Pages

Friday, 3 August 2012

Dr. Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha

Sebut nama pasangan ini.. siapa yang tak kenal.. memang sah depa ni buta novel. Hehe.. Pasangan ini merupakan pejuang novelis islamic di Malaysia. Antara karya-karya beliau adalah:




Pertama kali membaca karya Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul .. first impression aku adalah.. "MasyaAllah.. Indahnya nilai sebuah perkahwinan.." Serta-merta keinginan nak kahwin meronta-ronta dalam diri. Ahaks. Tapi setelah lempangan pertama dibuat di kedua-dua belah pipi barulah sedar yang diri ini masih lagi setahun jagung.. Nak masak nasi pun masih teragak-agak.. Masak nasik yang jadinya bubur. Haihh.. Macam mana nak kahwin? *Pang.. Lempangan kedua.. langsung memudarkan keinginan tersebut. 

Baru-baru ini pasangan ini datang ke UiTM Puncak Alam untuk memberi talk berkenaan Teman Sejati. Tapi.. si suami, Dr. Farhan Hadi sekadar menemani.. yang bagi talk adalah si isteri yang sungguh manis jelita, Ustazah Fatimah Syarha. Talk tersebut berlangsung ketika study week baru-baru ini bertempat di kolej Raflesia. Aku tak sempat nak pergi sebab aku takut balik lambat.. aku kan non-resident. Nanti balik lambat mesti aku tidur dan semestinya dah tak study. *Ok. Alasan! Padahal housemate aku boleh je pergi. Korang tahu.. betapa bestnya diorang sampai diorang boleh mengambil gambar berdua-duaan dengan Ustazah Fatimah Syarha. Ini sudah lebih! Menyesal aku tak ikut. T_T. Dah lah housemate aku cakap.. pengisiannya.. "Perghhh.. Mantop!!" Okey.. Jelousku di paras yang tersangat kronik..

Teman sejati itu ibarat perfumes. Apabila kita berkawan dengannya, bau-bauan tersebut dapat tersebar luas memberi keselesaan kepada diri dan juga orang disekeliling kita.- Fatimah Syarha


Petang tadi aku ternampak post di FB mengenai video CAFE CINTA yang menampilkan pasangan ini sebagai panel. Sangat menarik! Antara pengisiannya ialah..
Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing-masing daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing-masing. Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Banna: kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. 
 
Kalau perempuan tawarkan cinta kepada anda kerana harta, jangan terkejut kalau isteri anda suatu hari nanti seorang kaki kikis. Kerana sebab benda-benda yang bersifat sementara ini akan lenyap. Tapi kalau kita mengambil cinta itu kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana Allah.. Allah itu tak akan lenyap. dan cinta itu juga tak akan lenyap.
Romantik.. biar hanya dimata suami dan isteri. 

MasyaAllah, pengisian yang sangat-sangat ohsem. Sesuai buat di ambil iktibar kepada remaja-remaja masa kini. Sesiapa yang nak tengok boleh klik di SINI. Best, tak rugi sedikit pun tengok ini. Boleh topup ilmu dunia dan juga akhirat. InsyaAllah. =)

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit.- Blog Fatimah Syarha (Sebarkan Bahagia)


Kalau emas permata itu cantik, cantik lagi isteri saya ini- Dr. Farhan Hadi. 

Sekian,

No comments: