Kalau minggu yang sebelumnya kami dikehendaki menyempurnakan full plastic frame, minggu yang selepasnya pula kami jugak dikehendaki melakukan task yang sama. Tapi.. frame nya mestilah dah tak sama dah.. Kalau tak macam mana kami nak memahirkan skill kami kan. Terer spec plastic je.. tapi spec lain tak.. Mentang-mentang zaman sekarang orang memasyurkan spec plastic. Isyk-isyk.. Tak-mo-tak-mo-tak-mo. Hidup pentingkan diri sendiri ni rugi tau.. Kalau berbisnes pasti tak dapat untung. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Tak semua orang sukakan spec berframekan plastik. Ingat tu.. Contohnya tersegam indah iaitu si penaip entry ni. Hihihi. Aku memang suka tengok orang pakai frame plastik.. tapi diri masih tak mampu untuk memakainya.. Tak sesuai dengan muka mehhh.. Terpaksalah sang metal half frame menjadi peneman. Setakat ni masih mencari kalau-kalau terdapat full plastic frame yang sesuai dengan wajahku ini akan ku beli dan pakaikan jua demi keselesaan penglihatan anugerahNYA yang tak ternilai ini. InsyaAllah.
Spec pertama.
Seperti yang tersedia maklum dalam entry yang lalu di sini.. Alhamdulillah spec pertama sudah selamat dihantar dan disemak langsung oleh lecturer ku. Alhamdulillah.. Lega.. Oh ya.. Baru aku sedar... Spec ni aku sendiri yang siapkan tapi entah kenapa bijakkkk sangat aku masa tu.. Langsung tak terdetik nak sarungkan dan matchkan dengan wajah aku.. Ya Allah.. Cerdiknya GBM ni.. Tetiba rasa macam sedikit hampa apabila mengenangkan peristiwa bersejarah ini tidak direkodkan dengan sebaik. *PANGGGG.. Tahniah GBM. TAHNIAH!
Tadaaa.. Inilah spec kedua aku.. Hihi.. cantik tak? Fuh.. penat aku buat spec ni. Memang dipenuhi ranjau dugaan betol. Aku tak tahulah silap aku ke silap mesin tu.. Former yang dipotong boleh berlubang sehinggakan lopongnya jelas kelihatan. Inanillahiwainnaillahirajium. Dalam hati lantas berdoa.. Rabbi yassir wala tuwassir. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Nasib baik lecturer tu baik hati beri aku peluang kedua untuk memperbaikki diri untuk lebih berhati-hati atas segala yang dilakukan. Alhamdulillah... Untuk kali kedua, barulah former tersebut tersegam cantik, termuat elok dalam frame. Pengajaran taken: JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA. =)
Selesai sudah 2 ketoii spect.. Kini hanya tinggal 3 ketoii spect yang perlu diperjuangkan. Half frame, rimless frame. And the last one is depend on our lecturer. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik. Rabbi yassir wala tuwassir. Aminn =)
Ingat nak taruk nama Gadis Berkaca Mata.. Tapi takut nanti orang confius dan mula bermonolog kasar.. "Eeee.. Ada ke mak bapak dye kasi nama macam tu.. Mesti lahir-lahir anak dye ni terus dipakaikannya spect.. tu pasai nama lagutuh.."
Terus tak jadi. Diubahnya fikiran.. mengenangkan betapa hebat jasa ibubapaku yang berpenat lelah memikirkan nama berserta maksud yang baik untuk anaknya bagi memastikan ulama' yang dilahirkan dapat berbakti atas nama agamanya. Terima kasih mak ayah, nama yang sangat cantik persis orangnya. =)
Nor Shazana..
"Cahaya kecergasan"ku.
Sekian,
2 comments:
Oh, tu ke kerja die, mcm best :)
yup..2 minggu 1 spect. seronok. =)
Post a Comment