Pages

Friday 30 September 2011

Biasiswa JPA diumumkan...

GBM 1: Hari ni hari apa eyh? 
GBM 2: Hari Jumaat..
GBM 1: Berapa Hari bulan? 
GBM 2: 30 september... 
GBM 1: WHATTTT!!! Hari ni ke?? OMG..KETAQ!!!

GBM ni cakap dengan sape? Cakap sorang-sorang eyh?? Isyk! GBM ni dah giler ke.. 
Aissyhhh..Tak baik tau cakap kat kiter giler.. Tuhan marah lah.. Itu monolog dalaman GBM je. Takde lah sampai kiter nak teriak satu dunia.. Itu bukan sahaja giler..ni dah kira sekali dengan sawan dah tu.. muahahaha.. Kebetulan jam 12 tengah malam semalam aku duk kalut nak siapkan lab report optic. Maklumlah..pagi tu seharian aku outing. Pukul 10malam baru ingat nak balik. First time outing yang tersangat lah lammmaaaaanyaaaaa... Masa duk tengah buat lab report tu teringat kepada tarikh yang nak kena submit report tu kebetulan sama dengan tarikh biasiswa jpa diumumkan.. Mahu terketaq kepala otak den.



Mak aku siap kol tengah-tengah malam tanya.. dah check JPA ke belum.. Bukan main semangat mak aku. Terpaksalah aku bukak komputer di tengah-tengah malam yang hening untuk membukak laman web JPA.. Tapi still tak dapat. Depa tulis kat situ pukul 5petang baru boleh check. So, kiter tunggu esok lah yer.. dup-dap-dup-dap rasanya.. 


Malam bertukaq siang, siang nak bertukaq kepada maghrib...


Tepat jam 5.15petang aku sampai bilik. Tengok-tengok 3miskol bebbb. Siapa lagi kalau bukan mak aku. Ni dah sah-sah mak aku nak tanya pasal JPA. Aku pun telefon lah mak aku balik...


GBM: Hello, assalamualaikum..kenapa mak?
Mak: Dah check ke JPA?
GBM: Belum lagi..Baru je sampai bilik. Ni baru nak bukak laptop lah ni..
Mak: Mak pun tengah bukak jugak ni..kenapa mak nak chek ni tak dapat? Dah banyak kali mak cuba.. Tak dapat jugak.. *baguskan mak shaye. :)
GBM: Hahhh?? Tak dapat? Kejap.. Nanti na try chek..


5 minit kemudian...



GBM: Hello, Mak...
Mak: Hah..Macam mana?? dapat tak??
GBM: Kejap ye mak.. Na kasi 3G dengan mak. Baik punyerr...hehe


Mak: Apa ni?? Depa tulis apa? Tak nampak ni. Awat depa tulis tulisan haluih lagu nih. 
GBM: Isyk. Mak tak payah lah baca yang panjang-panjang tu.. Baca yang tulisan hijau tu je..
Mak: Jap.. Ba Ro Jim Alif Ya Alif... Alhamdulillah...*aikk?? ada tulisan jawi ke kat situ? Aku yang buta ke..atau mak aku yang ada dwipenglihatan.. sampaikan boleh terbaca jawi?? haihhh..pelik nih. -.-"
GBM:  Alhamdulillah mak.. Na berjaya jugak dapat JPA. hehe.^_^


Yeah!!!! Dapat JPA!!!!! Terloncat-loncat aku dalam bilik sorang-sorang. Nasib baik bilik aku takde orang. hehe.. Roomate aku takde dye pergi campaign.. Kalau tak habis pecah keayuanku nanti. muahahaha.. *hipokrit punyer orang betol lew aku nim. muahaha.. Terima kasih abang2 dan kakak2 JPA! Abang2 dan kakak2 JPA tahu tak? Shaye kan... shaye buat keputusan berani mati betol... Shaye fiikir shaye hebat..Biar result shaye tak sehebat mana pun. Shaye tak mintak langsung ptptn atau sebarang pinjaman lain.. Mak shaye cakap tak payah mintak.. Jadi shaye letakkan harapan 100% kepada JPA taw. Siang malam shaye doa agar shaye terpilih menjadi salah seorang daripada yang terpilih itu. Dan akhirnya shaye berjaya jugak mendapat apa yang diinginkan oleh pelajar-pelajar 'perantauan' seperti shaye ni. Dan ternyata 'MIMPI shaye di pagi hari' telah menjadi realiti....



Terima kasih yer abang2 dan kakak2 JPA. Hanya tinggal 4lagi 'mimpi' shaye yang belum shaye kecapi.. Abang2 dan kakak2 JPA jangan lupa doakan kejayaan shaye yer.. Doakan agar GBM anak EN.MOKHTAR dan anak Kak Yat ni sentiasa rajin dan ingat kepada DIA YANG SATU....amin..




(p/s: bukan 3G betul2 pun.. tokok tambah cerita je tu.. muahaha.. Mak aku tak reti nak 3G. Aku cuma bergayut sambil membaca satu-persatu apa yang tercatat pada skrin komputer..hehe..CHILL BEBB!!!~)

Last word...'Alhamdulillah...' 


Sekian,

Pencarian Header Blog Paling Sempoi & Kreatif 2011

Klik banner untuk JOIN

Saje nak tergedik join contest ni. Dah tahu header tak seberapa nak hudus. muahaha... So, sape nak ikut tergedik macam GBM...Moh kiter pakat join ramai-ramai! ^_^

Sekian,

Thursday 29 September 2011

Kebakaran Kolej JATI UITM SHAH ALAM

Tak nak cerita panjang.. Cuba tengok video ini dan anda akan tahu reaksinya..




Menurut sumber, kebakaran berlaku disebabkan oleh puntung rokok.


Apa-apa pun semua dah terjadi...Nasi dah jadi bubur. Harap semua Mahasiswa dan Mahasiswi ambil iktibar atas semua yang berlaku.. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Merokok hanya memudaratkan. Contoh dah ada di depan mata.. Apa nak tunggu lagi? Katakan TAKNAK pada ROKOK! 


Salam takziah GBM kepada semua warga UITM SHAH ALAM atas musibah yang melanda.

(p/s: esok GBM nak ke UITM SHAH ALAM.. baru nak buat kad matrix ^_^ )

Sekian,

Wednesday 28 September 2011

Wordless Wednesday #12

 Bakal OPTOMETRIST Kelahiran UITM Puncak Alam




(p/s: tadi check mata kat klinik Optometrist PA. Depa suh GBM buat spec baru.. HAIHHH.. pitih-pitih!!! POKAI~)


Sekian,

Monday 26 September 2011

Dari PUNCAK ke PANTAI

Stress!!! Stress!!! Dan STRESS!!! Hanya itu yang aku mampu ungkapkan sewaktu aku mendapat tahu yang budak optometri bakal menghadapi sekali lagi orintasi.. Kali ini bukan lagi di PUNCAK tetapi di tepi pantai iaitu di Teluk Batik. Korang tahu Teluk Batik tu kat mana?? Kat perak kott.. Ini yang buat aku terkezut benor.. Tak sempat nak rehat langsung.. Baru je reda perjalanan 4hari orintasiku di PUNCAK kini tiba pulak orintasi selama 3hari di PANTAI. HAHHHHHHH!!!!! STREEEEESSSSS MAAAAA!!!!


Tapi aku ada jugak cerita dekat mak dan kawan-kawan aku yang lain.. dan reaksi mereka... of course lah terkezuttt besaq!!! Korang bayangkanlah..baru je habis orintasi minggu lepas..minggu ni kena orintasi balik. Aku dengar perkataan ORINTASI tu sendiri dah terlampau fobia... Teringat sejarah lama di matrikulasi pada saat minggu orintasi itu dijalankan..


Okeyhlah.. tak nak berleteq macam mak nenek kat sini.. aku proceed terus pada tujuan sebenar entry kali ini. Pagi itu kami semua turun agak awal melalui 'tangga azimat' tersebut sambil menjinjit beg yang besar.. Sebelum pukul 8 lagi kami dah keluar dari bilik... Satu persatu...dengan langkah yang penuh berhati-hati...akhirnya kami selamat sampai ke tempat per'kumpul'an untuk menunggu bas yang bakal mengangkut kami ke destinasi yang telah dirancangkan..

Sampai-sampai je, akak senior jerit 'dik mai amek roti sini dik!'.


Selalu tengok budak pempuan je yang giler lensa..
tapi kali ni kaum adam  pulak yang  ambik turn yerr.. -.-"
Lebih kurang pukul 9.40pagi bas pun sampai.. Aku pun bergegas-gegas ambil beg dan terus berhimpit-himpit dengan budak-budak lain. Memang budak-budak betul lah aku nih. Macam orang tak pernah naik bas!!!! Buruk bebenor!!! Haihhh..



'Nasik-nasik!!!'
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami selamat tiba di tapak perkhemahan.. Hahhhh!!! Ni yang aku kagum sangat dengan students UITM PUNCAK ALAM. Akak-akak dan abang-abang senior semua baik-baik! Sangat prihatin terhadap segala-galanya tentang kami! Sampai je sana..terus kami di bekalkan dengan nasi sebagai makanan tengahhari.. macam tahu-tahu je kami lapar ye kak. LIKE 1JUTA lah kak!!! ^_^


Makan sudah, sembahyang pun sudah... Sekarang tibalah masa untuk pasang.....

Piwittt!!! aweks cun tuh.. jangan men-men! hehe=p

Apa yang penting...KERJASAMA!!! Adush..penat lah pulak...nak skip cerita ni skit boleh??? Ala...skip yang part yang kami masak sendiri je... nanti tengok gambar bahagian last entry ni yerr.. Malam pertama di sini kami di kehendaki duduk dalam kumpulan.. Kami diberi tugasan untuk mereka nama,bendera, moto dan cheers bagi kumpulan kami masing-masing.. Masa yang di berikan?? Cuma 30MINIT!!! Akak-akak siap countdown kemain..macam nak celebrate tahun baru je rupenye..


TADAAA!!! Comeyh kan-kan-kan!!!!
 hehe^_^
I-STAR!!! Shinning in the eye. Lu langsi, lu mati. muahaha.. macam pro-pro je! Keesokkan harinya kitorang ada aktiviti sukaneka. Macam-macam game ada. Tarik tali..Kepala basah...Lambung bola... tapi... kesemua game tersebut kumpulan I-star hanya sempat main untuk 1 pusingan sahaja. Lepas tuh mati terus..takde kalah-kalah. Langsung mati.!! Tapi takpe beb.. chill beb...CHILL!!! Kitorang bagi can kat kumpulan-kumpulan lain untuk menang.. muahaha.. *ayat biasa biler seseorang tak nak kelihatan seperti orang frust menonggek.

Terlebih eksyen sudaaa..PEACE! ^_^

Kumpulan I-STAR menjadi pembuka untuk pertandingan tarik tali..
and the result?? of coursela awal-awal lagi dah mati.. hehe.

Penyokong berwibawa! Semangat bro tiup wisel! hehe

Disebabkan atas dasar kalah mati yang terlalu awal.
I-star hanya mampu menjadi penyunting semangat untuk
kumpulan-kumpulan yang lain. SEMANGAT BOSS..
SEMANGAT!!!
Kumpulan ni JOHAN acara tarik tali! Hebat!
Aku antara orang yang tak miss tengok kumpulan ni main. 

Kepala Basah.


Hameeekkk!!! Gedebushh boom pecah sebijik atas kepala.

Tiba-tiba watermark hilang leww pulak.! Laptop ni dah mula mengilai. Kejap ada kejap takde.. Takpe-takpe..tak jadi masalah.. apa hal kan...setakat watermark yang tak seberapa hudus. hehe.. kita proceed kepada gambar yang seterusnya..


Selepas habis acara sukaneka pada sebelah pagi..sebelah petangnya pula aktiviti tresure hunt pulak diadakan. Tresure hunt gempak bebbb.. Pernah tengok orang main tresure hunt pakai slipar tandas??? Takde kan... Hehehe.. Macam ni lah rupanya... Berlari-lari dengan slipar tandas.. Naseb baik takde bunyi sound effect 'soh seh soh seh..' muahaha..


Check point ni paling lawak antara yang terlawak.
Muahaha.. mahu gelak sakan tengok orang main game ni.


Aku benci main game ni! Tiap kali aku baling mesti tak
 kene belon tuh. Padahal aku hari-hari main game angry bird.
Siap dah apply segala LAW dah..
Masih jugak tak kena! Geram tol!!!

Group sape lagi kalau bukan I-STAR! Semangat bebbb!!! ^_^

Piwiittt.. game ni agak 'bahaya' antara yang terbahaya.
hanya sebatang lidi menjadi penghubung...


Mamat nih selalu enteprem akuh. Sibuk jew. Isyk!

Cari pitih dalam gaung! Ore ganu oyak. 

Lari jangan tak lari..!!!

Go I-STAR!! Go I-STAR!!! OPSSS.. Terlebih sudaa~ hehe.. 

Dah macam hantu jepun aku tengok.!!!

Setiap checkpoint akan di berikan colekan pada wajah setiap ahli kumpulan.. Dan antara yang paling banyak terkena colekan tersebut adalah aku. Dan hasilnya.. Telah memberi transformasi hebat kepadaku daripada seorang gadis yang berwajah keayu-ayuan telah bertukar menjadi hantu jepun!!! *perghhh.. perasan ayu leww plak. Takpe.. seronok jugak jadi hantu jepun. Baru nampak hebakkk... Ye dokk???


Tresure hunt yang sangat seronok dan menarik. Pada malamnya pula kami ada BBQ dan persembahan daripada budak FIRST Year OPTOMETRI puncak alam. Korang boleh tengok kat Blog khas OPTOMETRI puncak alam. Di blog tersebut juga mengandungi sebahagian gambar-gambar yang aku tak sempat nak lampirkan disini. 


Keesokkan harinya..sebelum pulang.. Majlis penutup diadakan.. sekali dengan majlis penyampaian hadiah.. Dup-dap-dup-dap!!! Tak berdebar pun.. saje je buat sound effect. Kasi gempak skitt.. muahaha.. Kitorang dah tahu kaww-kaww lagi yang kumpulan kiter takde harapan nak menang.. Ketua kumpulan aku siap bagi warning kat aku.. 'Kalau kumpulan kiter dapat no.last kau pergi ambek hadiah.. aku tak nak ambek.' Asam boii..punya leader!!! Aku pulak yang kena! Haihhhh.. Tapi takpe.. aku kan budak baikk.. CHILL bebb!! Hehehe.. tunggu punya tunggu.. mana group I-STAR tak diumumkan lagi ni.. Haihhh.. dah masuk dalam list TOP 3 lagi tuh.. beberapa saat kemudian....

 Jeng-jeng-jeng.. dan keputusannya.. I-STAR....
Jatuh pada tempat...Ke..TAMA!!! eyh silap bahasalah pulak.. Tempat PERTAMA!!! Siyess gugur rambut aku dengar I-STAR boleh no.1. Depa ni dah kena jampi serapah apa lah nim. Kot-kot..depa tengok ahli kumpulan I-STAR semua CUN-CUN. Tu yang depa kasi menang tuh.. muahaha.. *kembang lobang hidong 10inci. 

Jyeaaahhhh!!!!

Laju je leader kumpulan aku pergi amek hadiah... Naseb baik no.1. hehehe.. Hamper dye gempak kott.. Macam-macam aderr.. Pokoknya... Like 1JUTA lah!!!



Seperti yang aku luahkan seperti yang diatas.. memang aku stress.. kecewa, sedih pada awalnya.. Aku tak sangka duduk kat U ni sebegini rupa packnya masa. Aku stress, aku sedih.. aku kecewa sebab masa untuk aku mententeramkan diri untuk sejenak cuma tak ada langsung! *pikir nak buat tahik mata je aku nim.. Tiba-tiba...gedebush!!! Jatuh sebutir demi sebutir aktiviti diadakan.. Mungkin sebab aku tak biasa kot.. *konon tak biase.. padahal kat matrik aku lebih dari ni kott..


Tapi... aku tahu.. aku sedar.. Semua ni demi kebaikan aku.. Aku tak menyesal walaupun sebutir zarah aku jejakkan kaki di sini. Weyhhh!!! Korang tahu tak best giler kot campaign kat teluk betik nim!!! Tak terlintas langsung di benak aku yang hari-hari di teluk betik se'dasyat' ini. Macam-macam aku belajar derr.. Daripada zero ke hero! Aku belajar pasang kemah..Belajar masak..belajar lukis logo atas bendera..dan yang paling bessttt.. aku dapat belajar naik banana boat!!!! Siyes excited weyh.. sampaikan balik je dari main banana boat  terus demam kott.. kes air laut masuk lam lobang telinga.. sampaikan suara dah bertukar macam suare budak laki baru nak matured jeww. Terlebih ekcited nilah jadinyer..muahaha.. *gambar banana boat ada ngan akak senior.. tak terambil lagi gambar tersebut. so tak dapat nak tunjuk kat rakan-rakan GBM. sorry.^_^



Last words from me... UITM PUNCAK ALAM...dihatiku.. 


(p/s: entry ni aku ingat nak abadikan untuk tatapan peribadi je... tapi disebabkan ke'excited'san kawan aku nak tengok gambar-gambar aku di teluk batik..aku preview kan balik kenanganku di teluk batik pada 16-18/09/11 bersama students OPTO PA.)

(p/s lagi..: gambar-gambar ni bukan gambar yang diambil oleh aku pun.. sesedap rasa je letak watermark kat gambar orang. hehe.. sorry ye.. )


Credits to: Senior-senior OPTO UITM PA dan Photographer. Jasamu akan ku kenang.. Semoga kita sama-sama berjaya menjadi OPTOMETRIST yang disegani di mata dunia. Amin~


Sekian,

GBM nak nyanyi ni...

Saya tujukan lagu 'BOLA-BOLA CINTA' khusus untuk akak bola-bola yang cun!!! Dengar yerr.. GBM nyanyi shedap tauu.. muahaha..


-VERSI GBM bola-bola.

Bola-bola comel,
Yang dulunya tak kenal...
Kini baru kenal..
Dia tak rapat denganku,
Tapi dia baik...

Senyumannya manis..
Lagi menawan..
Bola2 dia jugak sedapp..
Lagi lemak manis..

Jemputlah datang..
Ke gerai dalam Klang sentral...
Makan bola-bola..
Gerentilah sedap..
Menjilat jari..

Chorus:
Kau yang comel..lagi putih..melepak..
Te..ri..ma.. ka..sih.. saya ucapkan..
Kerana dia..kasi kad touch n go preeeee...
Sa..ya.. ter..sangat...lah..suka..!!!!!!
Yeahhhhhhh!!!!!!!!



So sweeetttttt!!! ^_^

Tadaaa!!!! Free TOUCH AND GO from akak bola-bola! Pinkkk gitewwwww!!! *lupa nak Tanya nama akak tuh.. takpe-takpe..lain kali kompem saya beli bola-bola apam kat situ lagi yerr kak. ^_^


(p/s: semalam nak scan kad rabbit tak reti.. asyik kluar bunyi  'Maaf, sila sentuh kad anda sekali lagi..' Argghhhh.. dah lah kuat. Malu den! Tension-tension~)


Sekian, 

Saturday 24 September 2011

Bila raya terlebih jadi..

Ini lah yang susah..bila tangan ni asyik gatal nak bukak PS. Siap letak PS dekat pin tool bar lagi tuh. Addicted bebenor!!! *PS not stand for PLAYSTATION but stand for PHOTOSHOP.. jangan terconfius yer.. Tapi tangan aku takdelah kretif mana pun.. Eksyen je lebih.. Setakat nak edit yang cikai-cikai je boleh la... hehehe.. 

GBM dah tak wujud dalam gambar ini. HARAP MAKLUM!!!

Amacam? Cun tak??? Mestilah cun.. Gua punya family derrr.. lu langsi, lu tak mati!!! muahahaha.. Aku jelesh weyh. Tahun ni merupakan tahun terpendek nikmat hari rayer yang aku dapat rasa!!! Sob3. Sedih!!!! Tapi.. Nasib baik duit raya dapat yang tergempak tahun ni. muahahaha.. Masyukkk beb masyukk!!! Korang leh tengok kat sini..


(p/s: kalo rayer aku lagi panjang kompem-kompem duit rayer lagi masyukkk kan.!!! muahahaha.. CHILL~)

Sekian,

Friday 23 September 2011

Nak tukar link aci tak?

Malu siyh!!! Hadoiii.. Aku tak sangke pulak luahan GBM sampai dapat 'pengaruh' macam ni.. Terharu pun ada kenkadang.. Tapi terharu tu lebih kepada malu lah kot.. muahaha.. Belum pun genap satu minggu aku berkenalan dengan budak-budak opto disini tiba-tiba ada budak cute ala-ala meow tegur...


'Shazana ada blog eyh?'
'Hahhh???!!!'
'Bukan shazana ke yang ada blog?'
'Hahhhh?? Blog apa nih?'
'Entah apa nama dia..tapi kiter selalu baca lah..'


dalam hati bergetar hebat weyh..!!!!rupa-rupanya aku bleteq macam mak nenek ada jugak yang baca yer..tapi...!!!! Aku still mahu berlagak diva.. Berlakon mengalahkan lisa surihani beb....!!!!muahaha..

'Blog?? Blog apa ni? Mana ada lah...'
'Eyh..!! takde eyh..??tapi rasa macam blog shazana..'


Mampoooss den. Aku rasa macam dunia bergegar dua setengah saat. Malu dan hairan.!!! Macam mana budak-budak ni boleh tahu kehadiran blog GBM??? Kire pemes jugak 'ZON BLETEQ GBM' nim kan. muahahaha.. *syok sendiri pulak. tetibe..-.-"

Last-last terkantoi jugak dengan budak-budak nih. Siap main ugut-ugut nak sebarkan 'virus GBM' pada budak-budak opto lain kott.. Haihhh..selisih malaikat 44. Ganas betul budak-budak OPTO kat sini. Macam JAMBU Maharaja Lawak cakap... Muka cute hati lagend!!!! muahahahaa... CHILL~

(p/s: rupa-rupanya ramai lagi budak-budak opto yang ada blog sendiri.. termasuklah budak meow2 yang tegur aku nih. hehe..)

Tadaaaa!!!! Ni lah rupa present dari 'kayangan' tersebut.

Apa kena-mengena gambar ni dengan tajuk entry pulak? Haihhh!!! Pening lah GBM nih!!!! Isyk..tulah.. sape suh tak layan entry GBM yang sebelum-sebelum ni.. Yang ni lah yang aku duk sebut-sebut dalam entry yang INI.. Bangun-bangun ni nampak mende ni tidur sekali dengan aku. hehe.. Maaf yer.. Tak sempat nak snap.. coklat dalam bungkusan putih telah kempis dek kerana di telan hidop-hidop oleh aku. muahahaha..*gelaks jahat. Shedap!! lemak-lemak manis gitewwww!!!! hehe..Lain kali bagi lah lagi yerrr.. ferrero rocher pun okeyh jugak!  ^_^


Sekian,

Wednesday 21 September 2011

Wordless Wednesday #11

Nyum-nyum at Teluk Batik...CHILL~




(p/s: tak sangke tinggi jugak aku ni yep..muahahhaaha!)


Sekian,

Tuesday 20 September 2011

19/09 ke 19

Hohoho! Rayer dah nak berakhir tapi aku..?? Puasa enam pun belum. Macam mana ni GBM... Malas eyh?? Opppsss!!! Bukan malas yer..cuma masa yang tidak mengizinkan.. Insyaallah esok kiter cuba puasa yer. Masih sempat kan.. hehe.. Puasa 6 hari...Raya 2 hari.. Boleh? Muahahaha...



Semalam 19/09/2011 genaplah usia kemudaan aku yang ke-19.. Macam hebat je bunyinya kan.. 19..19..beb!!!!Tapi...sambutannya tak seperti yang sebelum-sebelumnya..setakat bunyi je hebat...takde maknenye jugakkan.... Kalau sebelum ini aku dikenakan oleh roomate aku yang nakal-nakal..kejar sini kejar sana sampai peluh memenuhi muka bagai...Marah?? Takdelah..terharu lagi ada!!! Tahun yang sebelumnya pula birthday aku jatuh pada malam raya.. Terharu beb.. Mak aku siap beli kek 2 butir bagi meraikan birthday aku yang tak semegah ni.. Blackrose dan Blueberry cake! Menjilat jari derrr...!!!!


Tapi itu bukanlah cerita yang aku nak ceritakan pada entry kali ini... Aku nak cerita pasal... Hurm... Pasal... Ala... malu la pulak nak cerita.... Okeyh-okeyh.. macam ni... Pagi tadi masa aku bangun dari tidur.. Tiba-tibakan... aku ternampak ada sebutir cadbury zip bersama biskut munchy dan coklat bulat besaq disebelah bantal aku.. Jadi of courselah aku hairan tak terkata kan.. Aku memang kuat makan.. Tapi aku takdelah sampai nak tidur pun bertemankan coklat... Aku pun tanyalah dekat roomate aku...

'Siapa yang kasi ni?'
'Entah?? Lupa pulak nak tanya nama dia..'
'Hah?? Hurm.. Dia pernah datang sini tak?'
'Hurm..Pernah!'
'Macam mana rupa dia?'
'Pendek-pendek dan berkulit putih..'

Aikkk.. Sape pulak ni? Aisyhhh.. tak boleh jadi ni.. kena cari jugak siapa yang hantar benda ni. Takot jugak kalau bukan hak aku.. Mana tahu dia cuma nak aku tumpangkan coklat dia sebelah aku masa aku tidur kott.. muahaha.. Masuk je kuliah BIOCHEM pagi tadi terus aku menjadi wartawan sementara.. Habis orang aku tanya.. Sampailah ke 2orang budak cute nih. Mula-mula dia tak mengaku.. Lepas tu.. Diorang tersasul.. Tahu diorang cakap apa? 'Seksinya dia tidooo..' Wooiiittt!!!! statement berani mati kott.. Serius malu aku bebbb!!! Naseb baik satu kaum dengan aku.. Haihhh.. memang kaki skodeng betul diorang ni. Sabor jela... Apa-apa pun..TERIMA KASIH yer AWAK-AWAK. Tahu-tahu je yerr yang shaye suka makan yer..^_^


(p/s: nak tengok wajah 'hadiah dari kayangan' tu?? tunggu next entry yer..CHILL~)

Sekian,

Monday 19 September 2011

Rindukan GBM sangat-sangat!!!!

Hari ini dah termasuk entah hari ke berapa aku menjauhkan diri daripada facebook..blog..dan jugak rumah yang aku cintai. Bukan sengaja menjauhkan diri tapi terpaksa menjauhkan diri!  Aku pun bukannya suka dengan keadaan yang macam ni. Sebak bro nak entry kali ini. Sampai meleleh bagai!! Macam tangkap cintan lew plak. muahaha.. Okeyh-okeyh...back to normal. 4 september lalu aku berangkat ke Shah Alam. Dengan harapan dan semangat yang baru...Aku melangkah dengan penuh semangat untuk mendaftarkan diri sebagai student baru di UITM Puncak Alam pada 6 september. Aikkk..!! Daftar 6 sept tapi kenapa 4 sept dah pergi??? Pelik?? Tak pelik pun lah.. Ayah aku saja nak pergi awal.. Nanti leh beraya rumah sedara mara di sana... Kat area-area KL memang ramai sepupu sepapat aku menetap kat sana.

Pada 5 sept tu...sempat jugak lah ayah aku servey menyervey tempat yang bakal aku daftar pada keesokkan harinya.. Nak tahu apa reaksi aku? ‘Haihhh.. semput!!!’ Benar-benar puncak bro! Sesuai dengan nama UITM Puncak Alam.. Dengan keadaan yang luas dan kawasan sekitar yang di penuhi dengan semak samun,pokok-pokok dan lading kelapa sawit.. *patut leww manyak Charlie.. haihhh..


Fuhh.. sekarang tibalah hari pendaftaran... Bab pendaftaran dan pembahagian kunci ni ni aku tabik giler. CEPAT DAN PANTAS!!! Hanya beberapa minit dah boleh angkut barang naik bilik. Nak tahu aku dapat bilik apa? A1101/C6. Ceeewaaahhh! Bangga gilaq siyyyhhhh!!! Bilik nombor 1 gitewww.. ko ader? Muahaha..
Orang lain sibuk duk beratur nak naik lift..aku?? Naik tangga pun boleh.. Bilik aku kan tingkat satu jew..  Senang! Ambil barang dari boot kereta dan naik beberapa anak tangga dah sampai bilik. Bilik aku betul-betul depan tangga dan bersebelahan dengan surau dan bilik dobi! Fuh. Satu lagi kemudahan yang amat menyenangkan!!! Sesudah pack-pack barang... aku, emak, ayah dan 2orang adik perempuan aku pergi ke kolej raflesia untuk makan tengah hari.. dalam pukul 11pagi kot.. aku pun tak berapa pasti. Dalam pukul 12tgah hari emak dan ayah aku dah nak berangkat balik. Dengan muka yang selamba aku memerhatikan kepemergian familyku. Chill beb!!! Mana boleh nangis.. kan tahun lepas aku dah ada pengalaman jauh dari family semasa aku belajar kat Matrik kedah. Jatuhlah saham gua beb meleleh depan orang ramai. ^^,



Minggu orintasi kat sini takdelah teruk sangat. Okey je.. Cuma kekurangan tidur je. Ni antara gambar-gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang minggu orintasi. *takde mase nak letak watermark...agak busy.sorry. =p. Opsss...jap-jap. sebelum tu nak bagi amaran. Agak banyak jugak gambar ni..kalau bosan kena tengok jugak! Chill beb. hehe=p

Gambar yang kat bawah ni masa aku pergi servey dengan family sebelum tiba hari pendaftaran.





Macam kena sampuk je aku bile tengok tangga ni depan2.
huh!

Kediaman raflesia














Kawasan sekitar semua dipenuhi hutan-hutan. Subur bebenor
Puncak nim. Haihh..


Gambar yang bawah ni masa minggu orintasi. Sedih bro. Opppss.. tahan-tahan! Mata tak boleh mengeluarkan air lagi lah...mata kan dah matang...



Abang2 dan kakak2 PM kat sini takde lah segarang
 kakak2 dan abang2 mase aku orintasi kat matrik dulu. 





First time naik tangga azimat nim.
Giler semput weyhhh wa cakap lu!

Nanti kalau nak pos surat kat aweks-aweks Puncak Alam
boleh antar ke alamat ini. hehe.  *saje iklankan kat sini.=p





Gambar kat bawah ni masa aku pergi majlis perasmian minggu destini siswa di kampus UITM SHAH ALAM. Gempak beb.!! Besaq gilaq dewan diaa!!!

UITM di HATIKU!


Syok tengok Naib Cancelor UITM berucap. ^_^






Sketsa dari student UITM.





Budak2 yang kena 'april fool' mase hari last orintasi.
Sentap beb! Aku pun tak terlepas dari meleleh-leleh!





Nyanyian lagu Nasyid sahabat sejati beramai-ramai!




Penutup MDS UITM Puncak Alam..



Gambar bawah ni aku tangkap sehari selepas berakhirnya hari MDS. Pemandangannya...FUHHH!!! TERBAEEEKKK DERRR!!!!


Biler aku tengok pemandangan ni aku teringat kat family.. Ayah aku hampir
 tersesat dek kerana bulatan tersebut.  Kenangan...kenangan... 

UITM PA memang banyak KOLAM!!!!


( p/s: Hari ni aku sambut hari ketuaan aku sorang-sorang... tanpa kek..tanpa family disisi.. takpe..takpe.. Nasib seorang perantauan memang macam ni.. TERIMA KASIH kepada NORHIDAYAT BT MUDA dan MOKHTAR BIN MOHAMED kerana menjaga dan membesarkan diri ini sebaik mungkin.. KASIH ANDA TIADA PENGHUJUNGNYA... )


Sekian,
Salam perantauan dari GBM.:)