Pages

Wednesday 24 April 2013

MOSSE 2013


Malaysian Optometry Students Sports Event.
Dua hari yang lepas berakhirnya MOSSE yang bertempat di padang kawad UITM Kampus Puncak Alam. Antara Universiti yang terlibat dalam menjayakan MOSSE kali ini adalah UiTM, UIA, UKM, MSU dan SEGI. 

Banyak game yang best-best telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut tapi sayang.. kesemua game tersebut tidak sempat untuk aku sertai. Dahlah hadiah-hadiah depa best-best. Huhhh. Sayangnye.. Atas faktor kesihatan yang tak dapat dielakkan terpaksa ku kuburkan harapan untuk bergelar wakil atlet dari UiTM. *peww. macam hebat je bunyinye. konon!


Sepanjang MOSSE berlangsung tugasku hanyalah sebagai paparazi yang mengusha gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang sedang bermain melalui lensa kamera. tak cukup dengan kamera, dengan fon pun ya. Fuh. Nasib baiklah teknologi sekarang semua canggih-canggih. Bilamana kamera hampir mati, hendfon sudi menawarkan diri untuk mengalas tugas tersebut. muehehe. 


Sesi pendaftaran untuk larian dpuncak. 



Untuk slot pertama pagi itu iaitu senam erobik, aku tak sempat nak turut serta. Terpaksa galas tugas menjaga checkpoint 2 untuk larian dpuncak yang bakal diadakan sejurus selepas acara senam aerobik. Aktiviti larian puncak kali ini lain daripada yang sebelumnya. Untuk acara larian kali ini, para peserta dikehendaki berlari secara berpasangan. Salah seorang akan ditutup matanya, manakala salah seorang lagi akan lead pasangan yang ditutup matanya itu. 




Sesampainya peserta di checkpoint 2, mereka dikehendaki menukar blindfold sesama mereka. Kira fair and square la. Dua-dua boleh rasa lari dalam keadaan gelap dan lari dalam keadaan cerah. Pasti mereka-mereka ini akan lebih menghargai nikmat larian tika didalam cerah. Rasa lebih selesa dan selamat. =))

Ada yang lagi menarik dalam larian dpuncak kali ini. Jeng-jeng-jeng... Dipengakhiran kepada larian dpuncak para peserta dikehendaki kembali ke tempat permulaan larian tadi melalui tangga kejayaan lambang megah UiTM Puncak Alam. Muehehe (gelak jahat). Seronok kemain time ni. tengok budak-budak u lain tersedu-sedu, termegah-megah dalam meneruskan larian menaiki tangga mengalahkan tangga batu cave. Orang yang takde asthma tetiba boleh ada asthma. Sampai-sampai je ke puncak tangga berebut-rebut masing-masing meminta air. Sesekali terdengar ura-ura dari rakan-rakan..

"Lepas ni tak payah buatlah merentas pakai tangga. Penattt!"

Aku hanya mampu gelak. Aku faham perasaan diorang. Penat memang penat. First time aku naik tangga ni ambik masa nak dekat setengah jam. berapa puluh kali berhenti pun aku tak tahulah. Sekarang dah menjangkau tiga sem aku tidak lagi menaiki tangga ni. Aku kan sekarang bergelar non-resident tak duduk kolej lagi dah. muehehe. kes malas nak naik tangga nilah! 




Masing-masing dah semput benar. pegang lutut siap. 

masih mampu tersenyum. Bagus! =))


wajah-wajah kehausan.
Selepas acara larian dpuncak terdapat juga acara seperti handball, netball, futsall, basketball, badminton, tug of war (tarik tali) dan acara kemuncak adalah sukaneka. Seronok. Part yang paling seronok adalah part sukaneka yang turut melibatkan tetamu jemputan yang sangat special buat kami. Wakil-wakil daripada Malaysian Association of The Blind. Melihat mereka terhibur, aku pun turut sama terhibur. Setiap wakil Universiti yang terlibat akan beradu tenaga dengan 4 orang wakil daripada MAB. 5 orang dari wakil U masing-masing, 4 orang dari wakil MAB. Jadi setiap kumpulan akan ada 9orang ahli. Menariknya aktiviti ini, setiap orang dikehendaki tutup mata pakai blindfold. Hanya sorang yang tidak ditutup matanya untuk memberi instruction buat kesemua ahli group. =))

Isi air dalam botol pakai tangan.- UKM

Tranfer tepung guna sudu-UKM

Tranfer tepung lagi- UKM jugak!
Budak UiTM yang pakai baju kelabu langsat ni sebijik macam muka Sir Saiful, lecturer UiTM yang mengajar kami OPTICS, OPHTHALMIC OPTICS, VISUAL OPTICS, Light and Colour perception. Sebijik sir, sebijik! Semua orang cakap perkara yang sama.


Transfer tepung- UiTM


Cari gula-gula dalam tepung- MSU

Cari gula-gula dalam tepung- UIA

Transfer tepung- UiTM

Pemenang untuk acara sukaneka dimenangi oleh, 

PERTAMA: MSU
KEDUA: UIA
KETIGA: UITM
KEEMPAT: UKM

Wakil MAB bersama hadiah yang dimenangi. =))

Untuk acara keseluruhan setelah dicampurkan kesemua mata yang diperolehi....  telah dimenangi oleh...


jeng-jeng-jengggggg......





Semestinya... U...I....                                

TM. 





UiTM!!! hehe. Alhamdulillah. Yeayyyyy. Kita juara! Kita Juara! Kita Juara!
Tahniah buat semua atlet-atlet. kagum dengan kalian. 


Keputusan penuh;

PERTAMA: UITM
KEDUA: UIA
KETIGA: UKM
KEEMPAT: MSU



Tahniah juga buat kru-kru/ ajk-ajk yang bersengkang mata dalam menjayakan mosse kali ni. Dan juga tahniah buat GBM, walaupun tak masuk apa-apa, tak dapat hadiah.. tak dapat piala... tapi dapat sunburn third degree! Bukan senang nak dapat tu. Sampai balik kampung pun mak tak kenal. Sedihhhhh! :'(


aka EXCO Multimedia OPTIMIST 12/13 

Sekian, 

2 comments:

Unknown said...

wowwww.. best nyerrrr

Nurfatin Atikah said...

ehem2, bnyk gmbr student yg mcm muka sir, hehe ;)