Sunday, 15 January 2012

Tiga Kata

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH, SYUKUR....


RINDU..RINDU...RINDU!!!!!
Sebak campur suka campur duka campur lara jadilah ini hasilnya...GIAN!
Hari-hari aku tahan diri aku dari menatap 'wajah kekasih gelap'ku ini... Dah macam orang angau pun ada.. ngengenge~ *ada eyh orang angau kat blog sendiri?? ADA!!! ITU AKU..!!! lalala~ Tambah-tambah musim Ombak RINDU sekarang ni.. Makin merindu-rindulah jawabnya!









Hari-hari sebelum exam.... *POYO je lebih!

Tapi sebelum itu, pertama sekali aku nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran.. setelah hampir 2 minggu berjihad dengan final exam akhirnya kami semua telah berjaya memerdekakan diri kami. ALHAMDULILLAH.. Apa yang perlu kami buat sekarang adalah masa untuk mengenjoykan diri sahaja sebelum tibanya semester II! Movie..movie...dan movie!!! muahahaha.. Release tension omputeh cakap. Ni cheq nak habaq mai..cheq dah tengok Merlin sampai seasons 3 dah! Bangla wooo.. Eyh silap.. BANGGA wooo..!!!^_^
Morgana dah jahat da sekarang...T_T







Tapi..entry episod "LEPAS GIAN" kali ni bukan aku nak cerita pasal exam ke..merlin ke..hape.. Sempena tahun yang agak baru ni, aku nak buat kesimpulan mengenai apa yang telah dipelajari dan apa yang telah diajari oleh aku sepanjang tahun 2011. Banyak perbezaan yang agak ketara yang dapat aku bandingkan dengan kehidupan aku sebelum ini. Tak tahulah kalau biasa je bagi korang... Tapi kalau bagi aku memang teramat baru!


1. Kalau dulu kat MATRIK aku dengan roomate aku kamchin giler beb. Makan sekali tapi pinggan lain-lain, mandi 1 bilik air tapi waktu lain-lain, tidur satu bilik tapi bantal lain-lain...dan siap buat video clip industan woo! Kalah Shah Rukh Khan dan Kajol gua habaq mai..muahaha.. Tengok movie pun sama-sama. Bincang soalan pun sama-sama. Rindu giler saat dan ketika itu! Tapi...
- Sejak aku masuk UNIVERSITI semua dah lain, semua macam buat hal sendiri je.. Masuk rumah, masuk bilik masing-masing "Ketap" terus picit tombol pintu untuk taknak kasi orang ganggu. Aku pun heran...Budak-budak kat sini ramai yang keturunan perompak ke atau mereka ni keturunan rajin-rajin yang study 24jam tanpa sebarang gangguan. Naik stress dah aku tengok. Aku tak suka rumah aku terlalu diam dan aku juga tak suka kalau rumah aku terlalu bising. Semua ni memang 'peradaban' yang memang amat baru bagi aku!


2. -Kat MATRIK aku, semua orang wajib pakai baju kurung untuk ke kelas atau kuliah. Tak kisahlah Melayu,Cina,India, semua WAJIB berbaju kurung dan lelaki WAJIB berbaju Kemeja sahaja! No TSHIRT is ALLOWED!
- Tapi kat UNIVERSITI, semua pakaian boleh pakai. Ikut kreativiti dan keselesaan masing-masing. Tapi UITM, hari ISNIN dan JUMAAT semua budak perempuan wajib berbaju kurung. Aku pun terpaksa membiasakan diri dengan keadaan ini. Bukannya aku tak pernah tengok suasana orang masuk U dan cara mereka berpakaian, tapi aku kan masih perasan budak lagi. Aku ingat diri aku ni budak MATRIK lagi. hehe. Sebab tu sepanjang semester I ni aku tak pernah ke kelas pakai T-SHIRT atau seluar jeans untuk ke kelas. Kecuali pernah sehari tu aku pakai TSHIRT merah hati lagi..sebab kawan aku ajak keluar lepas habis kelas untuk pergi buat kad matrik.


3. -Dekat MATRIK aku boleh jumpa lecturer bila-bila masa aku nak tanpa buat temujanji. Pergi je cubical, duduk lah hang depan lecturer hang. Ilmu panas-panas lagi dah meresap masuk. Kalau lecturer kita takde, kite boleh jumpa mana-mana lecturer lain yang kita suka. Best wooo.. Buat baik dengan lecturer manyak untung woo. Dapat makan free hari-hari kot. *Dalam banyak-banyak contoh, makan juga yang aku kasi.=p
Aku ni memang yang sedia lembap dalam ilmu chemistry, hari-harilah lecturer kimia aku serang. hehe.. Mungkin penat..asrama perempuan dengan cubic lecturer jauhnya bermeter jugak tu.. Tapi tersangat BERBALOI!!! Dapat ilmu sekali dengan makan FREE lagi!
- Kat UNIVERSITI aku nak nampak batang hidung lecturer pun payah. Semuanya busy semacam je! Dah lah aku ni kurengg dalam bab-bab yang berkaitan dengan ilmu hafalan ni. Sampai aku meleleh-leleh mengadu dekat kawan yang berlainan U dengan aku. Nasib baik kawan aku ni jenis yang baik-baik, dialah TEMAN, dialah SAHABAT, dialah LECTURER dan dialah RAKAN SEPERJUANGAN aku. TERIMA KASIH kawan! Jasamu kukenang sampai akhir hayat!


4- Kat MATRIK aku tak terlibat secara aktif sangat dalam bab-bab yang berkaitan agama ni. Aku malu dengan diri aku sendiri. Aku rasa diri aku begitu jahil dalam bab-bab yang berkaitan agama. Sebab tu aku tak pernah involve dengan mana-mana usrah pun. Yang ceramah agama je aku pernah join. Tapi ikut penceramah jugak. Kalau penceramah tu berjaya untuk tidak membuatkan aku jatuh syahid di dewan ceramah aku pergi. hehe=p
- Di UNIVERSITI sahaja setakat semester 1 ni, SYUKUR ALHAMDULILLAH...Aku berjaya mengaktifkan diri dalam usrah. Banyak yang aku belajar.. Antara yang diselitkan adalah berkaitan subject TITAS yang aku ambil sem 1. Untung-untung boleh menokok tambah cerita semasa mengarang. UNTUNG DERR!! Satu-satunya orang yang banyak membimbing aku, dan selalu ambil berat tentang masalah yang melanda kami semua.... Kak Nabilah atau lebih universal dengan nama KAK BELLA. =)


5 -Kat MATRIK aku dulu ada banyak tempat sukan.. GIM ader, cord tennis, cord badminton...dan segala jenis cord ada kat sini. Basikal yang bertengek dua tu pun ada. Korang nak main bile-bile masa pun boleh! No time, No Limits! Kalau duk kat matrik bolehlah aku perasan kurus skejap. Hehe.. Sebab aku boleh release stress main beskal. Syok wooo.. Angin sepoi-sepoi!
-Di sebabkan UNIVERSITI aku ni, agak terlalu baru..yang adanya cuma bangunan Fakulti dengan Kolej Kediaman je. Padang bola tu ada la jugak seketol, tapi semua dah di konker oleh kaum Adam.. Kaum Hawa cuma exercisenya bukan makin kurus...makin tembam adalah!!!


Itu antara perbezaan yang aku dapat lihat jelas, terang, lagi nyata.. yang berkaitan dengan soal hati dan perasaan nanti aku cerita lain kalau aku rajin. hehe. Betul kata orang hidup di UNIVERSITI memang tak seindah yang disangkakan. Banyak halangan yang perlu kita lalui. "Susah, senang, pahit getir itulah yang menjadikan kehidupan kita di UNIVERSITI kehidupan yang paling manis yang kita lalui. " Itu yang orang cakap lah... Aku tak tahulah betul ke tidak.. Masih tengah mencari di mana kemanisan itu ada. Mungkin aku perlu tambahkan sedikit 'gula' lagi dalam kisah aku di UNIVERSITI... Bagi lemak-lemak manis dan kaw-kaw  dulu. Mana tahu sebahagian tulang rusukku juga satu UNIVERSITI dengan aku..muahaha...*gatal!!!

Kompem pasti lagi menarik kisah aku! Kalah CINDERELLA !!!muahaha..


p/s: Layan lagu Awie.. Tragedi OKTOBER di bulan JANUARI!

Sekian,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...