Pages

Thursday 25 April 2013

Moments

I think i am becoming addicted to something right now. Grrrr... Segan nak mengaku tapi takpelah.. nak mengaku jugak...





Tahu apa ni? Yup. One of the application come together with WeChat. My Moments. Aku baru berkenalan dengan apps ni seminggu yang lalu. Ternyata ianya satu yang menyeronokkan. Hehe. 
Walaupun kekadang rasa macam orang dekat tanjung rambutan je. Update gambar sekali dengan caption.. tapi yang boleh menengoknya hanya beberapa kerat je. Yela, yang di add dalam WC pun berapa kerat..antara yang berapa kerat yang di add hanya sekerat dari mereka je yang active dalam me'moments' kan account mereka. So, boleh bayang keratan yang tinggal? 


Tapi takpe, aku update bukan untuk orang lain tengok pun. Aku update untuk tatapan aku sendiri. Kiranya sebagai diari bergambar gitteww. Kekadang update pasal kejadian yang berlaku hari ini atau hari-hari yang dah lepas, yang dah basi yang tetiba baru teringat.., kekadang update kata-kata semangat untuk mentarbiyahkan diri sendiri. Syok! Tengok sorang-sorang. Senyum pun sorang-sorang. Terasa satu kepuasan disitu. =))


Ada jugak rakan-rakan yang tanya.. 

"Kenapa tak buat Instagram je..?"

Err.. bukan tak nak.. nak tu nak.. tapi entah. tak terdetik lagi dihati untuk menginstagramkan diri. Tak sampai seru lagi nak buat..kot. Lagipun aku rasa instagram tu macam open sangat je. Macam tak macho plak untuk didiari kan. hehe. Maaf!




p/s: ShazMokhtar-Name glamour. Nama kampung: GBM jerr. hihi. 

Sekian, 

Wednesday 24 April 2013

MOSSE 2013


Malaysian Optometry Students Sports Event.
Dua hari yang lepas berakhirnya MOSSE yang bertempat di padang kawad UITM Kampus Puncak Alam. Antara Universiti yang terlibat dalam menjayakan MOSSE kali ini adalah UiTM, UIA, UKM, MSU dan SEGI. 

Banyak game yang best-best telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut tapi sayang.. kesemua game tersebut tidak sempat untuk aku sertai. Dahlah hadiah-hadiah depa best-best. Huhhh. Sayangnye.. Atas faktor kesihatan yang tak dapat dielakkan terpaksa ku kuburkan harapan untuk bergelar wakil atlet dari UiTM. *peww. macam hebat je bunyinye. konon!


Sepanjang MOSSE berlangsung tugasku hanyalah sebagai paparazi yang mengusha gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang sedang bermain melalui lensa kamera. tak cukup dengan kamera, dengan fon pun ya. Fuh. Nasib baiklah teknologi sekarang semua canggih-canggih. Bilamana kamera hampir mati, hendfon sudi menawarkan diri untuk mengalas tugas tersebut. muehehe. 


Sesi pendaftaran untuk larian dpuncak. 



Untuk slot pertama pagi itu iaitu senam erobik, aku tak sempat nak turut serta. Terpaksa galas tugas menjaga checkpoint 2 untuk larian dpuncak yang bakal diadakan sejurus selepas acara senam aerobik. Aktiviti larian puncak kali ini lain daripada yang sebelumnya. Untuk acara larian kali ini, para peserta dikehendaki berlari secara berpasangan. Salah seorang akan ditutup matanya, manakala salah seorang lagi akan lead pasangan yang ditutup matanya itu. 




Sesampainya peserta di checkpoint 2, mereka dikehendaki menukar blindfold sesama mereka. Kira fair and square la. Dua-dua boleh rasa lari dalam keadaan gelap dan lari dalam keadaan cerah. Pasti mereka-mereka ini akan lebih menghargai nikmat larian tika didalam cerah. Rasa lebih selesa dan selamat. =))

Ada yang lagi menarik dalam larian dpuncak kali ini. Jeng-jeng-jeng... Dipengakhiran kepada larian dpuncak para peserta dikehendaki kembali ke tempat permulaan larian tadi melalui tangga kejayaan lambang megah UiTM Puncak Alam. Muehehe (gelak jahat). Seronok kemain time ni. tengok budak-budak u lain tersedu-sedu, termegah-megah dalam meneruskan larian menaiki tangga mengalahkan tangga batu cave. Orang yang takde asthma tetiba boleh ada asthma. Sampai-sampai je ke puncak tangga berebut-rebut masing-masing meminta air. Sesekali terdengar ura-ura dari rakan-rakan..

"Lepas ni tak payah buatlah merentas pakai tangga. Penattt!"

Aku hanya mampu gelak. Aku faham perasaan diorang. Penat memang penat. First time aku naik tangga ni ambik masa nak dekat setengah jam. berapa puluh kali berhenti pun aku tak tahulah. Sekarang dah menjangkau tiga sem aku tidak lagi menaiki tangga ni. Aku kan sekarang bergelar non-resident tak duduk kolej lagi dah. muehehe. kes malas nak naik tangga nilah! 




Masing-masing dah semput benar. pegang lutut siap. 

masih mampu tersenyum. Bagus! =))


wajah-wajah kehausan.
Selepas acara larian dpuncak terdapat juga acara seperti handball, netball, futsall, basketball, badminton, tug of war (tarik tali) dan acara kemuncak adalah sukaneka. Seronok. Part yang paling seronok adalah part sukaneka yang turut melibatkan tetamu jemputan yang sangat special buat kami. Wakil-wakil daripada Malaysian Association of The Blind. Melihat mereka terhibur, aku pun turut sama terhibur. Setiap wakil Universiti yang terlibat akan beradu tenaga dengan 4 orang wakil daripada MAB. 5 orang dari wakil U masing-masing, 4 orang dari wakil MAB. Jadi setiap kumpulan akan ada 9orang ahli. Menariknya aktiviti ini, setiap orang dikehendaki tutup mata pakai blindfold. Hanya sorang yang tidak ditutup matanya untuk memberi instruction buat kesemua ahli group. =))

Isi air dalam botol pakai tangan.- UKM

Tranfer tepung guna sudu-UKM

Tranfer tepung lagi- UKM jugak!
Budak UiTM yang pakai baju kelabu langsat ni sebijik macam muka Sir Saiful, lecturer UiTM yang mengajar kami OPTICS, OPHTHALMIC OPTICS, VISUAL OPTICS, Light and Colour perception. Sebijik sir, sebijik! Semua orang cakap perkara yang sama.


Transfer tepung- UiTM


Cari gula-gula dalam tepung- MSU

Cari gula-gula dalam tepung- UIA

Transfer tepung- UiTM

Pemenang untuk acara sukaneka dimenangi oleh, 

PERTAMA: MSU
KEDUA: UIA
KETIGA: UITM
KEEMPAT: UKM

Wakil MAB bersama hadiah yang dimenangi. =))

Untuk acara keseluruhan setelah dicampurkan kesemua mata yang diperolehi....  telah dimenangi oleh...


jeng-jeng-jengggggg......





Semestinya... U...I....                                

TM. 





UiTM!!! hehe. Alhamdulillah. Yeayyyyy. Kita juara! Kita Juara! Kita Juara!
Tahniah buat semua atlet-atlet. kagum dengan kalian. 


Keputusan penuh;

PERTAMA: UITM
KEDUA: UIA
KETIGA: UKM
KEEMPAT: MSU



Tahniah juga buat kru-kru/ ajk-ajk yang bersengkang mata dalam menjayakan mosse kali ni. Dan juga tahniah buat GBM, walaupun tak masuk apa-apa, tak dapat hadiah.. tak dapat piala... tapi dapat sunburn third degree! Bukan senang nak dapat tu. Sampai balik kampung pun mak tak kenal. Sedihhhhh! :'(


aka EXCO Multimedia OPTIMIST 12/13 

Sekian, 

Tuesday 23 April 2013

Hati itu sensitif




Sekian,

Monday 22 April 2013

Kakak touching!


Sepatutnya birthday budak ni semalam. Tapi sebab adalah seorang kakak ni yang agak kejam suruh adik dia jangan potong kek lagi.. tunggu dia balik dulu. Jahat betol. Kesian budak tu. Terpaksa tahan nafsu makan.

Dah lah balik kampung tak bawak balik buah tangan apa-apa. Hadiah pun tak kasi. Tetiba petang tadi adik dia ni ajak makan kek.. 
Suasana yang agak touching! 


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-9. Semoga menjadi anak yang solehah, adik yang baik, dan semoga terus cukup solat 5 waktunya. =))

*Hadiah claim tahun depan. Ganda jadi 2. Boleh dik? Hehe

Sekian,

Pilihan

Tak semua orang diberikan pilihan yang baik. Tak semua. Dan tak semua juga suka akan pilihan yang diberikannya. Tak bersyukur? Bukan itu yang dimaksudkan aku. Bersyukur itu sangat dituntut oleh setiap orang yang menyedari hakikat dia sebagai hamba kepada DIA YANG ESA. Bersyukur kerana masih sudi memberikan kita pilihan untuk dipilih.

Persoalannya sekarang, setakat manakah kebijaksanaan seseorang dalam memilih pilihan yang tersedia ada ditangan mereka? Ditangan aku. Ya Allah, kekuatan sangat diperlukan disitu.




Kanan menjanjikan cita,
 kiri menjanjikan cinta.
Tak tahu antara dua.

*Pantun tiga kerat aka lirik lagu nyanyian adam dan farah satu ketika dahulu.




Antara rakan dan keluarga,
Antara kepentingan dan kemahuan,
Antara cantik dan berilmu,
Antara belajar dan mengajarkan,
Antara minat dan suka.

Selalu menghantui diri ini. Susah memang susah. Rasa seperti mahu bawa basikal laju-laju ditengah-tengah malam di tepi pantai sambil menjerit "Tak suka pilihan!" 


Minggu yang lalu akak naqibah bertanyakan soalan..

"Macam mana kita nak berdakwah kepada orang ramai.?"
"Update status FB.." 
"Twitter" 
"Medan blog.." 
dan ternyata kesemua jawapan tersebut tidak memuaskan hati akak naqibah.

"Kenapa takde sorang yang sebut USRAH? Satu-satunya perkara yang kita sedang buat sekarang."
Semua terdiam..
"Korang tak rasa ke nak ada kumpulan USRAH sendiri satu hari nanti.." Sambil akak naqibah pandang wajah aku.
'Gulpp..' telan air liur... terkelu. tekak terasa perit. terasa seperti menelan peria mentah-mentah. Ni mesti kes aku tulis pangkah dalam list untuk memegang usrah sendiri sekali gus bergelar akak naqibah tempoh hari. Huh.
"Taknak cuba handle/ pegang USRAH?"
"Korang tahu tak ramai orang diluar teringin nak menyertai USRAH? Tak kesian ke dekat mereka ni?"

Perlahan-lahan aku menggeleng. Aku tahu tindakan aku pastinya akan mengguris hati akak naqibah. Tapi aku terpaksa berterus terang. Aku masih setahun jagung. Masih dalam proses mengenali islam dengan lebih mendalam. Aku pun masih kehausan ilmu, yang memerlukan seseorang untuk membimbing aku dalam misi pencarian ilmu tersebut. Mana mungkin aku bisa menjadi pendidik sedangkan aku masih perlukan didikan. Maafkan aku. Aku begitu tak berdaya untuk memikul amanah yang begitu berat kukira. Aku takot aku tak mampu untuk menjadi yang terbaik. Sibuk menyuruh orang berbuat kebaikan sedang diri sedang melakukan kejahatan. Sibuk menyuruh orang bersabar dalam setiap tindakan sedang diri masih belum cukup bersabar dalam segala hal. Aku sangat takutkan itu. Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMU ini.
Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.




Sorry kak. Diri ini masih tak berdaya. sangat tak berdaya. 

Bimbingku tika ku jatuh tenggelam dalam ujian,
Sedarkanku tika ku hanyut dengan nikmat duniawi..

Sekian,

Friday 19 April 2013

Aku adalah aku

1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.



2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. 




3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,




5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 




6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat2 sangat  sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"




Credit: Mak
terima kasih atas nasihat. #emelsebagaipenghubung.


Sekian,

Thursday 18 April 2013

Spectacle 2- Half-frame


Alhamdulillah selesai sudah spect ke-2 untuk semester kali ini. Sama seperti minggu yang lalu. Spect ke-2 ini juga di prescribe untuk yang berusia 40 and above. Yang mempunyai multi vision problem- distance&near. Cuma yang bezanya minggu lepas kami guna trifocal lens. Minggu ni kami guna bifocal lens.


Konsep lens yang digunakan untuk task yang lalu




Bifocal lens- Task untuk spect ke-2


Seronok buat spect untuk orang-orang tua ni. Opss. Silap! Seronok buat spect untuk orang-orang yang lebih dewasa ni. Susah tu memang susah jugaklah kalau tak belajar. Bila lecturer dah ajar rasa macam...

 'Eyh, senang la pulak buat spect orang dewasa ni.'

Cettt. Bunyi macam orang berlagak la pulak. Padahal spect nye senget kemain. Padah berlagak. Padan muka.

Sebelah kiri lens near add tersenget. T_T
Madam cakap,
Lens sebelah kiri awak senget kebawah, so saya terpaksa potong markah awak. 


So, kenalah potong markah separuh daripada satu. Terpaksa buat muka pasrah. Dah memang salah aku. Aku pergi guna sackel untuk pemegang lens yang longgar. Terpaksa. Kes malas nak tunggu. kawan-kawan semua dah siap cop sackel yang cun-cun, segak-segak. Yang dah hilang seri tinggal macam tu je... kejamkan betol.


Takpe. senget-senget pun tetap cumel. Senget tak sampai 5degree pun. orang takkan perasan pun. hehe. =p


Tulisan buruk nampak teruk,
Spect pula senget menget,
Bila niat dihati ikhlas belajar,
Kesemuanya diterima pasrah. 


*Amboi. teruk benor pantunnye hahh. Tengok dek Ahmad Fedtri Yahya mahu menggeleng panjang beliau karang. Haha


Sekian,

Monday 15 April 2013

Cinta Ilmu


"Dulu jahil... 
Kini jihad..." 
Jihad dalam memantapkan ilmu didada setelah menyedari hakikat kejahilan yang menyelubungi diri. Moga diberi kesempatan untuk menghabiskan kesemua koleksi diatas.


Cinta Allah, cinta Rasul, cinta manusia, cinta ILMU! 





Cinta sahabat. Ukhwah fillah! =))


Moga dipermudahkan segala urusan. Aameen. =))

Sekian,

Friday 12 April 2013

Medan perantaraan

Dulu seawal semester pembelajaran yang lalu, kecoh dengan kewujudan whatsapp. Whatsapp sana, whatsap sini. Tapi bukan akulah. Henset cikai je. Nak on9 pon tak boleh, apatah lagi nak berwhatsapp. Jauh sekali lah. Hanya mampu untuk melihat gelagat-gelagat orang sekeliling. Lalu tersenyum-senyum si pelaku sambil memegang fon. Dah macam orang dekat tanjung rambutan pun ada. Hihi



Itu dulu. peristiwa sewaktu zaman kepurbaan. Sekarang masa dah bergerak pantas sepantasnya peredaran itu berlaku sepantas itu jugak perubahan yang dapat dilihat. Mula-mula dunia ke'henset'an dikejutkan dengan kewujudan whatsapp, lepas tu alam viber, dan line. Motif penubuhan? Sama. Untuk penjimatan kedit berganda para student. sangat! Serius tak tipu. Sudah terbukti dengan jelas dan nyata! Topup RM10 tahan sampai sebulan lebih. Kagum dekat diri sendiri! Dan yang terbaru... Lebih canggih lebih mantap lebih terkesan dihati si pelaku... All in one services. Nak mesej, nak cakap, nak berface-to-face.. semua boleh.. dengan syarat. Fon anda mestilah ada connection dengan mana-mana sumber internet. 



Sebenarnya aku baru je install benda alah ni dua hari lepas. Dah tu mana tak terkena virus kalau dah kedua-dua orang roomate aku semua membusykan diri dimalam hari dengan berWC. Arrgghhh. *Jerit dalam hati bukan sebab jeles tapi sebab tertanya-tanya.. "Best sangat ke mende alah ni?" Dah install, daftar dan memilih kesesuaian profile picture. Berduyun-duyun plak notification yang diterima. Notification kes mengapprove rakan-rakan. Dan yang paling mengejutkan aku ialah... majoriti rakan-rakan sesekolah dengan aku mempunyai WeChat. *Oh, tetiba rasa macam nak masuk pertandingan lari pecut 5km. Badan cergas, fizikal slim, berwajah baru. Barulah depa-depa ni tak cam aku. muehehe. Selalu sangat dapat title LOADING. Sekali skale teringin nak jadi OUT.OF.SERVICE. bagi depa ni lagi pening nak layan. muehehe.



Maka bermulalah sesi bergelak tawa kes tak tahan dengar suara kawan-kawan. Ada suara serupa doremon, nobita dan tidak lupa juga bersuarakan si giant. Bergegar-gegar fon jadinya. *Ok. tipu.


Mula-mula main bukan main malu. Cakap pon macam kentut tak lawas. Antara dengar dengan tidak. Selalu kena kutuk dengan depa-depa ni. Suara aku pun disamakan dengan kentut. Oh, tegarnya beliau! Mesti nak cakap suara aku sumbang macam kentut. Tapi yang aku konfius.. kentut ada yang merdu ke? -.-"


Gegurlz tersayang =)

Sorry yer gegurlz. cakap slow bukan sebab malu pada anda-anda tapi malu pada roomate. Nanti tak pasal-pasal depa mensilap tafsirkan kejadian aku bercakap sorang-sorang. Walaupun aku tahu beliau yang bernama roomate itu jugak seringkali melakukan kejadian tersebut. Hehe. 


Untuk permulaan pengunaan WECHAT ni aku sangat berpuas hati. Sesuai untuk orang 'rajin' macam aku ni, rajin nak bercakap tapi agak kurang rajin untuk menaip. Jari tak runcing, taip pon asyik salah.

Selamat bercuti buat kekanda dan adindaku yang jauh dimata dekat dihati. Uhibbukki Fillah <3

Sekian

Saturday 6 April 2013

Kemahiran Insaniah- Explorace

Ahad minggu lalu. Kemahiran insaniah yang diwajibkan keatas semua pelajar semester 4 UiTM. Kemahiran Insaniah ini diadakan setiap semester dengan penggunaan modul yang berlainan setiap semester. Untuk kali ini. Modul KI kami adalah berkenaan dengan Explorace. 


Explorace satu group 40orang. Nak terbeliak bijik mata tengok list nama explorace, satu group 40 orang. Nasib baik sebahagian daripada ahli group aku tak datang gara-gara berpraktikal diluar kampus. Jadilah 24 orang sahaja. Tu pon semput nak cam wajah rakan-rakan 1 group. Fuhhh. Boleh masuk Malaysia Book Of Record. Kategori 'bilangan ahli kumpulan explorace yang palinggggg ramaaaiii..'

Kertas mahjung dikonon-kononkan sebagai bendera. 

Serius! Tugu negara? err..

Task akhir. susun puzzle.


Fasilitator Group 5

Bagus jugak ada KI ni. Boleh mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar kos lain. Share-share pengalaman berkenaan kos masing-masing seronok jugak. =))

Sekian,