Darah...

Darah Jenis B:

Kamu lebih selesa dengan KESEDERHANAAN. Dalam perhubungan pula kamu adalah induvidu yang terlalu JUJUR dan lebih gemar BERTERUS-TERANG dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah induvidu yang KREATIF dan FLEKSIBEL, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri kamu dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah induvidu yang BIJAK BERSOSIAL. Namun adakalanya sikap kamu yang gemar BERDIKARI dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri kamu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri kamu sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara sendirian.



(p/s: Betul ke ni? tapi kan...kiter rase kiter nie pemalu. Tak pandai sangat nak berdikari..dan kiter jugak suke mintak bantuan dari orang disekeliling kiter.. hehe..^_^ )

Sekian,

Wordless Wednesday #1



(p/s: ceteke - ceteke.. ^_^)
Sekian,

Tuesday 21 June 2011

TIPS-TIPS sekiranya terkena AIR PANAS

1. Pertama sekali, anda tekapkan kat kawasan tubuh badan yang terkena air panas tadi dengan kapas. Lakukannya secara perlahan-lahan dan cermat.

2. Kemudian, sapukan sedikit mentega kat bahagian yang terkena air panas tu. Kalau takder mentega, gunalah krim yang sejuk, minyak kelapa ataupun minyak sayuran.

3. Pastikan anda tak kenakan air kat bahagian yang melecur tu untuk beberapa jam.

Baiklah, itu saja yang perlu anda lakukan untuk sementara waktu. Kulit anda akan pulih seperti biasa. Lepas ni, kalau anda atau sesiapa saja yang melecur terkena air panas tu, bolehlah anda syorkan mereka 3 langkah di atas.

(p/s: jangan buat-buat terkena air panas pulak lepas nie.. ini sekadar panduan untuk mengurangkan kesan melecur anda)

Sekian,

Sunday 19 June 2011

Gelagat Pemandu Hari INI

Haiyak. ape nak jadi daa ngan pemandu-pemandu hari ni kan. Adoiii. Istifar panjang rasenye bile melihat kejadian tadi. Mane taknye. Terkejut beruk kiter dibuatnye. Kuat woo bunyi hon bas. Bukan sekali kot. BANYAK3x kali kot. Naseb baik tak pecah gendang telinge je. Huh. Yelah. Disebabkan 1 kerete ni abes berjela2x jalan JAM tadi. Kiter yang melihat depan2 mate kiter pun dah naik 'seeriaa' tau. 

Anda dapat agak tak ape yang berlaku???
Macam mane lah pemandu bas tu tak bengang ngan pemandu kerete tu kan. Jalan tu dahlah sempit. Tempat kerete yang diparking tu punyerlah berseberang je ngan stesen bas..dan sememangnye menjadi lalu lalang bas lah kan.  Boleh pulak si pemandu kerete tersebut parking kerete di situ kan. Naseb baik pemandu Bas tu tak langgar terus kerete tu.. Ape-ape pun kiter TABIK SPRINGG kat pemandu bas tu atas kesabaran pemandu bas tersebut. Kerana beliau tidak bertindak diluar batasan. 

Tengok lah.. sampai orang ramai terpakse bertungkus lumus
nak alihkan kenderaan tersebut

Kesesakan yang berlaku
gara-gara sebuah kereta.

Last-last pemandu KERETA berkenaan datang setelah beberapa minit kemudian.. LAAAAA!! Patot la..seorang pakcik upenye. Orang tak dapat nak tunjuk marah sangat la. Atas dasar hormat kan.. Kot2 si pakcik terlupe kot kerete dia terPARKING kat tempat yang tak sepatotnye. Harap-harap kejadian ni dijadikan teladan bagi pemandu-pemandu di MALAYSIA yer...
MORAL OF THE STORY: jangan PARKING kenderaan ditempat lalu lalang ye..^_^


(p/s: sebut pasal lesen..bile pulak agaknye kiter dapat bawak kete eyh?? lesen P kiter dah nak tamat tempoh dah pun...haiissshh)
Renung-renungkan..^_^
Sekian,

Saturday 18 June 2011

Kisah sempena Hari BAPA

Pada suatu petang, seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pelajaran duduk berbincang-bincang di halaman rumah sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba, seekor burung gagak hinggap di ranting sebuah pohon. Si ayah menudingkan jari ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, itu apa yah?”
“Burung gagak” jawab si anak.
Si ayah mengangguk-angguk, tetapi sejurus kemudian beliau sekali lagi mengulangi pertanyaan yang sama. Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi, sehingga berkata dengan sedikit kuat “Itu burung gagak, Ayah!”
Tetapi, sejurus kemudian si ayah bertanya lagi hal yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit bingung dengan pertanyaan yang diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, “Burung Gagak…!!!” Si ayah terdiam seketika. Namun, tidak lama kemudian sang ayah sekali lagi mengajukan pertanyaan yang serupa hingga membuat si anak hilang kesabaran dan menjawab dengan nada yang kesal kepada si ayah, “Gagaklah, Ayah….”
Puncaknya, si anak benar-benar marah kerana melihat ayahnya hendak sekali lagi membuka mulut untuk bertanya hal yang sama. Kali ini, si anak benar-benar hilang kesabaran dan menjadi marah.
“Ayah!!! Saya tak tahu kenapa… ayah sudah lima kali bertanya hal yang sama, dan saya selalu menjawapannya. Apalagi yang harus saya katakan? Itu burung gagak, burung ga…gak, ayah…,” Kata si anak yang kini tengah berusia 25 tahun dengan muka memerah.
Si ayah beranjak menuju ke dalam rumah, meninggalkan si anak yang kebingungan. Sesaat kemudian, si ayah keluar lagi dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram, sebuah buku diary yang sudah usang.
“Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu.” Pinta si ayah.
Si anak membaca catatan sang ayah…
“Hari ini aku berada di halaman bersama anakku, Syafiq Zakaria yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba, seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku menunjuk ke arah gagak dan bertanya “Ayah, apa itu?”
Aku menjawab, “Burung gagak”. Anakku terus bertanya soalan yang serupa, dan setiap kali aku menjawabnya dengan kalimat yang sama….
Sebanyak 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayang, aku terus menjawab untuk menyenangkannya. Aku berharap, ini menjadi pendidikan yang berharga.
Setelah selesai membaca coretan diari tersebut, si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang terlihat sayu. Dengan perlahan, si ayah bergumam “Hari ini ayah baru bertanya kepadamu soal yang sama lima kali, tapi kamu sudah hilang kesabaran”
Si anak terpukau dan tak dapat membendung air matanya… ia menangis sejadi-jadinya, sambil memeluk erat sang ayah.


Kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa tiada penghujungnya...
SELAMAT HARI BAPA
Sekian,

NEW look!!!

Selepas meneliti dan membuat kajian di blog rakan-rakan blogger yang lain.. Kiter dah mendapat idea baru untuk membuat sedikit pembaharuan di blog kiter nie. Al-maklumla.. kiter nie kan masih dalam proses pembelajaran untuk membina blog yang boleh menarik perhatian blogger-blogger sekalian. hehe.. ni pun dalam proses pembelajaran lagi lah nie.. so nak dengar jugak ape riaksi korang mengenai perubahan yang berlaku di blog kiter nie. Adakah yang lame okey ataupun yang baru nie lebih okey???


Nie HEADER yang lame punyer

Kiter masih mengekalkan simbolik 'BUTTERFLY' dalam HEADER kiter. Bagi kiter 'BUTTERFLY' melambangkan kebebasan para blogger dalam berkarya.



(p/s: ingin tahu apa kata anda ^_^)
TQ. Sekian, 

Thursday 16 June 2011

pesanan dari THE MOST AYU ONE

sape lagi kalo bukan 'who next..MY MOTHER..' lalala~


Macam nie kisahnya. Tiba-tiba hari ni terbukak hati nak bukan email sendiri.. huh. bukan men belambak email masuk. Bukan ape pom notification dari FACEBOOK je yang banyak. Selak punyer selak baru terperasan banyak jugak email yang mak kiter antar. Email yang penuh dengan MESEJ dan NASIHAT yang berguna. Yang ni lah antaranya...

JANGAN dan JANGAN...

Jangan  sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.






Jangan  masuk ke bilik air tanpa memakai alas 
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa 
keluar najis, 

mengotori seluruh rumah kita.








Jangan  makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.







Jangan  biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan  makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan  pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.






Jangan  tidur selepas   solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan  keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan  biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan  menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan  ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan  mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan  lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan  bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan  banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan  biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan  suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Gambar hiasan

Jangan  terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGANSebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

(p/s: renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^ )
Thanks to my mak.<3

Wednesday 15 June 2011

Silent MESEJ...

For WORDLESS WEDNESDAY


+

=