Pages

Wednesday 26 March 2014

Memori yang membisukan

Sudah genap seminggu arwah pergi. Terasa janggal sekali hari hari yang dilalui. Takde orang yang tidur lewat dah, takde orang yang selalu usik bila nak masuk tandas, bangun tidur takde orang disebelah, takde dah bunyi alarm yang berlagu lagu, dan yang paling sedih bila dah hilang tempat berborak. Rasa yang terpaksa dipendam. Lama.. sampai yang periang menjadi pendiam.


Tapi aku bersyukur, minggu minggu terakhir sebelum arwah pergi.. Allah izinkan aku untuk menjadi aku antara orang yang terapat dengan arwah. Walaupun sebenarnya ini akan menjadi perkara yang paling memeritkan saat terjadinya perpisahan. Perit sangat ya Allah. Perit. Berkali kali diri ini termenung sendiri. Sungguh aturan Mu tiada siapa dapat menduga.

Mungkin dah sampai masa untuk aku ambil pengajaran, bahawa hidup ini tak sepanjang yang disangkakan. Boleh jadi hari ini, malam ini nadi dan jantungku berhenti secara tiba-tiba.

Subhanallah, Allah tidak menjadikan segala sesuatu itu sia sia melainkan untuk dijadikan pengajaran buat hamba hambaNya. 

Perubahan yang cuba ditonjolkan tidak berjaya untuk insan yang lemah ini mengesannya. Senyum dia, lemah lembut dia, kemengidaman dia, kebaikan dia, selera makan yang bertambah, status ruang media yang kearah menuju Allah.. semua ini pelik. Tapi aku tak dapat nak kesan satu pun saat arwah masih hidup.. Betapa segala sesuatu itu Allah jadikan diluar kotak pemikiran manusia manusia lemah seperti aku.


Semalam yang semalam, dua orang rakan cuba merungkai simpulan dalam ukhwah. Cuba membantu aku untuk meluahkan segala rasa. Rasa yang terbuku. Betapa Allah nak tunjukkan pada ana bahawa hidup ini terlalu singkat. Orang yang rapat dengan ana, tidur sekatil kini telah pergi berehat dengan tenangnya dialam lain. First time dalam hidup ana kak. Membuatkan kejutan itu sangat dirasai. Saat bertemu dengan family arwah aku seperti orang hilang arah. Saat kudakap si ibu, bibir terkelu tanpa sepatahkata tapi mata yang berbicara kencang. Tidak seperti rakan-rakan yang lain yang mengucapkan "Takziah makcik." Aku tak mampu nak ucap sebarang katapun. Bagaimana mungkin kuucapkan perkataan "Tabah" sedangkan mereka lagi tabah daripada aku, melayan setiap tetamu yang datang dengan senyuman yang paling manis. MasyaAllah, kuatnya semangat mereka. Betapa kukagumi mereka.



"Ok ke ni?"
"Ok." sambil kepala tertunduk.
Tanpa aku sedar ada tangan yang menadah dipipi...


Alhamdulillah. Saat diri terlalu sedih dan terkejut dengan berita yang diterima, Allah hadirkan aku dengan insan yang bergelar sahabat yang tak putus memberi semangat. "Allah sayang arwah. Arwah cuma ditimpakan ujian sakit sekejap je. Wajah arwah pun kelihatan seperti sedang tersenyum." Bahagia mendengar ucapan itu. Lantas membuatkan hati tersenyum riang...


Sayangku kak cahaya petunjuk, semoga dengan izinNya kita berjumpa lagi ditempat yang lebih baik daripada ini...di taman taman Syurga... :')) 


Catatan arwah.
Ukhwah fillah abadan abada.




Dia dah selesai dengan urusan dunia. Kita yang masih dipenjara dunia ini harus lebih kuat.- Kak E

InsyaAllah. :'))

Al-Fatihah
Nur Hidayah NorSham
11/04/1991- 19/3/2014

Sekian, 

Saturday 22 March 2014

Catatan terakhir bersama dia...

Jumaat (14 mac)

Masih segar peristiwa pagi itu..


Pagitu dia tidak tidur, masih bersama laptopnya.. teringin benar nak intai apa benda lah yang dia buat dengan laptopnya tu sampai tak tidur.hurm.. curiosity over the split milk betol.

Jam 5pagi.
"Akak, buat apa tak tidur lagi?"
Dia cuma senyum. Tatkala aku masuk bilik air untuk mandi, dia mula tutup laptopnya dan tidur. Jam 7 dia masih belum bangun walhal alarm dia berjuta kali dah membebel. Aku kejutkan dia.


Kelas mula jam 8.30 tapi pkul 8.05 masih belum keluar rumah. Terbaiklah. First time datang lambat lecture. Ingat kampus tu sebelah rumah gamaknya.

Masa tu dia tengah membelit shawl bawal baru.
"Haiii, tudung baru nampak.."
"Hihihi.. syhhh.. jangan cakap kat orang tau."
"Akak dah pernah pakai ke shawl yang style macam ni." style yang pakai macam bawal lipat dua dahulu tapi melekat dekat muka macam shawl. *Alaaa.. penggemar shawl mesti fahamnya.
"Tak pernah. Hihi. First time nak cuba ni."
Ok.. fine. patutlah lama kemain. haha

"Ana, tak dhuha dulu ke? Dah pukul 8 lebih dah ni?"
"Aaahkan. Lupa plak. Leka sangat tengok orang pakai shawl baru!" 



Jam 8.15 kami keluar rumah. Lewat giler. Masa nak tutup pagar tu, dia pesan...

"Ana, kalau nak makan roti, jem ada dalam peti."
"Hahh?.. ok." Blur, sebab first time ada orang proposed jem dekat aku.. Rasa macam pelik. Kenapa jem? Orang tengah nak rushing boleh plak proposed jem. Macam lawak pun ada.

Zahidah call tak dapat datang sebab tak sedap badan. Tapi roomate dia drive datang amek dah tunggu lama depan seberang jalan sana.

"Maaf!!! Tak sengaja!"


Jam 8.35 masuk lecture hall. Fuhh. syukur Alhamdulillah, lecturer belum masuk lagi. Lega. Aku masuk aku ambil tempat seperti biasa, dan dia, aku tak pasti di seat mana dia duduk. Belakang kot. Sejak buka sem baru aku perasan dia macam sedikit rendah diri. Tidak lagi duduk seat sebaris dengan kami. Tapi seat belakang...


Jam 10.25 kelas berakhir. Awal pula kelas tamat harini. Tapi sebelah petang kami ada majlis besar 'Annual General Meeting.'

"Akak, kita tak balik kot, sebab kita nak tolong diorang buat persediaan untuk petang ni."
"Ok, kalau macam tu kita pun tak balik la." Dia senyum..
"Akak lapar tak, jom makan.. nak???"
"Nak. lapar jugak ni, lepas makan boleh tidur puas-puas."

Walaupun tinggal sebilik memang jarang sekali aku berpeluang makan semeja dengan dia secara berdua-duaan. Group kami tak pernah sama. Lecture je yang sama. Masa tu dia ambil lauk sama macam aku. Cuma jenis sayur je yang lain. Dia kangkung, aku kacang panjang.

Masa makan tu macam biasalah dia.. snap. Aku rasa dah berjuta koleksi gambar makanan yang dah diambil. Suka betul bergambar. Masalahnya gambar tu takde gambar dia pun. Ye.. aku pun suka bergambar, tapi aku suka ambil gambar diri sendiri je. haha.


Lepas makan aku ke dewan, tengok diorang ber reheasal. Macam best je. Sambil tu aku tolong AJK Media sediakan video montaj untuk tatapan VIP nanti.

"Ana, kite tak boleh tidur la kat sini.. sakit kepala.. kita tidur kat surau kejap. Nanti kita datang balik.."
"Ok."

Jam dah menunjukkan hampir ke pukul 1. Dia tak muncul juga. Aku jela kesana, alang alang boleh tunggu zohor sambil berkahfi. Pagi tadi tak sempat. Sampai surau tengok dia terbaring di satu sudut. Penat sangat la tu. Semalaman tak tidur.

Pukul 2 kami sama sama keluar. Dia teman aku pergi ke gerai jualan pc and book fair dekat PSB. Haritu aku ada beli pendrive baru, untuk persediaan sebarang kecemasan le kenkonong. Tapi pendrive tu takde keychain. Aku tak suka pendrive yang tak berkeychain. Susah nak cari bila tercicir kat mana mana. So, dia yang pilihkan untuk aku. Romantik dia ni. Memang sesuai dia jadi kakak, aku jadi adik. =)

Keychain comel. dia pilihkan. :))

Jam 2.30 masuk dewan. Program dah nak stat dah. Aku tak dapat nak teman dia, sebab perlu berada di seat hadapan, video montaj macam ada problem sikit tak boleh nak transfer. Maklomla baru dibuat pagi tu. hehe. Tu glabah semacam. kantoi. =p
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Seperti yang dirancangkan. Syukur. Habis program dalam pukul 5.40pm. Aku ingat diorang dah balik sebab aku perlu handle aktiviti bergambar, tapi masa nak kemas beg nampak kelibat diorang, zahidah dan akak. Aku dah pesan dah siap siap dekat Kira nak tumpang dia japgi incase diorang dah balik. Teman sejati betul diorang ni sanggup tunggu lelama. 
True friends upstair. Waiting for another friend busy with picturing. Why so romantik.
why? T_T


"Akak dah solat?"
"Belum."
"Jom solat dulu sebelum balik. Tapi kita nak ke tandas kejap."
"Ok, kite tunggu kat surau je la macam tu."
"Alaaa, tunggula jugak. temanla kite pergi toilet. Nanti akak pergi awal awal kena tunggu kite jugak nanti."
"Haaaa. ye la. ye la."


Dalam toilet sempat lagi borak.
"Akak, malu giler ah tadi. Tak pepasal orang sorak tengok gambar ngan Fedtri Yahya."
"Tahu takpe. Masalahnya lama giler gambar tu."
"Kite dah cakap dah tadi tak payah letak, dia nak juga letak..."
"Ala tak pe. takde hal la." 
"Tadi sape bagi kek untuk akak?"
"Uishhh, kite beli sendiri la!"
"Haha, ingatkan orang bagi.. ye la haritukan orang tu dapat kek birthday."
"Tu tahun lepas, tahun ni dah takde orang nak kasi dah."


Jam 7 malam sampai rumah. Tapi dia tak jejak pun rumah sewa kami masa tu. Dia cuma tolong bukakan pintu untuk aku. Lepas tu terus ke rumah zahidah. Solat maghrib disana sebab dia minta tolong housmate zahidah hantarkan ke stesen KTM untuk pulang ke kampung halaman beliau. 



Ahad pagi, (16 Mac) aku dapat berita beliau sedang dirawat di ICU akibat pendarahan dikepala. Terkejutnya usah digambarkan. memang tahap tak terjangka. Sampai di HKL aku lihat dia terbaring kaku terdapat bekas linangan airmata pada sisi matanya. Kata ibunya, dia boleh dengar apa yang kita cakap, walaupun beliau tidak sedarkan diri. Ku usap ubun ubunnya dengan doa, "Moga Allah kurniakan kekuatan untuk akak melawan segala penyakit yang dihadapi."


Selasa (18 mac) petang aku ada meeting untuk MT dan EXCO Optimist baru, masa tu iqa nangis nangis sebelum explain pada aku.. aku pun macam lost. Apa dah jadi? Masa iqa explain sambil teresak-esak aku macam blur. betul ke ni? Tapi bila Penasihat Optimist berhentikan seketika meeting untuk memberi announcement keadaan dia makin merosot. Memerlukan pemantauan sepenuhnya disana. "Exco Kebajikan sedia untuk sebarang kemungkinan."
Sebak didada tak tertanggung. Kepala rasa seakan berat. 'Ya Allah, akak..' Merra dan Fatin datang memberi kata kata semangat. Masa dalam pelukan mereka tu, aku rasa macam berat sangat kepala ni, kaki dah lemah tak mampu lagi berdiri. Sekelip mata.. gelap seluruh dunia. Maka tecipta sebijik sejarrah


Rabu (19 Mac) Aku cuba untuk kuat. Nasib baik Clinic Dispense haritu aku ditugaskan untuk jaga shop. Sebenarnya malu gak ah nak ngadap merra ngan fatin. Tak pasal pasal ter pitam atas depa. Sir prasan kot aku macam bermuram durja je saat itu sampaikan dia tegur.. 
"Kejappp, nak jaga shop mesti dengan senyuman yang manis." 


Habis clinic dispensing, aku bergegas ke hospital dengan zahidah. Jam 12 bertolak. Jam 1 sampai. Jam 1.30 jumpa parking. Tetiba dapat call, cakap "Akak dah takde."

'Innanillahiwainnailahirojium.'


Akak cuba rendahkan diri saat dia tahu masanya kian pergi.
Akak cuba bimbing adiknya saat adiknya lalai dengan duniawi.
Akak cuba berdakwah dengan gaya pemakaiannya.
Akak cuba mententeramkan kami tatkala dilanda pelbagai kesulitan.
Akak cuba prihatin dengan pemakanan adik adiknya. Dia tahu kalau aku malas, mesti cari roti. 

Terima kasih akak atas kebaikan yang dicurahkan. Alhamdulillah, saat pengakhirannya, Allah izinkan aku untuk melihat dan kucup dahi beliau buat kali terakhir. Sejuk. Pucat. tapi pada wajahnya terlihat tenang. =))



Tersentap dengan nasihat seorang kakak;

Dia dah selesai dengan urusan dunia. Kita yang masih dipenjara dunia harus lebih kuat!- Kak E

Bagus dalam merawat mata kering. :')


Al-Fatihah
Nur Hidayah Binti NorSham
11 april 1991 - 19 mac 2014