Pages

Saturday 29 October 2011

Salah satu faktor aku tak suka pergi KL!!!






Hahhh!! Nampak gambar kat atas tu?? Lantaklah korang nak cakap GBM tak sopan pun.. Tapi jangan cakap aku pengotor yer! Disebabkan sikap aku yang pembersih ni lah aku peka terhadap masalah ni. Tengok betol-betol gambar diatas.. Apa kekurangan jamban diatas...
HAAHHHH!!! Mana paip nyer weyh??! Macam ne aku nak basuh kalau takde paip..Arghhh!!! Dah lah keadaan aku masa ni nazak bebenor. Macam dah telur dihujung tanduk.. Macam anak gajah tercirit dah rupanya!


Nasib baik jamban yang paling hujung yang ada double jamban dalam satu bilik tu ada paip.. Kalau tak.. Kompem aku dah hack tempat ni seumur hidup.. Haihh..






Pertandingan melantak paling banyak!

Hehe... sebenarnya inilah motif utama aku merantau dari Puncak Alam ke Kuala Lumpur. Semata-mata untuk melantak cuma!!! Eyh silap.. bukan 'aku' tapi 'mereka'. Aku tak tahu pulak diorang nak bawak aku sampai ke tengah kota macam ni. Giler terkena kejutan budaya aku weyh!!! Istighfar panjang...







Natang gapo pulok nih? Sebenarnya aku ikot diorang adalah untuk beli natang ni lah.. Niat aku suci weyh.. Takde niat pun pergi KL semata-mata nak berjoli.. Aku ke sini semata-mata nak beli 'pentorch' ni lah.. hehe.. Tahu tak pentorch ni guna untuk apa? Hahhh.. meh nak habaq mai.. Pentorch ni amat penting bagi seorang optometrist..


Instructor lab mintak kitorang beli pentorch sebab kitorang bakal guna alat ni untuk experiment ukuq anak mata.. okeyh.. dah..dah.. back to the main topic!!!





Tekak aku tekak kampung je weyh.. takdelah tekak selera western macam ni.. Mana lah aku reti main bakar-bakar..masak-masak bagai! Tambah pulak dengan makan guna batang buluh 2 butir tu. Terseksa nak makan weyh..!!!Terconket-congket bahu nak boleh kepit makanan! Korea lah sangat kononnya..  muahaha.. Aku ni takdelah macam diorang ni.. mereka memang asal bandar.. Pro je aku tengok masing-masing makan pakai 2 lidi tuh. 










Muka tak ikhlas! Muahaha.. pes time makan pakai natang tuh. Muka masih blur-blur. Macam orang makan tak lalu..mandi tak basah je kan...?? *padahal makanan penuh dalam mulut! muahaha.. acting terlebih plak minah ni kan..=p


"Eyh-eyh.. ada lembu lah dalam periuk ni... YEAYY!!!" Macam kanak-kanak yang melantak ribena je.. Muahaha.. aku memang histeria bila jumpa lembu.. SHEDAAPP bro.. SHEDAPPP!!! Nikmat!!! Tengok tangan pun dah tahu macam kebuluq Lembu! Terus PARKINSON!!! moohohoho..



Senyum sampai ke telinga!


Amboi-amboi.. tadi cakap tekak kampung la.. tak reti makan western lah.. Poyo je lebih!!! HEYYYY.. betul lah!!! GBM memang tekak kampung.. Orang kampung kan memang suka makan LEMBUUUUTT.. hehe.. LIKE 1JUTA for LEMBU!











Giler banyak ko makan GBM! HAIHHH..SEMPUT!!!
Muahaha.. Tulah.. sape suh korang bawak GBM pi tempat macam ni.. Kan dah jadik macam harimau jumpa lembu. Aku pun terpaksa lah jadik harimau.. AUUUMMMM!!!~ *kesian lembu.. 




Budak-budak yang bertanggungjawab ke atas kerakusan aku melantak.. Haihh.. KENYANG 10 TAHUN WEYHH!!!




peace!

Tengah duk pilih-pilih makanan kitorang terserempak dengan AQASHA dan bini dia weyh.. Hensom nyah!!! Tapi.....!!!! GBM kan pemalu!!! SO.. tak berani nak tegur! ARGHHH.. Melepas nak posing bersama artis!!!!

Dalam lift pun nak posing.. POYO betul kan...-.-



Asal aku dapat gajah weyh??? Ke sebab aku 'cumey' sangat macam gajah?? Kesssoookkk hati cheq noh! Sob-sob.. T_T


Yeayyy!!! Dah tukaq dah... hehe... Tapi...!!! Kenapa anjing?? Habis kena samak balik lah jawabnya nihhh... *heyyy!!! banyak songeh pulak minah nih!!!


COMEEEELLLLL!!!
Waaaa...HISTERIAAAA lagi!!!! Comeyh gilaq weyh!!! Aku cop anak gajah!!! Aku cop anak gajah!!!! 


OPPSSS~
Ehem!!!Ehem!!! Batok kuat-kuat.. Gaduh lah sangat... dia ni bro optometrist jugak. Budak post dip yang agak terpancar kepoyolannya.. haha.. Makwe dye tengok gambar ni mampoooss aku. *Sorry kak.. Ini hanyalah lakonan semata-mata.. CHILLL~ ^_^

Kanak-kanak RIBEEENNNAAA

Eyh-eyh..Chanteknye kasut MICKEY tuh.. =p

Dah alang-alang datang sini.. mereka ni nak main bowling pulak.. Aku?? Kompen-kompen lah takleh nak men!!! Aku kan tengah bajet 'ayu' mase tu.. hehe..=p



Hamboiii.. sampai terlengguk-lengguk nengok orang main. hehe..





Mak aku pesan.. 
Duk KL kena pandai jaga diri.. 
Jangan asyik bersosial.. 
Jangan terpengaruh dengan budaya yang tak elok.. 
Jangan asyik nak berjoli.. 
Belajar berjimat.... 
Macam-macam mak aku pesan.. 



Insyaallah mak.. Selagi hati ini sentiasa mengingati DIA yang SATU dan selagi baginda (RASULULLAH) menjadi idolaku dan selagi kitab AL-QURAN menjadi petunjuk dan Hadis menjadi rujukanku.. selagi itu diri ini sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik... 



p/s: saya bangga dengan apa yang saya pakai dan bangga dengan apa yang saya miliki!

Sekian,


Friday 28 October 2011

Kesilapan mengcekam diri!



Hari ini aku benar-benar sentap.. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi seteruk ni?? Apakah sebelum ni aku memang teruk?? Arghhhh.. Maafkan aku! Maafkan aku! Maafkan aku!!!!


Hari ni aku terasa sangat letih.. Aku tak tahu puncanya.. Tak cukup tidur atau terlebih tidur? Entah lah! Tak sempat nak kiroww.. Tapi kelas aku habis awal hari ni! Pukul 1.20 dah boleh balik bilik.. dan aku boleh zzzzzzz dengan lenanya.. Tapi itu mimpi!!! Terlalu banyak sangat kerja yang ditundakan inilah padahnya! Sebelum balik aku perlu menyiapkan lab report OPTIC untuk di hantar pada hari ini jugak. Selesai semua barulah aku boleh balik.. Around 2.30pm... balik bilik solat zohor dan siapkan diri untuk menuju ke bilik study yang terletak berhampiran dengan kediaman aku. Khidmat aku diperlukan untuk memberi  tunjuk ajar. Around 3.10pm aku sampai sana..

Buku di buka dan soalan mula diajukan...  tapi disebabkan virus yang menyerang kepala aku yang menyebabkan aku tak dapat berfikir dengan betol! BLUR!!BLURRR DAN BLURR!!!  Arghhhh.. teruknya!!! Kenapa Wahai anak EN.MOKHTAR?? Kenapa begini??!!!  Kesian kawan aku.. Blur jadinya.. Takpe-takpe.. aku tetap akan cuba sehabis baik untuk berkongsi segala ilmu yang aku tahu.. Aku TETAP akan CUBA sehabis baik!!! Insyaallah.. lepas ni aku buat preparation lebih baik.


Around  5pm kitorang pulang ke bilik masing-masing.  Ikutkan hati memang nak lelap terus bila sampai je bilik.. Tapi aku teringat pulak kata-kata ustazah sekolah menengahku “Tidur selepas asar tak elok.. Cukup 44 hari awak tidur lepas asar..insyaallah ingatan dan kewarasan awak pun akan terbang jauh dari awak..” Huh.. naya-naya!!! So, aku pun pergi siapkan diri dan menunaikan solat asar.. seusai solat aku pun bukak lappy.. teringat pada nota yang di beri oleh Prof Anatomy tengah hari tadi.. 

Aikkkk..!!! Apasal semua file dalam pendrive aku jadi shortcut ni? ARGGHHHH!!! TENSIONNYA!!!! Lepas satu..satu masalah datang..  Ni mesti kes pendrive ku diserang virus masa print dekat kedai photostad bawah. Haihhh!!! Diatas ke’sabar’an aku yang memang tahap gaban aku pun terus klik button ‘FORMAT’ dan...dushhhh!!! Semua file leyap! Fuhh!! Lega... kosong-sekosongnya! Padan muka ko virus!!! Nyah pun!!!  Lepas ni dah tak nak print kat situ lagi! NEKAD!!!


 Dan selepas pada incident tersebut berlaku lagi satu incident yang paling teruk aku rasakan!!! Arghhhh.. menyesalnya!!!! Ya ALLAH ampunkanlah dosa hambamu ini.. sesungguhnya hambamu ini tidak menyengajakannya....



(p/s:  Aku tak tahu kenapa aku begitu teruk.. Apakah kerana tragedi 2 hari lepas??? Hurm....)


Sekian,

Wednesday 26 October 2011

Segala-galanya bermula dengan "MAK"


Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)




Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu jerit... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak



Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak







Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku ( yg Islam jgn sambut tau.. haram!!! he2)

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".



Berderai air mata jika kita mendengarnya..........





Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT...."



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu- PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA





Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..









 p/s: Kasih ibu membawa ke syurga.. kasih bapa tiada penghujungnya... 


Sekian,

Sunday 23 October 2011

Rusa masuk KL!

Perghhhh...GBM pergi KL derr.. Ini kali ke-2 aku ke KL tanpa kedua-dua orang ibu bapaku disisi.. Kalau dengan family dah memang berpuluh kali dah aku ke sana..rumah saudara mara sebelah ayah aku lebih ramai menetap di KL berbanding KT. First time aku ke KL tanpa mak ayah aku masa aku Form 4. Masa tu sekolah taja budak-budak yang dapat result PMR cemerlang ke KL selama 3 hari 2 malam. Kira macam hadiah lah untuk kitorang.. muahaha.. Masyuukkkk beb =p. Kali ke-2 pulak adalah semalam disebabkan atas dasar ajakan rakan satu kos. Macam agaks manja je kan GBM ni.. tak independent langsung! pergi mana-mana nak berteman. Arghhhhhh.. Independent ke..tak ke... aku peduli hape! Keselamatan perlu diutamakan!!! Nanti kalau terjadi apa-apa kat GBM sape susah??? Korang jugak... Merana tak dapat dengar GBM berleteq lagi. muahaha.. *oppss..terperasan suda~=p


So, semalam bermulalah pengembaraan kedua aku ke KL tanpa ibubapa disisi.. Agak mencabar weyh! Naik 2 butir bas baru sampai KL sentral.. Lepas tu dari KL sentral pulak kitorang naik monorel untuk ke Time Square. Opppss.. sebut pasal monorel... sebenarnya kan.. Ini adalah first time aku naik monorel.. muahaha.. Senyum kambing aku dibuatnya! Gembira tak terkata!!! sampai balik je KL terus post kat FB..



Fuhhh.. memang agaks keuluan lah aku ni. sampaikan ada yang siap perli duk tanya..


Monorel ada berapa bijik tayar?
Hah?? Monorel ada tayar ke weyh? Asenye tadi tak nampak tayar pun..
Hahahaha..


Depa siap duk gelak kat aku weyh... Hamboi.. sakan depa nih!!! Kawe nih anok JATI KUALA TERENGGANU. sebab tu kawe dok reti naik monorel bagai nih! Biar ah demo nok kato kawe ni darat ke... ulu ke.. Apa-apa pun kawe nok ingatkan ke demo... GANU nelang bohhh!!! Mene sokmo stakat nih!


Opppsss.. tiba-tiba teremosi.. tapi bukan itu loghat klate ke??? muahaha.. Meme ahhh!!! Kawe ni universal! Kecek gapo pun boleh.. Utara,selatan,timur, barat semua kawe reti.. Tak lama lagi kawe kecek cino lah plok. tengah duk study kecek mandarin loni. Demo jaga-jaga!!! Skali kawe kecek cino baru terbeliak 2 bijik mato... muahaha..


Amacam..Boleh paham? Tak paham??? Abaikan... sebab kalau korang guna google translet pun sia-sia je nyah... depa bukan reti bahasa klate...muahaha..



Semalam motif utama aku outing nak beli pen dengan highlighter je...sebab pen aku memang agak nazak sekarang ni.. bukan sebab rajin menulis.. tapi sebab pen aku selalu je jatuh! Lepas tu mulalah dakwat tersekat-sekat.. Naik geram aku. Huhhh!!! Tapi..berjalan sejauh beberapa kilometre dan perjalanan yang berjam-jam lamanya hanya untuk beli pen cuma! Macam tak berbaloi je kan.. So, disaat-saat akhir..aku upgrate skit motif utama aku ke TS. Baru berbaloi aku menghabiskan masa berjalan sejauh ini!!! Betol tak?? muahaha..



Fyra dan Husna... Tengok je orangnya kecil molek... Tapi kuat shopping nih.. Tak sampai 1jam berjalan dah tergantung plastik besar disisi.. muahaha.. GBM??? Aku takde.. aku stakat window shopping boleh la.. nak shopping betul-betul kena tunggu orang masuk meminang dululah.. muahaha *gelak gatal!!!


Pukul 7.00pagi kitorang keluar dan pukul 7.00malam kitorang sampai.. Fuhhh..piwitttt.. Hebat tak timing kitorang?? haha.. kebetulan ter'sama' pulak masa pergi dan balik.!!! Terrrrbaekkk!!!


Pisss.. dalam plastik tu lah benda yang aku nak beli di saat-saat akhir.!!! Comey weyh.. Rasa macam nak buat bantal peluk, nak cium-cium, nak gigit-gigit.. Cun melecun sangat! 




Wahai si kasut, kenapakah kamu begitu comel sekali... Kecomelan kamu tu menyebabkan shaye menghabiskan duit semata-mata nak tatap kecomelan kamu hari-hari.. Tak sanggup melihatnya terlepas ditangan orang lain.. muahahaa.. *dah macam orang gilaq!


p/s: pusing 360 darjah semata-mata nak cari LOW YAT! tersesat...padahal belakang pada TS je pun.. HAIHHH..SEMPUT!!!


Sekian,

Wednesday 19 October 2011

Behind the screne of MOSSE 2011

Malaysian Optometry Students Sport Event 2011

Place: Padang kawad UITM Puncak Alam
Date: 14-16 Oktober 2011
Sponser by: BOH, DUTCH LADY, essilor.




Sebelum kepemergian kami ke MOSSE.. ANP test! Macam pelarian dari siam daa.. Muahaha...~



muka stress derr..




Explorace.
disebabkan aku jaga untuk check point 3 sahaja.. So, hanya di check point aku jelah yang aku sempat snap. hihihi... 



Twintecth or SEGI.. lupe daa..@_@



UIA! pembolot semua hadiah.. haippp! =p





amacam? boleh teka tak?? =p

Opppss.. lupa.. selepas selesai di check point 3. Aku ke cafe untuk makan pagi pada jam 12.30tengah hari... Dan secara kebetulan di situ jugak adalah check point last explorace. Dan ini adalah golongan yang terpilih yang sempat di snapkan oleh aku. hehe..


MSU.. Baju diorang CHANTEK!!!

UKM


Padang kawad UITM P.ALAM



Netball.
Pukul 3petang ada pertandingan netball.. perlawanan antara 'optometrist-optometrist' yang berlainan U...



Hot player! TERBAEEEKKK DERR!!!!






Pisss.. 'sahabat-sahabatku blogger!!!' =p

Kami penyokong setia!!!! Nak terkeluaq anak
 tekak duk jerit2.. 

And the result is..
1. UIA
2. UITM B( senior )
3. UITM A( junior sem1 )



Perancangan untuk esok..

 Futsal.
 Malam... Pertandingan FUTSAL!









Yang tudung hitam tu kan.. semangat bebenow! Excited! hehe=p



Yang baju puteh tu aku paling suka tengok dia main..
Walaupun asyik jatuh..tetap juga meneruskan perjuangan..
'Pemain import' from SEGI. ^_^



UIA vs UITM.. FINAL


Puncak Alam.... AUMMMM~ 

Mendebarkan, mencemaskan dan melemaskan.! muahaha.. Serius weyh.. balik je daripada tengok diorang main ni.. terus aku teguk air berbotol-botol. Semangat jerit bagai nak rak! Mengalahkan orang berebut PIALA FIFA. haihhhh.. Itu sebab aku tak boleh tengok orang main bola.. *p/s: alasan... muahaha~

Keputusan penuh FUTSAL:
1. UIA
2. UITM A (senior)
3. UITM B (junior)

MARATHON.
Last day.. 16 OKTOBER.. Larian MARATHON!


Jaga check point first! Semangat derr!! SEMANGAT!!!!

Oloh.. siannyer.. dah merangkak-rangkak.. 





Panas la.. hihi..*gelenya!

Pemenang tempat pertama MARATHON lelaki... UITM!!! 


Tempat ke-2

Macam polis trafik leww plak..=p

Pergghhh.. kawan aku dapat no.3! bangga-bangga!! 



Ni pun kawan akuh... comel! 

Ini jugak! Shakira..shakira.. lalala~


Berakhirnya MARATHON...

Senior optometry UITM


Hadiah.
Antara hadiah untuk para pemenang..








Naib Coordinator Optometry Puncak Alam.

MC untuk MAJLIS PENUTUP..

KAMI! ^_*


Three S for MOSSE : Sihat, Seronok, dan SUNBURN!

Sekian,