Pages

Friday 27 April 2012

Semua nak mahal!

Hari ini aku di kejutkan oleh adikku seawal jam 7.15pagi.. Diulang... 7.15pagi!!! Tahik mata aku pun tak sempat nak membeku tau! Baru je nak rehat mata setelah solat subuh. Haihhh.. Beliau ni memang jenis yang tak suka tengok orang senang la.. Pulak tu dah kejutkan tak reti nak tutup pintu bilik beta kembali... Sebesar-besar alam dibukanya! Memang tak dapat la aku nak meneruskan hajatku. Haihhh..


Satu lagi yang aku confius... Mak aku sibuk duk suruh aku bersiap sebab ayah aku nak ajak pergi menziarah kubur arwah nenek aku. Padahal beliau sendiri masih berbungkuskan kain batik sambil berdentum-dentam di dapur.. Haihh.. Tak paham..!!! Siapa yang patut suruh siapa ni...? Beliau ni tak tahu ke yang beta ni sudah mandi seawal jam 5.30pagi lagi. Tunggu masa nak pergi je ni...


Nasib baik hidung aku ini mendapat mengesan daya tarikan yang amat menyegarrrrkan yang mampu membuka mata aku seluas-luas alam.. Mana tak nya... Aku terhidu bau... Slurrrppp!!! Bauuuuu Buburrrr Jagunggg der!!! Sentap mak nyah! Belum pun menjengah jam 8.00pagi dah terhidang siap bubur jagung...berasap-asap... Terbaeeekkk!!! 
Google punya! Baru je nak snap.. dah selamat
diserap ke dalam perut.. hihi~


******

Selesai mengsedekahkan bacaan yassin kami menuju ke pasar yang berdekatan.. Mak aku nak cari bahan-bahan untuk masak nasi ayam.. Al-maklumlah...besokkan beta dah nak pulang ke UITM dihati.. Jadi hari ini kenalah masak sesedap untuk santapan beta buat kali terakhir.. hehe.. 


Kalau bab nak beli ayam, ikan, sayur memang aku tak reti. Opppss...bukan tak reti.. cuma bagi can kat mak beta untuk membuat keputusan. Muahaha.. Aku cuma reti beli kuih je.. hehe.. Lalu aku pergi ke gerai menjual kuih berkenaan.. Aku tak pasti nama kuih tersebut apa.. Nampak macam apam.. tapi rasa macam akok... Disebabkan keconfiusan tersebut.. Aku pun berkata..'Mak cik nak kuih ni RM2!' *Sambil menunjukkan jari kearah kuih yang dikehendaki.. 
4bijik je makcik ni kasi? Giler sentap..! Dulu seinggat aku masa zaman aku sekolah dulu aku beli kuih ni RM2 dapat 10bijik kottt.. Sumpah MAHAL!!! Eeee... kalau macam ni aku taknak jadi besar lah!! Aku nak zaman kecik aku balik!!! WAAAAA~


Disebabkan besok aku dah nak balik... Emak aku telah menghadiahkan beta dengan serunding daging sebagai bekalan balik kesana.. hihi. Baikkan mak beta? Haruslah..BAIK! Mak betakan! ^_^
Nak tahu berapa harga 100gram serunding?? Mak aku bayar RM15 dapat 2plastics...Meaning that 200gram=RM15! 
Yang kat pasar tu lagi tecik dari yang ini.. 

Sumpah MAHALLL jugak!!!!! Dulu time aku kecik aku makan free je kottt.. sebab nenek aku yang masak.. Kan best kalau nenek masih ada dan sihat seperti dulu-dulu... Boleh beta makan serunding free sesedap! Astaghfirullahalazim... Al-Fatihah buat nenek.. 


Moral of the story: Kenapa dunia ini semakin kejam? Habislah duit beta kalau hari-hari kena hadap kemahalan kebendaan seperti ini! Haihhh..-.-"


Sekian,

Saturday 7 April 2012

Kuasa Optometry!

Kurang lebih 2 minggu yang lalu kami geng-geng optometri telah dipaparazikan oleh sekumpulan Photographer yang tak hensem tapi manis, tak cute tapi cun, tak kacak tapi tampan... hihi..

Eksited? Uiihhh.. tak payah habaq..!!! Memang sah-sah aku adalah salah seorang antara yang tereksited dalam yang tereksited. Bergambar memang bukan sekali..memang bukan first time.. Tapi bergambar yang ini adalah tanda sebagai lakaran permulaan baru bagi kami warga OPTOMETRI UITM PUNCAK ALAM dalam menempuhi semester 2! Jyeeaahhh!







"NO COMMENT PLISSS!" Pergh.. baru posing ala-ala model dah nak speaking bagai. Maju stapak uollzz! Hihihi.. Speechless aku tengok gambar ni.. Muka aku macam orang meroyan-mengediks-menggatal-mendeberr! Ahaks.. Tapi yang lain-lain masih.. Comey-comey-cun-cun-sentap-sentap! Love u all lasss! ^.^

The beauty of the moon does not change when covered by clouds.

                            "FOREVER TOGETHER"

p/s: Girls Power pun boley! hihi

Sekian

Tuesday 3 April 2012

Hari ini hari BELIAU





Beliau yang handsome lagi cun! 

Terima kasih  BELIAU kerana sentiasa berdiri teguh disamping kami.
Terima kasih BELIAU kerana sayangkan kami.
Terima kasih BELIAU kerana sanggup bersusah-payah mengharungi panas terik mentari demi memastikan sesuap nasi itu masuk ke dalam ruang oesophagus kami. 

Terima kasih BELIAU atas segala kasih yang dicurahkan.


Walaupun BELIAU tak seberapa nak BELIA lagi.. saya..OPPSS~ kami!! Kami tetap sayangkan BELIAU. Kami sayang BELIAU!
BELIAU penyemarak semarak keBELIAan kami! 


Wahai BELIAU, si ayahanda kami.. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49. Semoga sentiasa berada dalam lindunganNYA. 

(p/s: Terima kasih cik FB kerana menjadi reminder setia kepada BELIA. ^.^)

Sekian,