Pages

Wednesday 31 October 2012

My second handmade spectacle

Kalau minggu yang sebelumnya kami dikehendaki menyempurnakan full plastic frame, minggu yang selepasnya pula kami jugak dikehendaki melakukan task yang sama. Tapi.. frame nya mestilah dah tak sama dah.. Kalau tak macam mana kami nak memahirkan skill kami kan. Terer spec plastic je.. tapi spec lain tak.. Mentang-mentang zaman sekarang orang memasyurkan spec plastic. Isyk-isyk.. Tak-mo-tak-mo-tak-mo. Hidup pentingkan diri sendiri ni rugi tau.. Kalau berbisnes pasti tak dapat untung. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak semua orang sukakan spec berframekan plastik. Ingat tu.. Contohnya tersegam indah iaitu si penaip entry ni. Hihihi. Aku memang suka tengok orang pakai frame plastik.. tapi diri masih tak mampu untuk memakainya.. Tak sesuai dengan muka mehhh.. Terpaksalah sang metal half frame menjadi peneman. Setakat ni masih mencari kalau-kalau terdapat full plastic frame yang sesuai dengan wajahku ini akan ku beli dan pakaikan jua demi keselesaan penglihatan anugerahNYA yang tak ternilai ini. InsyaAllah. 

Spec pertama.
Seperti yang tersedia maklum dalam entry yang lalu di sini.. Alhamdulillah spec pertama sudah selamat dihantar dan disemak langsung oleh lecturer ku. Alhamdulillah.. Lega.. Oh ya.. Baru aku sedar... Spec ni aku sendiri yang siapkan tapi entah kenapa bijakkkk sangat aku masa tu.. Langsung tak terdetik nak sarungkan dan matchkan dengan wajah aku.. Ya Allah.. Cerdiknya GBM ni.. Tetiba rasa macam sedikit hampa apabila mengenangkan peristiwa bersejarah ini tidak direkodkan dengan sebaik. *PANGGGG.. Tahniah GBM. TAHNIAH! 

Tadaaa.. Inilah spec kedua aku.. Hihi.. cantik tak? Fuh.. penat aku buat spec ni. Memang dipenuhi ranjau dugaan betol. Aku tak tahulah silap aku ke silap mesin tu.. Former yang dipotong boleh berlubang sehinggakan lopongnya jelas kelihatan. Inanillahiwainnaillahirajium. Dalam hati lantas berdoa.. Rabbi yassir wala tuwassir. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Nasib baik lecturer tu baik hati beri aku peluang kedua untuk memperbaikki diri untuk lebih berhati-hati atas segala yang dilakukan. Alhamdulillah... Untuk kali kedua, barulah former tersebut tersegam cantik, termuat elok dalam frame. Pengajaran taken: JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA. =)

Selesai sudah 2 ketoii spect.. Kini hanya tinggal 3 ketoii spect yang perlu diperjuangkan. Half frame, rimless frame. And the last one is depend on our lecturer. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik. Rabbi yassir wala tuwassir. Aminn =)


Ingat nak taruk nama Gadis Berkaca Mata.. Tapi takut nanti orang confius dan mula bermonolog kasar.. "Eeee.. Ada ke mak bapak dye kasi nama macam tu.. Mesti lahir-lahir anak dye ni terus dipakaikannya spect.. tu pasai nama lagutuh.."  
Terus tak jadi. Diubahnya fikiran.. mengenangkan betapa hebat jasa ibubapaku yang berpenat lelah memikirkan nama berserta maksud yang baik untuk anaknya bagi memastikan ulama' yang dilahirkan dapat berbakti atas nama agamanya.  Terima kasih mak ayah, nama yang sangat cantik persis orangnya. =)

Nor Shazana..
"Cahaya kecergasan"ku.

Sekian,

Monday 29 October 2012

Jom uji kemampuan mata anda!



How many people you can see in this picture?



What can you describe from this picture? Tree, leaves, houses... anything else?


Can you see the power of the illusion from this picture? No?? Ohhhhh minee.. thats mean you are no longer in this world.! kihkih.. kidding. Gurau je nohh.. Sebelum cheq hurai panjang lebaq, cheq nak hangpa amek pembaris seketoii.. Okaii.. Sekarang lekatkan pada skrin laptop/ipad/tab/komputer anda. dan hulurkan pembaris anda untuk mengikut line horizontal. Dapat jawapannya?
Yang sebenarnya mata anda telah tertipu pada gambar ini. Itu adalah HAKIKAT yang memang jelas lagi nyata. Yang memang tiada keraguannya lagi... Line-line yang anda lihat seolah-olah kejap keatas kejap kebawah itu, sebenarnya adalah parallel to each other. Kenapa hal ini terjadi?

Didalam mata kita terdapat satu sistem penglihatan yang dinamakan sebagai monocular cues. Apabila sistem ini telah diganggu dengan kehadiran petak-petak hitam yang berombak-ombak secara verticalnya.. membuatkan otak menafsirkan bahawa line horizontal tersebut seolah-olah keatas dan kebawah.

Ponzo Illusion

Kesemua gajah-gajah diatas adalah daripada perjalanan seekor gajah yang sama. Tapi yang kita nampak adalah gajah yang paling hujung sebelah kanan adalah yang paling besar bukan? Dan yang paling hujung sebelah kiri adalah yang terkecil. Nampak tak permainannya disitu? For the second time, mata cuba untuk menipu anda lagi! Isyk-isyk.. kesian.. asyik kena tipu je..

And here, we are trying to apply it.. "Ponzo illusion". The most left guy look smaller but the most right guy look bigger than others. Still confusing?? Sila marah mata anda kerana telah menipu anda secara hidup lagi sihat bugar. hihihi.


Mungkin jugak En. Google boleh bantu?



p/s: ketinggian sepatutnya dimalarkan dalam hal ini. Akan tetapi, anugerah Ilahi yang ini telah ditetapkan bahawa kami lahir bukan dalam ketinggian yang sama. =)

Sekian,

Thursday 25 October 2012

Hari Arafah


Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. 
Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini.
 
Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. 
Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.
 
Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? 

Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
( Hadi sohih)

p/s: kopipasta daripada emel Mak. 

Selamat berbuka kepada sesiapa yang berpuasa. Dan buat semua, SALAM AIDILADHA dari GBM dan family. =)

Sekian,

Wednesday 24 October 2012

Percutian penuh "PENGISIAN"


Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu sudah hampir berkunjung tiba. Dimana semua student UiTM diberikan pelepasan untuk menghabiskan masa sebanyak 24jam x 12 bersama-sama keluarga tercinta sambil menikmati hidangan daging korban yang... perghhh... segar dan sedap! *Jelas terpancar kerinduan terhadap cik lembu. muehihihi.. 

Pukul 9 pagi, InsyaAllah perjalananku bergelar seorang musafir bakal bermula. Rabbi Yassir Wala Tuwassir. Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.




Tapi!!!! Yang nak ditekankan dekat sini bukan berkenaan lembu mahupun raya haji mahupun tentang keluarga aku yang hanya sempat untuk aku rindui selama 1bulan setengah maklumlah hari ni kan nak balik.. dah jumpe hilanglah rindu tu. Tapi ini mengenai tentang apa jerr aktiviti yang boleh aku lakukan sepanjang percutian tersebut.. WAAAAA.. Rasa macam nak nangis...!!!

"Relax GBM.. Cool down..!" Hidup sebagai student Optometry perlu sentiasa optimis. You are apart to be a CLIMBER! So, always think positive. Apa nak risau.. Allah tu Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengasihani, Maha Teliti atas segala-galanya.. Dan DIA tidak akan menduga seorang hamba diluar kemampuan hambanya.

Ala, setakat balik daripada cuti minggu pertama hari selasa test Light And Colour Perception, hari rabu test Pathology, hari khamis test Ocular Anatomy tu.. apalah sangat.. "Senang" je... Tu semuakan ada kaitan dengan Biology.. Semua menghafal je.. GBM kan memang "Terer" giler keje-keje menghafal ni..

Atas ke"Terer" an tersebut.. terpaksalah bawak balik buku "senipis" 1 set kertas A4 versi YELLOW sebanyak 3 ketoii. Syabas GBM. Semoga menjadi insan yang paling TABAH antara yang paling TABAH. REMEMBER that ALLAH is always there. =)



Sir Saiful- Lecturer Light and Colour Perception

In order to be a CLIMBER, what they need is always trying to be positive, creative and innovative. They are the saver to others. They are the solver to many things.  No matter how tough it is.. they will take it as a challenge for them.- Sir Saiful

Sekian,

Sunday 21 October 2012

Fatimah Syarha at Puncak Alam


Semalam merupakan hari yang paling meriah di UiTM Puncak Alam. Mula-mula kedatangan Hilal Asyraf memenuhi slot pagi 8.30-10.30pagi.. Kemudian pada pukul 11.00pagi -1petang di hiasi dengan mutiara kata  daripada Fatimah Syarha.

Tapi sayangnya kehadiranku hanya sempat di penghujung saat dan ketika sesi bersoal jawab bersama Fatimah Syarha. Walaupun atas keterlewatan tersebut , ALHAMDULILLAH.. input yang aku dapat disaat pengakhirannya sangat SUPERB! Aku memang tersangat mengagumi isteri kepada Dr. Farhan Hadi ni.. bijak dalam bertutur kata, lemah lembut dalam setiap gerak-gerinya... Antara kata-kata beliau yang aku masih ingat..
Kita kalau nakkan suami yang elok jangan anggap diri kita ni keji, jangan anggap kita tak layak untuk diIMAMkan oleh seorang lelaki yang soleh. Mintalah padaNYA. Berdoa yang baik-baik. =)

Aikk.. kenapa boleh keluar SUAMI pulak ni? Aku pun konfius.. dah nak kahwin sangat ke GBM oii.. Isyk takdelah.. Dah time aku masuk dewan ni tetiba ada seorang hamba Allah ni bertanya..

"Ustazah, orang kata lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Macam mana pulak kalau kita dulu jahat, selalu buat dosa..keji.... Kalau kita bertaubat kita masih tak layak ke nak mendapat pasangan yang baik?"

Tersangat unik soalannya kan??? Dulu pun aku pernah terfikir akan soalan sebegini..tapi tak tahu nak bertanya pada siapa. Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang sudi bertanya.



SubhanAllah... cantiknya ciptaanMU..



Slot Hilal Asyraf aku tak sempat nak join langsung disebabkan keterlibatan aku dalam eksplorace Misi Mencari 10 Muwasafat Tarbiyah. Seronok.. 1 group 4 orang.. 2 junior, 2 senior. Bergabung meletup ahh! Hehehe.. Ni kali pertama aku terlibat dengan aktiviti yang melibatkan permainan lasak dengan junior optometri first year. Orintasi yang haritu memang ada, tapi aku tak sempat lansung nak beramah mesra dengan mereka. Maklumlah time tu aku and the 41 house the geng sendiri yang plan eksplorace tu. Mana nak reka game, mana nak jaga checkpoint, mana nak bagi markah lagi.. Fuhhh.. memang masa sangat mencemburui kita kan?


Yang tudung hitam tu organizer.. Yang tudung putih dari kiri; Amal, GBM, Fatin, Ezzaty

dan bila kita mendefinisikan menunggu itusebagai tanda redha,maka bukankah detik menunggu itu perlu dilalui dengan rasa senang hati?dengan rasa percaya dan redha sepenuh hati?bukankah penantian itu perlu diisi dengan perkara-perkara yang memberi nilai tambah pada diri?
Sekian,

Sunday 14 October 2012

First spectacle made by ME!

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdullillah...

Fuh, FINALLY akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan task yang pertama kalinya.. begitu... MENARIK dan MENCABAR!

Untuk semester kali ini kami pelajar tahun 2 dikehendaki menyiapkan spec sebanyak 5 ketoi.. dan lecturer akan menilai atas setiap ketelitian dan kekemasan atas setiap spec yang dihasilkan. Pada akhir semester nanti the highest 4 spec will be taken. Minggu lepas telah bermulanya kisah tersebut dimana kami masing-masing perlu memotong former dan memotong lens sesuai dengan spec yang telah diberi. Untuk tugasan pertama, spec ber'frame'kan full plastic diberikan kepada setiap pelajar. Maka... 'gerrrrrrr....kreeeeeengggg..kreeeekkk..' bermulalah sesi permotongan tersebut..

Haruslah merah.. My febret wavelength. =)


 Amacam? Cantik tak? hihihi.. Sebenarnya spec aku ni takdelah menjadi sangat sebab lens sebelah kiri aku terover corrected plak.. sampai longgar skit-skit nak terlondeh dari frame. Tapi lecturer aku cakap.."Takpe, ni sebab awak first time buat.. nanti dah lama-lama mesti okey. "


Prasan tak yang frame seketoi kat bawah yang ada lubang banyak-banyak tu? Yang tu nama beliau adalah former. Beliau ini sangat penting sebelum proses pemotongan lens terjadi. Sebab beliau ini bertindak sebagai acuan kepada lens yang hendak dipotong. Former ini perlu dipotong dengan baik dan TELITI. Salah satu faktor yang selalu terjadi kecacatan pada lens adalah disebabkan former anda yang tidak dipotong dengan baik. 

Minggu sebelum minggu pemotongan lens tu kami bertungkus lumus memotong si former ni lah. Selagi benda ini tidak di siapkan selagi itulah yang namanya spec tidak akan terhasil.

Spec dilatari oleh bakal-bakal optometrist Malaysia. Wow. TERBAIK!

Minggu ni iaitu besok yang bersamaan dengan hari isnin 15 oktober kami bakal menyiapkan spec full metal frame pulak. InsyaAllah..  
"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"Maksud: "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"





*******************


p/s:  sekarang OPTIMIST UiTM Kampus Puncak Alam sangat busy dengan pilihanraya. Hari Jumaat ini keputusan undian bakal diumumkan. InsyaAllah. Will be update soon. InsyaAllah. =)

Sekian,

Thursday 11 October 2012

Stereopsis test a.k.a 3D test

Kalau sebut stereopsis mungkin ada yang geleng kepala, ada yang garu kepala, ada yang ternganga mulutnya.. lalu mulutnya lantas mengeluarkan suara.. "Apakah itu?" 

Stereopsis ini adalah nama test untuk chek penglihatan 3D kita. Sama ada 2 mata kita berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ala, yang macam korang tengok citer 3D dekat pawagam tu.. Hahh.. lebih kurang lah tu. Tapi untuk test yang ni kita gunakan buku khas. Buku untuk stereopsis test ni ada banyak jenis..

 Titmus Fly Stereotest 
Yang ni yang selalu aku guna dalam lab sebab yang ni paling senang. hihihi. Sepanjang test berlangsung, patient akan diberikan seketoi spec yang memang dikhususkan untuk tengok 3D. Ala, yang macam korang tengok 3D dekat pawagam tu jugak lah.. mesti dia kasi spek kan. Untuk result kita akan record  berdasarkan berapa degree kadar floating gambar yang patient dah tak boleh baca. Contohnya patient aku haritu mendapat:

25 degree @ 40cm

Maksudnya patient tersebut, gambar yang beliau tidak mampu lagi untuk melihat floating pada angle 25 degree pada jarak 40cm. 

Biasanya untuk mata yang normal, beliau tidak boleh membezakan object yang floating ini maximum pada angle 40 degree @ 40cm. Ini maknanya, patient saya yang diatas masih dikategorikan sebagai normal eyes. 

Untuk memberi gambaran yang lebih kepada you alls, ni antara gambar during the stereopsis test:


Nak suruh patient sebut dekat mana beliau nampak floating boleh.. nak suruh beliau tunjuk dimana kedudukan floating tersebut pun boleh.. 


Dah macam orang buta pulak aku tengok. muehehe.

TOPUP ILMU: Stereopsis adalah penglihatan yang menggunakan 2 belah mata. Mereka yang mempunyai masalah pada salah satu mata akan mengalami masalah semasa ujian stereopsis dilakukan.


p/s: Nak tahu sejauh mana penglihatan 3D anda? Jom berkunjung ke kedai Ui Vision kami yang terletak di dalam kampus UiTM Puncak Alam. Your vision is our priority. =)

Sekian,

Sunday 7 October 2012

Pelita Nasi Kandar



Ni aku 'kopipasta' kan daripada emel yang dihantar oleh mak aku. Terkejut jugak ah bila dapat emel dari emak. Selalu emak aku emel pasti berkisar tentang nasihat, ujian hidup, berserta masalah yang dialami umat islam sekarang. Bagus mak saya kan? sebab tu saya sayang mak saya. Hari ini aku dapat emel berkenaan tentang isu PELITA NASI KANDAR. Macam pernah dengar nama restoran ni.. tapi macam dah lupa la pulak. Aku memang suka makan nasi kandar.. tapi Alhamdulillah setakat ni belum pernah menjejakkan kaki ke restoran tersebut. Sebab aku jarang makan makanan luar.. sebab mahal. Berjimat cermatkan amalan yang mulia. =)



Description: cid:image003.jpg@01CDA174.DE7DD840

"The Star 24/09/2012 pg 22, melaporkan bahawa pemilik Pelita Nasi Kandar, Datuk D.Ramesh performing temple ground breaking for construction. 

Therefore pemilik Pelita Nasi Kandar is a Hindu..... proceeds from jualan nasi kandar Pelita is for construction of hindu temple.   
Since now dah jelas.Fikir2 lah kalau nak makan di PELITA tu..."

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL48DV4reLpSWDFjfEUzjQOmWUtvMujzDDKpl2_jOTUwmXshZqxdSN8s8sOAVg1RH_MMXy7knSyQWjx_G5rYrgjgimZlJkUFd-ljZHG68WvvfYhZqbLuw765Qxt4H4DLf0y-mSdik6E8g/s1600/Slide2.JPG

So, macam mana respon kalian? Terasa tergugatkah atau rasa biasa-biasa je? Tepuk dada ask your iman. Ingat saudara-saudaraku, iman terbentuk daripada hati yang datangnya daripada makanan yang baik.. Baik bukan sahaja dari segi kebersihan, tetapi baik itu adalah yang HALAL disisiNYA. 

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172). 

p/s: Bukankah masak sendiri itu lebih terjamin ke'baik'an nya? Renung-renungkan.. 

Sekian,

Thursday 4 October 2012

Tropia and Phoria

Bismillahirrahmanirahim...

Ni first time aku menulis entry sebagai seorang bakal optometrist. Maklumlah sem ni aku dah kurang pakai kasut sport yang ala-ala jantan, pakai kasut kulit bergetahh lagi ko. Bukan kemahuan ponn tapi lebih kepada keterpaksaan. Sem lepas sir dah tegur pasal kejantanan kasut aku yang sememangnya hanya layak untuk dibawa berjogging serta bersiar-siar. Sebabnya sem ni dah mulanya tahun clinical bagi kami semua. Mesti nak kemas derrr.. Siap ada skill test lagi.. Masa mula-mula dengar mende alah ni awal-awal dulu macam seriauuu je sebab sir cakap kalo fail kena repeat.. tapi markah still ambil yang fail tu.. Ya Allah, lagilah kitorang takut.

Tapi bila dah masuk lab.. Hurmmm... macam bestlah pulak lab ni. Rasa macam dah jadi optometrist pun ade. hikhikhik. Dengan kasut kulit bergetahhh, berbaju kurung, berserta white coat tersarung lengkap.. Subhanallah, Ohsemmm gilaq!


Minggu ni merupakan minggu ke-4 kami memasuki lab untuk subjek Clinical Optometry I. Seronok. Pada pendapat akulah lab ni memang seronok. Sebab aku rasa dengan adanya lab inilah kitorang sekelas semakin akrab. Sebab semuanya terpaksa berebut-rebut.. kau-chek-aku,aku-chek-kau. Mata orangkan lain-lain.. Ada yang nampak double vision, ada yang hakikat matanya juling tapi tak nampak, ada yang mata kering, ada yang basah.. Haihh.. macam-macam jenis matalah.. 

Untuk lab yang terbaru kami belajar berkenanan macam mana nak chek sama ada mata patient tu ada juling ke tak. Kalau orang yang mata tak sama alignment memang kita cam mereka ni ada juling kan. Tapi bagaimana pula certain-certain orang yang rasa memang mata dia normal.. mata hitam terletak cantik je.. tapi AWAS ye kerana itu masih belum dapat memastikan yang anda sememangnya bebas daripada sebarang juling taw! 

CUC for distance view

Untuk chek juling ada 2 cara:
1) Cover-Uncover Test (CUC)
2) Alternating cover Test (AC)

Untuk CUC tu memang wajib chek untuk kesemua patient. Yang ni untuk chek sama ada patient ni ada tropia ke tak. Tropia- Juling yang boleh nampak dengan mata kasar. AC test tu kita hanya chek untuk patient yang lepas CUC test yang disahkan bebas daripada tropia. AC test for phoria test. Phoria- juling pendam. Yang memang lepas chek sudah terang lagi bersuluh ada tropia kita takyah menggatal nak buat AC test lagi dah.

Tak paham? Moh tengok video yang matsaleh ni demokan.. 



CUC for near view
Okey. tukar turn plak.. kau-chek-aku
Setelah diperiksa CUC test dan AC test.. aku dengan yakinnya telah disahkan oleh rakan-rakan aku mempunyai phoria.. which is a 'juling pendam' untuk penglihatan dekat. Buat kesekian kalinya... OME!!!!
"MATA I ADA JULING RUPANYA!"



p/s: Buat sesiapa yang rasa nak chek mata nak tahu apa masalah yang ada pada mata.. sihatkah? atau tidakkah? Mohlah datang ke kedai Ui Vision yang terletak dalam Kampus UiTM Puncak Alam.. datang chek mata atau mahu bikin spec barukah.. Kami disini sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. =)

Sekian,