Pages

Friday 30 March 2012

La Tahzan wahai GBM,

Terasa baru semalam aku bergelak ketawa, berkongsi cerita dengan beliau.. Yang paling aku ingat tentulah pada masakan beliau.. Aku kan suka makan. Sebab tu kalau beliau masak aku lah yang jadi penonton setia. Nak tolong tak reti.. Yang paling aku suka bila dia masak Ayam golek.. Perghhh... BESTTT sangat! Homemade resepi yang tersendiri... sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah resepi sebenar ayam golek tersebut. Tapi aku terpaksa membatalkan hasrat untuk bertanya apabila melihat keadaan beliau yang terbaring sakit diatas katil.. 


Kalau dahulu beliau berisi, kini dah semakin kurus... sehingga nampak segala tulang-belulang..
Kalau dahulu beliau sentiasa petah dengan cerita dan bebelan, kini sudah menjadi pendiam.. 
Kalau dahulu beliau dan dapur tak boleh dipisahkan, kini nak ke dapur pun sudah tidak mampu..
Kalau dahulu beliau pernah menyuapkan diri ini dengan tangan beliau, kini tangan itu sendiri sudah tidak mampu untuk disuapkan kepada dirinya sendiri..
Kalau dahulu beliau pernah mengusap pipi ini tatkala mata ini mengalirkan air mata, kini kesakitan yang dialami menyebabkan diri beliau kuat untuk melawan air mata beliau jatuh dihadapan kami..
Kalau dahulu beliau sentiasa ada disisi kami, memberi sinar cahaya kebahagiaan kepada kami, kini beliau sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya menemui Sang Pencipta.....


Genap 3 hari dirimu meninggalkan kami... Tiada kata yang mampu diungkapkan disaat berita kepemergianmu disampaikan oleh ibuku.. Lidah seakan-akan kelu untuk berbicara... hanya hati yang mampu mengucapkan "INNANILLAHIWAINNANILLAHIRAJIUM..." 

Ampunkan lah dosa cucumu ini, jarak yang terbina menyebabkan diri ini tidak mampu untuk menatap wajahmu buat kali yang terakhir.. Ketahuilah wahai nenekku... bahawa diri ini sangat menyayangi dirimu sepenuh hati ini... 
"Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh Allahyarham nenekku, Wok Fatimah binti Esah dalam kalangan orang-orang yang beriman.."

AL-FATIHAH- Wok Fatimah Esah dalam kenangan... 

Sekian,

No comments: