Pages

Monday 26 September 2011

Dari PUNCAK ke PANTAI

Stress!!! Stress!!! Dan STRESS!!! Hanya itu yang aku mampu ungkapkan sewaktu aku mendapat tahu yang budak optometri bakal menghadapi sekali lagi orintasi.. Kali ini bukan lagi di PUNCAK tetapi di tepi pantai iaitu di Teluk Batik. Korang tahu Teluk Batik tu kat mana?? Kat perak kott.. Ini yang buat aku terkezut benor.. Tak sempat nak rehat langsung.. Baru je reda perjalanan 4hari orintasiku di PUNCAK kini tiba pulak orintasi selama 3hari di PANTAI. HAHHHHHHH!!!!! STREEEEESSSSS MAAAAA!!!!


Tapi aku ada jugak cerita dekat mak dan kawan-kawan aku yang lain.. dan reaksi mereka... of course lah terkezuttt besaq!!! Korang bayangkanlah..baru je habis orintasi minggu lepas..minggu ni kena orintasi balik. Aku dengar perkataan ORINTASI tu sendiri dah terlampau fobia... Teringat sejarah lama di matrikulasi pada saat minggu orintasi itu dijalankan..


Okeyhlah.. tak nak berleteq macam mak nenek kat sini.. aku proceed terus pada tujuan sebenar entry kali ini. Pagi itu kami semua turun agak awal melalui 'tangga azimat' tersebut sambil menjinjit beg yang besar.. Sebelum pukul 8 lagi kami dah keluar dari bilik... Satu persatu...dengan langkah yang penuh berhati-hati...akhirnya kami selamat sampai ke tempat per'kumpul'an untuk menunggu bas yang bakal mengangkut kami ke destinasi yang telah dirancangkan..

Sampai-sampai je, akak senior jerit 'dik mai amek roti sini dik!'.


Selalu tengok budak pempuan je yang giler lensa..
tapi kali ni kaum adam  pulak yang  ambik turn yerr.. -.-"
Lebih kurang pukul 9.40pagi bas pun sampai.. Aku pun bergegas-gegas ambil beg dan terus berhimpit-himpit dengan budak-budak lain. Memang budak-budak betul lah aku nih. Macam orang tak pernah naik bas!!!! Buruk bebenor!!! Haihhh..



'Nasik-nasik!!!'
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami selamat tiba di tapak perkhemahan.. Hahhhh!!! Ni yang aku kagum sangat dengan students UITM PUNCAK ALAM. Akak-akak dan abang-abang senior semua baik-baik! Sangat prihatin terhadap segala-galanya tentang kami! Sampai je sana..terus kami di bekalkan dengan nasi sebagai makanan tengahhari.. macam tahu-tahu je kami lapar ye kak. LIKE 1JUTA lah kak!!! ^_^


Makan sudah, sembahyang pun sudah... Sekarang tibalah masa untuk pasang.....

Piwittt!!! aweks cun tuh.. jangan men-men! hehe=p

Apa yang penting...KERJASAMA!!! Adush..penat lah pulak...nak skip cerita ni skit boleh??? Ala...skip yang part yang kami masak sendiri je... nanti tengok gambar bahagian last entry ni yerr.. Malam pertama di sini kami di kehendaki duduk dalam kumpulan.. Kami diberi tugasan untuk mereka nama,bendera, moto dan cheers bagi kumpulan kami masing-masing.. Masa yang di berikan?? Cuma 30MINIT!!! Akak-akak siap countdown kemain..macam nak celebrate tahun baru je rupenye..


TADAAA!!! Comeyh kan-kan-kan!!!!
 hehe^_^
I-STAR!!! Shinning in the eye. Lu langsi, lu mati. muahaha.. macam pro-pro je! Keesokkan harinya kitorang ada aktiviti sukaneka. Macam-macam game ada. Tarik tali..Kepala basah...Lambung bola... tapi... kesemua game tersebut kumpulan I-star hanya sempat main untuk 1 pusingan sahaja. Lepas tuh mati terus..takde kalah-kalah. Langsung mati.!! Tapi takpe beb.. chill beb...CHILL!!! Kitorang bagi can kat kumpulan-kumpulan lain untuk menang.. muahaha.. *ayat biasa biler seseorang tak nak kelihatan seperti orang frust menonggek.

Terlebih eksyen sudaaa..PEACE! ^_^

Kumpulan I-STAR menjadi pembuka untuk pertandingan tarik tali..
and the result?? of coursela awal-awal lagi dah mati.. hehe.

Penyokong berwibawa! Semangat bro tiup wisel! hehe

Disebabkan atas dasar kalah mati yang terlalu awal.
I-star hanya mampu menjadi penyunting semangat untuk
kumpulan-kumpulan yang lain. SEMANGAT BOSS..
SEMANGAT!!!
Kumpulan ni JOHAN acara tarik tali! Hebat!
Aku antara orang yang tak miss tengok kumpulan ni main. 

Kepala Basah.


Hameeekkk!!! Gedebushh boom pecah sebijik atas kepala.

Tiba-tiba watermark hilang leww pulak.! Laptop ni dah mula mengilai. Kejap ada kejap takde.. Takpe-takpe..tak jadi masalah.. apa hal kan...setakat watermark yang tak seberapa hudus. hehe.. kita proceed kepada gambar yang seterusnya..


Selepas habis acara sukaneka pada sebelah pagi..sebelah petangnya pula aktiviti tresure hunt pulak diadakan. Tresure hunt gempak bebbb.. Pernah tengok orang main tresure hunt pakai slipar tandas??? Takde kan... Hehehe.. Macam ni lah rupanya... Berlari-lari dengan slipar tandas.. Naseb baik takde bunyi sound effect 'soh seh soh seh..' muahaha..


Check point ni paling lawak antara yang terlawak.
Muahaha.. mahu gelak sakan tengok orang main game ni.


Aku benci main game ni! Tiap kali aku baling mesti tak
 kene belon tuh. Padahal aku hari-hari main game angry bird.
Siap dah apply segala LAW dah..
Masih jugak tak kena! Geram tol!!!

Group sape lagi kalau bukan I-STAR! Semangat bebbb!!! ^_^

Piwiittt.. game ni agak 'bahaya' antara yang terbahaya.
hanya sebatang lidi menjadi penghubung...


Mamat nih selalu enteprem akuh. Sibuk jew. Isyk!

Cari pitih dalam gaung! Ore ganu oyak. 

Lari jangan tak lari..!!!

Go I-STAR!! Go I-STAR!!! OPSSS.. Terlebih sudaa~ hehe.. 

Dah macam hantu jepun aku tengok.!!!

Setiap checkpoint akan di berikan colekan pada wajah setiap ahli kumpulan.. Dan antara yang paling banyak terkena colekan tersebut adalah aku. Dan hasilnya.. Telah memberi transformasi hebat kepadaku daripada seorang gadis yang berwajah keayu-ayuan telah bertukar menjadi hantu jepun!!! *perghhh.. perasan ayu leww plak. Takpe.. seronok jugak jadi hantu jepun. Baru nampak hebakkk... Ye dokk???


Tresure hunt yang sangat seronok dan menarik. Pada malamnya pula kami ada BBQ dan persembahan daripada budak FIRST Year OPTOMETRI puncak alam. Korang boleh tengok kat Blog khas OPTOMETRI puncak alam. Di blog tersebut juga mengandungi sebahagian gambar-gambar yang aku tak sempat nak lampirkan disini. 


Keesokkan harinya..sebelum pulang.. Majlis penutup diadakan.. sekali dengan majlis penyampaian hadiah.. Dup-dap-dup-dap!!! Tak berdebar pun.. saje je buat sound effect. Kasi gempak skitt.. muahaha.. Kitorang dah tahu kaww-kaww lagi yang kumpulan kiter takde harapan nak menang.. Ketua kumpulan aku siap bagi warning kat aku.. 'Kalau kumpulan kiter dapat no.last kau pergi ambek hadiah.. aku tak nak ambek.' Asam boii..punya leader!!! Aku pulak yang kena! Haihhhh.. Tapi takpe.. aku kan budak baikk.. CHILL bebb!! Hehehe.. tunggu punya tunggu.. mana group I-STAR tak diumumkan lagi ni.. Haihhh.. dah masuk dalam list TOP 3 lagi tuh.. beberapa saat kemudian....

 Jeng-jeng-jeng.. dan keputusannya.. I-STAR....
Jatuh pada tempat...Ke..TAMA!!! eyh silap bahasalah pulak.. Tempat PERTAMA!!! Siyess gugur rambut aku dengar I-STAR boleh no.1. Depa ni dah kena jampi serapah apa lah nim. Kot-kot..depa tengok ahli kumpulan I-STAR semua CUN-CUN. Tu yang depa kasi menang tuh.. muahaha.. *kembang lobang hidong 10inci. 

Jyeaaahhhh!!!!

Laju je leader kumpulan aku pergi amek hadiah... Naseb baik no.1. hehehe.. Hamper dye gempak kott.. Macam-macam aderr.. Pokoknya... Like 1JUTA lah!!!



Seperti yang aku luahkan seperti yang diatas.. memang aku stress.. kecewa, sedih pada awalnya.. Aku tak sangka duduk kat U ni sebegini rupa packnya masa. Aku stress, aku sedih.. aku kecewa sebab masa untuk aku mententeramkan diri untuk sejenak cuma tak ada langsung! *pikir nak buat tahik mata je aku nim.. Tiba-tiba...gedebush!!! Jatuh sebutir demi sebutir aktiviti diadakan.. Mungkin sebab aku tak biasa kot.. *konon tak biase.. padahal kat matrik aku lebih dari ni kott..


Tapi... aku tahu.. aku sedar.. Semua ni demi kebaikan aku.. Aku tak menyesal walaupun sebutir zarah aku jejakkan kaki di sini. Weyhhh!!! Korang tahu tak best giler kot campaign kat teluk betik nim!!! Tak terlintas langsung di benak aku yang hari-hari di teluk betik se'dasyat' ini. Macam-macam aku belajar derr.. Daripada zero ke hero! Aku belajar pasang kemah..Belajar masak..belajar lukis logo atas bendera..dan yang paling bessttt.. aku dapat belajar naik banana boat!!!! Siyes excited weyh.. sampaikan balik je dari main banana boat  terus demam kott.. kes air laut masuk lam lobang telinga.. sampaikan suara dah bertukar macam suare budak laki baru nak matured jeww. Terlebih ekcited nilah jadinyer..muahaha.. *gambar banana boat ada ngan akak senior.. tak terambil lagi gambar tersebut. so tak dapat nak tunjuk kat rakan-rakan GBM. sorry.^_^



Last words from me... UITM PUNCAK ALAM...dihatiku.. 


(p/s: entry ni aku ingat nak abadikan untuk tatapan peribadi je... tapi disebabkan ke'excited'san kawan aku nak tengok gambar-gambar aku di teluk batik..aku preview kan balik kenanganku di teluk batik pada 16-18/09/11 bersama students OPTO PA.)

(p/s lagi..: gambar-gambar ni bukan gambar yang diambil oleh aku pun.. sesedap rasa je letak watermark kat gambar orang. hehe.. sorry ye.. )


Credits to: Senior-senior OPTO UITM PA dan Photographer. Jasamu akan ku kenang.. Semoga kita sama-sama berjaya menjadi OPTOMETRIST yang disegani di mata dunia. Amin~


Sekian,

8 comments:

tamlegend said...

teluk batik tu dekat je dengan kampung cik tam pulak...hehehe...bukan Orintasi la GBM...ORIENTASI...hehehe

Gadis berkaca mata said...

oppsss.. silap eja. ORIENTASI eyh. okeyh2. thanks cik tam. lame xblaja bm.. nilah padahnye.

SoLy SoLicious said...

perghh... have fun la ye..bestnye

Gadis berkaca mata said...

a'ah.. hehe.. seronok!

atien said...

wahhhhh...shining in the eye the best woooo...
congratz GBM....
best tu sume aktiviti tu..

Gadis berkaca mata said...

Go I-STAR!!! GO!!! hehe.. mmg terbaeekkk..^_^

NanodNando said...

best ahhhhh......

Gadis berkaca mata said...

hehe.. mmg best sesangat!:)