Pages

Friday 30 March 2012

La Tahzan wahai GBM,

Terasa baru semalam aku bergelak ketawa, berkongsi cerita dengan beliau.. Yang paling aku ingat tentulah pada masakan beliau.. Aku kan suka makan. Sebab tu kalau beliau masak aku lah yang jadi penonton setia. Nak tolong tak reti.. Yang paling aku suka bila dia masak Ayam golek.. Perghhh... BESTTT sangat! Homemade resepi yang tersendiri... sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah resepi sebenar ayam golek tersebut. Tapi aku terpaksa membatalkan hasrat untuk bertanya apabila melihat keadaan beliau yang terbaring sakit diatas katil.. 


Kalau dahulu beliau berisi, kini dah semakin kurus... sehingga nampak segala tulang-belulang..
Kalau dahulu beliau sentiasa petah dengan cerita dan bebelan, kini sudah menjadi pendiam.. 
Kalau dahulu beliau dan dapur tak boleh dipisahkan, kini nak ke dapur pun sudah tidak mampu..
Kalau dahulu beliau pernah menyuapkan diri ini dengan tangan beliau, kini tangan itu sendiri sudah tidak mampu untuk disuapkan kepada dirinya sendiri..
Kalau dahulu beliau pernah mengusap pipi ini tatkala mata ini mengalirkan air mata, kini kesakitan yang dialami menyebabkan diri beliau kuat untuk melawan air mata beliau jatuh dihadapan kami..
Kalau dahulu beliau sentiasa ada disisi kami, memberi sinar cahaya kebahagiaan kepada kami, kini beliau sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya menemui Sang Pencipta.....


Genap 3 hari dirimu meninggalkan kami... Tiada kata yang mampu diungkapkan disaat berita kepemergianmu disampaikan oleh ibuku.. Lidah seakan-akan kelu untuk berbicara... hanya hati yang mampu mengucapkan "INNANILLAHIWAINNANILLAHIRAJIUM..." 

Ampunkan lah dosa cucumu ini, jarak yang terbina menyebabkan diri ini tidak mampu untuk menatap wajahmu buat kali yang terakhir.. Ketahuilah wahai nenekku... bahawa diri ini sangat menyayangi dirimu sepenuh hati ini... 
"Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh Allahyarham nenekku, Wok Fatimah binti Esah dalam kalangan orang-orang yang beriman.."

AL-FATIHAH- Wok Fatimah Esah dalam kenangan... 

Sekian,

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday| Menjadi Pemimpin

 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim

p/s: Mencari cahaya keIMAMan.. :)

Sekian,

Tuesday 13 March 2012

Kembali setelah 2

Hadushh.. Penat! Penat! Penat! Penat mengemas rumah... Penat menyusun barang.. Penat mendekorate rumah! Perghh.. Peluh menjejeh-jejeh bagaikan kain basahan yang diperah dalam sungai. *Tak berhenti-henti lah perah jawabnya. -.-" Maklumlah.. orang baru berpindah dari penghuni kolej kepada Non-Resident! Rumah baru la katakan.. hihi..


Hari ini genap 2minggu aku bergelar pelajar semester 2 jurusan Optometry.. Bangga? Of course lah derr.. Demi penglihatan anak-anak bangsa.. Aku sanggup memperjuangkan diri dalam lembah  ke'mata'an! Oppss... pembetulan..."Optometry...Bukan sekadar mata!" Ianya mengenai penglihatan yang merangkumi semua deria yang kita ada. Dengar, makan, bau, rasa... semuanya berkait rapat dengan penglihatan. Penglihatan itu bonus yang tidak ternilai daripada-Nya kepada hamba-Nya. Jadi.. hargailah ia.. 


"Daripada tengok gambar perempuan seksi, baik tengok gambar mak walaupun berisi... "

Dapat pahala tau.. Menguatkan ingatan lagi tauu! Sesiapa yang ada masalah ingatan.. sukar nak mengingat.. boleh lah cuba untuk selalu tengok wajah ibu.. tak dapat tengok wajah.. tengok gambar pun boleh. =)

Sesungguhnya antara petanda seseorang itu baik adalah mereka yang selalu mengingati ibunya.


 Sekian,

Thursday 1 March 2012

Bukan sedih tapi pedih!

Ini tidak adil-tidak adil-tidak adil.. bagiku... lalala~
CETOP-CETOP! Alaa.. aku tahu suara aku boleh sesedap Yuna kan...? Jelesh letteeww. Aku tengah sedih ni.. Oppss... bukan-bukan! Aku tengah pedih ni.. Pedih sangat! Pedih ulu hati.. mengenangkan cuti aku dah sampai ke penghujungnya! Tidaakkkk!!!!~

Hahh, hameekk! Layan PENAKUT sposen dua~
 Tapi aku bukan PENAKUT taw!


Besok aku bakal berangkat pulang ke Puncak ditemani oleh Family tercinta. Nasib baik ada diorang. Sayang mereka ketat-ketat-erat-erat. Mudah-mudahan perjalanan esok segala-galanya berjalan dengan lancar. Aku rasa baru semalam aku start cuti.. Esok dah nak balik daa.. Pejam tak sempat nak celik..dah terpaksa hadap buku tebal ala-ala buku telepon kuning..BERSAMAMU. Oh.. No-No-No!

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMU yang lemah ini. Sesungguhnya begitu berat untuk aku meninggalkan rumah terchenta yang tersangat kukasihi ini.. Tidur yang begitu lena diatas tilam yang empuk sambil melakar peta dunia yang indah di atas bantal.. Argghhh.. Nehi'heee!!!

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini. Agar aku kuat untuk menempuh Semester 2 sebagai pelajar Optometry UITM Puncak Alam. Sesungguhnya Semester 1 yang lalu telah sedikit sebanyak mengajar aku erti sebenar kehidupan di universiti. Makan tak kenyang-Tidur tak lena-Buku bersepah-Assignment bergelimpangan.. Ohhhh.. Kekuatan-kekuatan!

Anyone who stops learning is old, whether at twenty or eighty. Anyone who keeps learning stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young. 
p/s: I want to stay young..Always young!!! What I need to do is... Jihad for HIM~ 


Sekian,