Pages

Tuesday 29 November 2011

Jujur aku katakan.. antara cita dan cinta.... aku pilih...

Aku pilih CINTA!




Apa nilai cita kalau cinta itu tiada?
Apa nilai cita kalau hati ini sepi tanpa teman?
Apa nilai cita kalau diri terseksa?
Apa nilai cita kalau jiwa raga terasa kosong?
dan...

Apa nilai CITA.???
kalau nilai CINTA itu sendiri lebih besar dari nilai CITA..!




Jangan rasa diri tak laku kerana tiada orang cintakan kita,
Kerana CINTA ALLAH sentiasa ada bersama kita..
Jangan rasa tiada yang nak romantik dengan kita,
Kerana kita sudah ada surat CINTA yang abadi iaitu AL-QURAN..






Amboi GBM..dah sakan bercintan-cintun yer..

Semalam merintih sedih.. Hari ini merintih cinta pulak yer.. !!! hehe..^_^


Ye lah! Semalam aku memang merindui kaum keluargaku..sahabat-sahabat yang berada di'perantauan' disaat diri ini dilanda masalah.. Sebab tu juga semalam hati ini macam terpanggil-panggil untuk mengikuti forum ilmiah yang bertajuk 'CITA-CITA vs CINTA!'




Terbaik wokk!!! Aku suka gaya penyampaian ustaz dan ustazah tersebut. Mantap, bernas, menarik dan amat mendalam! Sepanjang majlis berlangsung tidak sekalipun aku menguap besar! Tetiba rasa kagum dengan diri sendiri sebab tak sempat nak ber'jihad' dalam dewan ilmu. muahaha.. Ayat-ayat kat atas tu pun aku cilok dari apa yang disampaikan oleh ustazah. Aku mana reti bermadah cinta ni.. bermadah cili aku reti!!! muahaha... Banyak ilmu yang aku dapat semalam derr...Antaranya...






#Bolehkah kita berCINTA dan diCINTA???



Bolehkah kita bercinta? Aku kan dah cakap kat atas... Aku suka CINTA dari CITA-CITA!!! CITA-CITA macam panjang je nak eja.. CINTA tu kan ringkas je bunyinya.. SWEET AND NICE! Takdelah lenguh nak taip. muahaha...


Jawapan yang dibagi oleh ustaz: BOLEH!!!!



Tapi berdasarkan 5 hukum dibawah:

1. Cinta WAJIB!
- Cinta pada ALLAH dan RASULNYA.
"Sesungguhnya tidak berimanlah kamu sehingga kamu tak bercinta pada ALLAH dan RasulNYA.." *lupa nak catat firman ni dari surah mana.. Sorry2..


2. Cinta SUNAT!
-Cinta pada Alim Ulama, Cinta pada Isteri, Cinta pada Ibubapa dan ahli keluarga...
Cinta pada ibubapa adalah wajib bagi seorang anak.. Begitu juga si Isteri kepada si Suami.. Cinta si ISTERI adalah wajib pada si SUAMInya..


3. Cinta HARUS!
- Cinta pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


4. Cinta MAKHRUH!
- Cinta yang boleh melalaikan pelajaran kita. Contohnya: minat pada mamat bangla yang jual kat kedai roti canai. No No No No!!! Nanti u ollz nak study asyik terbayang roti canai.. Masak u ollz nak jawab exam nanti asyik ingat roti bulat bangla!


5. Cinta HARAM!
- Bercinta dengan orang yang bukan muhrim kita sehingga sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama. Itu amat ditegah dalam ISLAM! Kerana boleh mendekatkan diri kearah pengzinaan.



#DATING ITU HARUS!

Kalau dating secara beramai-ramai. Contohnya kalau korang dah gatal gelennya nak berdating sangat..korang bawak lah satu family berdating kat mana-mana... Pergi makan kat hotel ke! Wahhh!! Untung satu family dapat makan free.. hahaha!!! Dan bagi mane-mane awek yang teringin nak bonceng dengan pakwe..konon-konon nak rasa angin semula jadi... boleh bawak bapak jadi orang tengah. Pakwe duk depan, bapak duk tengah, awek duk blakang. HAHHHH!!! Yang ni lagi sweet! Sharing is caring.. Sampai bapak pun boleh rasa nikmat bonceng ngan pakwe! hahaha..=p


#BERDUA-DUAAN ITU HARAM WALAU DIMANA ANDA BERADA!

Sesungguhnya istilah berdua-duaan sesama bukan muhrim adalah Haram disisi ISLAM. Bukan sahaja berdating, tetapi jugak berYM, berChating,berGayut,berFB dan segala bagai jenis 'BER'!




Yang info kat atas baru aku tahu semalam. Dulu masa zaman jahiliah aku pernah juga buat salah satu-dua jenis 'BER' diatas..tapi bukan BERDATING!!! Isyk! Selisih malaikat 44... Naya aku kena retap dek ayah aku derr!!!
Tapi tu zaman jahiliah..tak tahu apa-apa lagi.. sekarang ilmu dah ada...pemikiran dah matang.. dah boleh pikir sendiri baik buruk sesuatu perkara.


'Cinta ibarat cermin mata kepada si rabun... Hilangnya cermin mata..hilanglah arah tuju si rabun tersebut.. Terkapai-kapai dalam mencari jalan keluar...' 



Cinta pada bunga, bunga akan layu.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cinta pada ALLAH, ALLAH kekal abadi...



Kadang-kadang kita menangis..merungut...marah..
Kenapa ALLAH turunkan kita hujan yang lebat...kemudian panas yang terik..
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI YANG CANTIK.




Sekian,

Monday 28 November 2011

Kalau benar sabar itu ubat segala penyakit...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani..


Jika aku silap, Engkau bimbinglah aku,
Jika aku jatuh, Engkau bangkitkanlah semangat dalam jiwaku,
Jika aku lemah, Engkau kuatkan aku,
Jika aku jahat, Engkau ubahlah aku kearah kebaikan,
Jika aku keliru, Engkau tunjukkanlah aku jalan yang benar..

dan

Jika aku tak kuat melawan segala ujianmu...Engkau titipkanlah kesabaran yang kuat dalam diriku ini....



Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul..
Berat kata yang dilemparkan, berat lagi hati yang terasa..


Patotkah aku terasa atas ketidakpedulikan mereka terhadap aku?
Patotkah aku terasa atas setiap tingkahlaku mereka dibelakangku?
Patotkah aku terasa atas setiap ketidakadilan mereka terhadapku? 
Patotkah aku terasa atas setiap kerja kerasku tidak diterima?
Patotkah aku terasa atas setiap petahku tidak diendahkan oleh mereka?
dan...
Patotkah aku terasa atas setiap bicara mereka meminggirkan aku sedangkan aku adalah pembimbing kepada mereka?

TIDAK!!! Dan Tak PERNAH sekali pun hati ini mencuba untuk merasa istilah 'terasa' itu, Ya Allah...


Kerana aku tahu...apa nilai 'terasa' kalau aku akan kehilangan seorang sahabat...
Kerana aku tahu... istilah 'terasa' itu juga sangat sensitif disisiMU...



Dan pada hari ini aku gagal ya Allah.. Air mata ini gugur buat kesekalian kalinya.. Hatiku tak tertanggung lagi Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.. Ayah, Emak, Adik-adikku...Kakak-kakakku...Maafkanlah diriku...
Aku rindu pada mereka.. Aku rindu atas setiap gurauan mereka.. bicara mereka. Terlalu rindukan mereka... Merekalah penghiburku tatkala masalah melanda diri ini.... 
Ya Allah.. Engkau ampunilah dosa-dosa kami, engkau berikanlah kebahagiaan dan kesihatan yang baik kepada kami didunia dan diakhirat....Amin Ya rabbal alamin...



Sekian,

Sunday 27 November 2011

TORPEDO!

 Terbaikkk lah wokkk!!! Ini baru orang panggil masak nasi jadi mee! Nasib baik mee yang bertukar tu sedaappp.. Kalau tak mahu ke laut aku dibuatnya.. hehe


Takpe..takpe.. motif utama aku keluar cuma nak melapangkan minda... al-maklumlah.. sudah 2minggu kami berjuang menempuh segala bagai ujian. TITAS, ANATOMY, OPTIC, OPHTALMIC, BIOCHEMISTRY, BPC... semuanya berjalan hampir serentak.. dan kami memang sentap! Huhhhh!!!
Dan semalam kami berpakat untuk bersiar-siar di sekitar bandar SHAH ALAM.. Mana lagi kalau bukan PKNS dan SACC.. berjalan sakan derr.. Tapi apa yang aku beli cuma sebatang marker pen yang berharga RM3.50. Tambang bas lagi mahal dari tu kottt.. Tapi takpe.. tujuan utama aku kan untuk bersantai cuma! ^_^
Jalan..punya jalan... kawan aku tegur..

Hari ni bukan sepatutnya orang baca doa akhir tahun ke?
A'AAHHHH laa... TERLUPA!!!!! *dah pukul 6petang
Kita masuk kedai buku dalam PKNS la.. kita curi-curi baca sekejap doa akhir tahun. 
Hohhh!! Jom-jom-jom!!!! Cepat-cepat!!!!! 


Semangat aku duk belek satu-satu buku yasin kat dalam kedai tu.. siap snap lagi ko!!! Semangat!!! Takot tak sempat nak mengakhiri tahun ini dengan penutup yang baik.. Setahun sekali cuma.. Berebut-rebut nak baca. Last-last... tengok harga.. RM2.00.. Cehhh.. buat penat je ambil gambar satu-satu.. Kitorang rembat 2 sekali gus terus bayar serbu ke kaunter..
Fuhhhh... Syukur alhamdulillah.. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim bertempat di stesen bas...Berjaya jugak kami mengakhiri tahun ini dengan doa penutup.. Alhamdulillah...



Eyh..Apa kena mengena torpedo dengan entry kali ni... 
Jeng-jeng-jeng....








ABC TORPEDO!
SEDAAAAPPPPPPPP WOKKKK!!! Sampai berebut-rebut! Dah takde rupa budak U dah! Semua pakat duk serbu benda alah ni.



Khusyuk melahap!!! Muka innocent gilaq. muahaha..


Char keow Tiaw masih tak terusik.. tapi TORPEDO dah licin..
Hebat tak.?=p


Senyum sampai ke telinga habaq hang.! ^__________^


Eyh.. Ni aku punya lah!!
Aku punya!!!!
Aku lahhh!!!
A'aahhh!! Takde-takde.. aku punya dulu!!!
HOIHHH!!! Ini KL aku yang pegang!!!So, aku punya lahhh!!! 




Hamek hang! Kebuluq tahap gaban! Siap main cilok bagai! Tapi betul lah.. best wooo!! Kira berbaloi jugak aku keluar Shah Alam dapat makan mende alah ni. TERBAIIKKK!!! 


Bagi kaum ibu yang mengidamkan ABC..dan kaum bapa yang kebuluq ABC.. Anda bolehlah melepaskan nafsu kebuluq anda di Gerai Berhampiran Bus Stop Seksyen 2. Harganya memang berbaloi.. RM3.50 cuma. Nak melantak sorang-sorang boleh.. nak melantak 2 orang satu mangkuk pun boleh! ^_^
*dah tolong promot gerai ni.. lepas ni boleh lah nak melantak TORPEDO free yer bang! muahaha...


(p/s: teringin nak merasa cendol TORPEDO la pulak!)

Sekian,

Thursday 24 November 2011

Rahsiaku terbongkar!

Diam-diam ubi yang sombong! 

A'aah.!!! Memang tu lah mereka duk mengumpat pasal aku..masa mula-mula aku jejakkan kaki ke PALAM. Memang asam boi sungguh saing-saing demo! Ooooooo...patot la masa aku minggu suai kenal semua orang tengok aku semacam je. Isyk. Baru hari ni semua duk pakat 'cur-heart' blako! muahaha.. Semuanya gara-gara sekeping gambar...




.......

.......


.......





......

......

Apa-apa..? Ingat orang nak kasi tunjuk ka? Malu lah den bro! Nanti jatuh saham siapa mahu kasi naik balik? Tak laku 10tahun mahu hidup segan mati tak mahu pulak aku karang. muahaha... Sorry lah kakak-kakakku sekalian. Diriku ini sememangnya pemalu dengan orang yang tak kenal sebab tu tersangatlah slow masa mula-mula masuk dulu. Tapi sekarang dah tersangatlah kenal boleh lah nak kepoh-kepoh dengan akak-akak semua. Tapi yang cakap saya berlagak tu memang saya tak boleh terima kak! Sebab...takde apa yang boleh saya berlagakkan pun. Haihhh.. Terkesikma saya akak! Belum pernah orang cakap saya berlagak..akak lah satu-satunya taw! muahaha.. Tapi...kalau diingatkan balik diawal-awal pertemuan, aku pun memang rasa aku ni macam 'cerdik' sombong sebab aku memang tak cakap dengan orang lain pun selain Husna.. Sebabnya lagi....  Husna lah satu-satunya rakan satu kuliah zaman matrik dulu! Seperti yang saya tekankan pada entry-entry yang terdahulu... 


'GBM MEMANG PEMALU ORANGNYA...' 


Sebenarnya apa yang akak tengok tu...sikit je baru tu.. Kalau akak nak tahu.. kami satu bilik memang giler-giler orangnya.. Siap buat video klik hindustan tuhh.. lagu Kuch-kuch Hota Hair lagi! muahaha.. Sampai tungang terbalik kerusi..konon-konon duduk atas bukit lah sangat kan... muahahaha.. Naseb lah ko kerusi.. kena lenyek dengan 3 anak gajah. 



Hyperattractive! =D
Oppps..siapa yang terlebih sekarang ni? hahahaha..


(p/s: dah tengok gambar baru tahu yang GBM tak macam ubi kan..^_^)

Sekian,

Wednesday 9 November 2011

Wordless Wednesday #16



(p/s: Tanya sama burung.. apa sebab terbang... lalala~)

Sekian,

Sunday 6 November 2011

Dikala Takbir Bergema

Hari ini hari cuti,
Cuti umum suka hati,
Ayam berkokok tidak terhenti,
Lembu mula gelisah hati..




Selamat Hari Raya Aidiladha


Sekian,

Wednesday 2 November 2011

WO AI NI

Selesai sudah mandarin speaking test aku hari ini. HAHHH.. Lega tak terkata! Sekarang just waiting for the result. Hopefully dapat result elok lah hendaknye.. Ehem2!!! "Laoshi hen Piao liang la tadi.. Wo ai ni.. muahaha" tetiba rasa macam nak jadi pembodek budiman lah pulak kan.. muahaha.. 


Sekarang ni aku dah bebas daripada segala test buat sementara waktu! Arrrghhh.. sukanya! hehe.. Saat ni aku tak mahu pikir apa-apa lagi..yang hanya ada dalam kepala cuma....LEMBU!!!! 'Oh lembuku, kelembutan isimu menjadi dambaan anak tekakku..'





Ala.. cik "abang" lembu.. kenapa gaduh ni?
Shaye suka dua-dualah... Dua-dua shedaapp.. =D


Wahai En.Masa yang comey lotey.. cepatlah berjalan... jiwaku sekarang benar-benar meronta-ronta terhadap tanah airku terchenta.. Oh terengganuku..oh lembuku...*aku takde lembu weyh.. lembu mainan boleh? muahaha... Tunggu daku yer.. Tiga kata nyanyian KRU daku tujukan khas untukmu...terimalah...






(p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha yer semua.. jangan lupa kirimkan doa GBM buat En.Lembu sekalian )


Sekian,

Wordless Wednesday 14| I Love U!!!

Ehem.. No skandal-skandal okeyh!










Tiga Kata from me..
GBM..."I LOVE YOU" 


Sekian,

Tuesday 1 November 2011

1/11/2011

ONE


Hari ini semua berkaitan 1..
1 hari...1 november.. 1 kenangan.. 
So, hari ni aku nak imbas balik diri aku berkenaan dengan no.1! muahaha.. Tetiba rasa nak ingat balik kenangan masa zaman pra-matang! *matang lew sangat! =p


Okeyh.. sebut pasal 1.. dulu zaman jahiliah, aku selalu mengidam benda-benda yang berkaitan satu.. Lebih-lebih lagi zaman sekolah.. Selalu berlumba-lumba nak dapat no.1.. 


Nak dapat no.1 dalam merentas desa.
Nak dapat no.1 dalam pertandingan mewarna.
Nak dapat no.1 dalam explorace. 
Nak dapat no.1 masa pertandingan kawat kaki.
Nak dapat no.1 di mata cikgu-cikgu.
Nak dapat no.1 dalam KELAS!




Hebat tak angan-angan aku? Muahaha.. Korang jangan tak tahu dulu aku ni diva dalam kepada segala peng'koya'. Memang pantang aku duk sorang-sorang mulalah aku berkhayal! Dari luar memang nampak cam skema je budak ni.. Tiap saat berfikir.. Mesti budak genius ni.. Muahahaha.. genius lah sangat.!!!! padahal...24JAM BERKHAYAL!



TAAPPPIII...



Khayal aku benda yang elok-elok tau.. 'Khayal demi mase depang' orang ganung oyak!!! muahaha.. 


Sekian,

Ni Hao!!!

Ni hao ma? Wo jiao GBM. Mingnian wo he nan pengyou yao zai GUALADENGJIALOU jiehun ♥! muahaha... *gatal!!!



Amacam? paham? Tak paham?? Arghhh... Abaikan je.. Nan pengyou pun tadakkk! Nan pengyou tu apa pulak??? Nak tahu..? Try google tengok keluar ke tak.. muahahaha..  Hamekk hang! kan GBM dah keluar bahasa mandarin. HAHHH!!! Siaplah hang.. baru terlopong... Nanti bolehlah nak bodek tauke-tauke kasi turun harga banyak-banyak.. hehe.. LIKE 1JUTA!!!




Arghhhh... berangan je GBM nih. Listening test mandarin pun tak lepas.. siap berangan nak bodek tauke bagai! Haihhh..!!! Okeyh.. Untuk pengetahuan semua GBM bakal menduduki SPEAKING MANDARIN TEST besok. Doakan kelancaran GBM yer! mudah-mudahan dapat speaking dengan baik walaupun tak selancar Tauke-tauke diluar sana! ^_^






Sekian,