Pages

Saturday 24 November 2012

Blog OPTIMIST

optimistuitm.blogspot.com

Blog OPTIMIST UiTM sekarang sedang mengalami beberapa fasa perubahan. Dulu dah tak sama dengan sekarang.. Dan sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Baru sahaja semalam tampuk penaipan serta tampuk pengtaipolan *eyh? diserahkan sepenuhnya kepada.., kepada... G-to-the-B-to-the-M. Dan kini, tak sampai 24 jam, blog OPTIMIST telah berubah wajah.. hampir.. 90%. Ya Allah, betul ke apa yang aku lakukan ni.. nampak macam.. macam... hurm... macam... SIMPLE! ya Terlalu SIMPLE! Hewww..heww.. 

Aku ingat nak ubahkan templete kepada DENIM sahaja.. macam blog aku ni.. tapi tak reti guna Dashboard baru ni. Ya Allah.. masaku 1jam lebih cuma di laburkan untuk menggoogle tutorial untuk tukar templete Denim guna Dashboard baru ni.. dan hasilnya.. amat menghampakan. ZERO!
Kesimpulannya.. Templete SIMPLE sahaja yang menjadi pilihan. Dan terhasillah seperti yang diatas.. kenkadang rasa macam..  Ya Allah.. terangnya.. panahan mata begitu terasa sehinggakan segala ligament-ligament dalam mata terpaksa berkerja dengan lebih kuat untuk melihat blog ni.

Tapi menurut wanita-wanita cantik aka my roomate-roomate dah cantik katanya.. Cantik ke?? Arghh.. dan ternyata masih belum dapat untuk memuaskan hati ini. Apa kata anda? Bahagian mana yang patut ditukar? 


p/s: buat masa ini status blog optimist masih diprivatekan.. dah siap sepenunhnya barulah akan dipublishkan balik. 

Sekian,

Thursday 22 November 2012

Belajar untuk meneroka

Meneroka atau menjahanam?

Arghhh.. lantaklah.. hidup perlukan pengorbanan bukan? Kalau diri tak sanggup untuk ambil risiko sampai bila nak maju? Take note GBM! Berani kerana benar.. takut kerana jahanam. *Fuh.. kasar derr..

Menggunakan seketol skru berwajah serius sambil kening berkerut-kerut.. maka proses itu pun bermula.. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. 


Nampak macam oke kan? Tadaaa.. Ayuh bersilat mata..!!!




















*
*
*
*
*



Toinkkk..















*
*
*
*
*
*
*
*



Toinkkk.. toinkkk.. 



Hasilnya.. Habiss... jahanam derr! Inilah dinamakan hilang kewarasan akal buat sesaat. Aku ngantuk mata terlampau time ni. Lalu aku pun pisahkan mata ke-2 aku ni dan letakkan atas note. Otak tak sempat nak proses maklumat tangan aku dah menggatal ambik skru dalam pensil cases lalu digodek dirobek sepenuh hati.. Lalu terkeluarlah ia (lens).. terpisah dari sarangnya setelah hampir 3tahun lebih melekat bersama. Akhirnya..akhirnya.. akhirnya!!! Clash jugak ko wahai cermin yang tak nampak muka. 
Penuh daki-daki berserikan kulapok kehijau-hijauan.. Oh, memang sungguh "indah" permandangan itu sehinggakan tekak turut merasa loya. 


Demi mu oh.... masa depanku.. optometrist... ku aplikasikan segala apa yang lecturer ajarkan... Walaupun hakikat yang perlu dialamiku adalah kesan calar-calar pada frame akibat gelojoh nak bukak skru.. HAHHHH.. PADAN MUKA!

Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” ~Osman Affan

Sekian,

Tuesday 20 November 2012

Tahniah buat SHA dan SHA!

Shahirah, Shakirah, GBM

1. Tahniah buat kekandaku NOR SHAHIRAH kini selamat menjadi tunangan orang. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga menjadi penyeri rumahtangga yang solehah.

2. Tahniah buat adindaku NOR SHAKIRAH NAJWA kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Jadikan kejayaan ini sebagai batu loncatan untuk lebih maju dimasa-masa akan datang ye dik.

3. Tahniah buat NOR SHAZANA aka GBM kerana bakal mendirikan rumah tangga pada tanggal 201_. Semoga berjaya dalam misi pencarian IMAM yang soleh. *Eyh? Nak jugak.. Sekadar berdoa. tak salah kan? 

"201_".. InsyaAllah.. =)
Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi)..

Sekian,

Thursday 15 November 2012

Satu Perjuangan


Syukur Pada Yang Esa

Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian

Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya

Mari Kita Bina Satu Ummah Maju jaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara

Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa

Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan

Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya

Brothers
Satu Perjuangan.

******************
Andai kita semua faham akan setiap patah kata daripada lirik ini.. pasti mereka akan tersentuh hiba melihat kekejaman yang sedang dilakukan zionis terhadap saudara-saudara kita di Gaza. Mungkin ada yang kata.."Macam mana nak tolong.. Malaysia dengan Gaza kan jauh..".. Duhai sayangku.. "DOA".. ketahuilah olehmu bahawa kuasa doa itu terlampau hebat.. Ianya tidak mengira jarak.. dekat atau jauh.. Yang penting keikhlasan.. Sesungguhnya DIA MAHA MENDENGAR rintihan setiap hambanya.. Ayuh bangkitlah sahabat-sahabatku.. saudara-saudara kita disana sangat memerlukan kita semua.. 



"Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di luar sana daripada kekejaman orang-orang kafir, kuatkanlah mereka, peliharalah iman-iman mereka begitu juga dengan kami Ya Allah. Agar kami sentiasa teguh berdiri dijalanmu.." Ameen Ya Rabb.. 






McDonald merupakan penyumbang terbesar kepada Israel. Kita sedap-sedap melahap burger, tapi mereka sedap-sedap membedil saudara kita disana. Astaghfirullahalazim.. Apakah kita sekejam itu...??

Ingat.. Kita tidak akan ditanya adakah kita mampu menyelamatkan saudara kita yang berada dalam kesusahan?..Tetapi, apa usaha yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan saudara kita di luar sana..
Sekian, 

Ragam-ragem-ragim Masyarakat

Situasi A
Si A: Kau dah makan belum...
Si B: Belum..
Si A: Isykk.. kenapa tak makan lagi? Diet ke?
Si B: Mane ada.. aku makan roti je tadi.. takde duit nak beli nasi.
Si A: -.-"

Situasi 2
Si A: Eyh, jom makan..
Si B: Taknak ahh.. aku dah makan biskut cicah susu kat rumah tadi..
Si A: Eleh.. tu je? Mane cukup.. Mesti kau diet kan? Sebab tu taknak makan nasi..
Si B: *Karang ada jugak yang makan pelempang aku kangg..

Situasi 3:
Si A: Eyh, B!! Kenapa aku nampak kau semakin lebar eyh sekarang?
Si B: ....?? *"Untuk bahagiakan kau lah.. kau kan selalu kata kau paling gemuk.. "
30 minit kemudian..

Si A: B jom makan..
Si B: Takpelah, aku dah kenyang.
Si A: Kenyang? Kau makan apa?
Si B: *Makan hati dengan kau!
Si A: Diett letttewww kan.. Aku tahu kau terasa dengan aku kan?
Si B: *Tahu takhapeee!

*****************

Persoalannya sekarang.. KENAPA manusia, mindset kalau tak makan nasi tu... dikira DIET? 







Bagi sesiapa yang risau tentang kesihatan tubuh badan mereka.. Apakata kita cuba mengikut cara yang lebih baik.. No pills, no vitamin, no surgery... SELAMAT! 


Selamat mencuba! =)

Sekian,

Sunday 11 November 2012

Muka-muka pemimpin bakal-bakal Optometrist Malaysia







Sekali pandang macam skuad pelapis DIGI sedunia la pulak. Muehehe.. Haiipp.. DIGI kaler kuning.. yang ni kaler oren ok. Sape yang cakap macam skuad pelapis DIGI memang sah korang ada something wrong with your colour vision. Baik pergi chek dekat Klinik Ui Vision Puncak Alam cepat-cepat sebelum berlaku kemelaratan lalu memadamkan terus sistem penglihatan anda.. Oppss~

Seperti yang telah aku nyatakan pada entry yang lalu di sini... Cadangnya memang sepatutnya event ni berlangsung pada 3 minggu yang lalu lagi.. tapi disebabkan kekangan-kekangan yang memang tidak dapat dielakkan, terpaksalah ianya ditunda sampailah berlangsungnya hari yang sebenar-benarnya ia berlangsung iaitu hari Jumaat yang lalu- 9/11/12.

Tarikh dimana keputusan pilihanraya diumumkan.. Alhamdulillah.. Majlis berlangsung dengan baik.. walaupun aku kelihatan sedikit gabra sebab masa sudah hampir berganjak ke pukul 5.30petang event masih segar berjalan. "Waaa... kene tinggal bas la cenggini..!!!" lantas hati mula bermonolog kesedihan. Itulah hakikat yang terpaksa diharungi oleh gadis-gadis seperti kami apabila siibu dan siayah tidak mempercayai si anak yang sudah memiliki lesen untuk memandu kereta sendiri.. SEDIH! Terpaksalah si anak kais pagi naik bas, kais petang naik bas. *Eyh. Apa kaitan?? -.-"

Apa-apa pun jutaan tahniah buat barisan muka-muka baru Optimist 2012/2013. Selamat menjalankan tugas dengan baik. Ikhlaskan hati, tenangkan jiwa.. Jihad untuk Allah. InsyaAllah.. Semuanya akan dipermudahkan NYA. Semoga Optimist UiTM lebih maju di masa-masa akan datang.







GOG

"Gomo Opto Gomo"

















Tahniah MR. PRESIDEN!!! =)

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)


Sekian,

Sunday 4 November 2012

Mereka terHEBAT


Dua insan yang sanggup mengerah keringat,
Dua insan yang sanggup bersengkang mata,
Dua insan yang telah menyemaikan perasan hormat dalam diri ini,
Dua insan yang mampu membangkitkan semangat,
Dua insan yang mampu membuatkan diri ini sentiasa tersenyum,
Dua insan yang sentiasa mengingatkan bahawa dunia bukan segalanya,
Dua insan yang selalu menasihati tatkala hanyut dan alpa,

Mereka... 
Dua insan yang mampu membuatkan aku sedar tanpa pengorbanan mereka diri ini tidak akan mampu untuk berada di dunia ini hampir 20tahun lamanya.

Terima kasih duhai MEREKA. :' )

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim



Salam sayang dari anakanda yang berada jauh di ibu kota. 

Sekian,