Pages

Monday 22 April 2013

Pilihan

Tak semua orang diberikan pilihan yang baik. Tak semua. Dan tak semua juga suka akan pilihan yang diberikannya. Tak bersyukur? Bukan itu yang dimaksudkan aku. Bersyukur itu sangat dituntut oleh setiap orang yang menyedari hakikat dia sebagai hamba kepada DIA YANG ESA. Bersyukur kerana masih sudi memberikan kita pilihan untuk dipilih.

Persoalannya sekarang, setakat manakah kebijaksanaan seseorang dalam memilih pilihan yang tersedia ada ditangan mereka? Ditangan aku. Ya Allah, kekuatan sangat diperlukan disitu.




Kanan menjanjikan cita,
 kiri menjanjikan cinta.
Tak tahu antara dua.

*Pantun tiga kerat aka lirik lagu nyanyian adam dan farah satu ketika dahulu.




Antara rakan dan keluarga,
Antara kepentingan dan kemahuan,
Antara cantik dan berilmu,
Antara belajar dan mengajarkan,
Antara minat dan suka.

Selalu menghantui diri ini. Susah memang susah. Rasa seperti mahu bawa basikal laju-laju ditengah-tengah malam di tepi pantai sambil menjerit "Tak suka pilihan!" 


Minggu yang lalu akak naqibah bertanyakan soalan..

"Macam mana kita nak berdakwah kepada orang ramai.?"
"Update status FB.." 
"Twitter" 
"Medan blog.." 
dan ternyata kesemua jawapan tersebut tidak memuaskan hati akak naqibah.

"Kenapa takde sorang yang sebut USRAH? Satu-satunya perkara yang kita sedang buat sekarang."
Semua terdiam..
"Korang tak rasa ke nak ada kumpulan USRAH sendiri satu hari nanti.." Sambil akak naqibah pandang wajah aku.
'Gulpp..' telan air liur... terkelu. tekak terasa perit. terasa seperti menelan peria mentah-mentah. Ni mesti kes aku tulis pangkah dalam list untuk memegang usrah sendiri sekali gus bergelar akak naqibah tempoh hari. Huh.
"Taknak cuba handle/ pegang USRAH?"
"Korang tahu tak ramai orang diluar teringin nak menyertai USRAH? Tak kesian ke dekat mereka ni?"

Perlahan-lahan aku menggeleng. Aku tahu tindakan aku pastinya akan mengguris hati akak naqibah. Tapi aku terpaksa berterus terang. Aku masih setahun jagung. Masih dalam proses mengenali islam dengan lebih mendalam. Aku pun masih kehausan ilmu, yang memerlukan seseorang untuk membimbing aku dalam misi pencarian ilmu tersebut. Mana mungkin aku bisa menjadi pendidik sedangkan aku masih perlukan didikan. Maafkan aku. Aku begitu tak berdaya untuk memikul amanah yang begitu berat kukira. Aku takot aku tak mampu untuk menjadi yang terbaik. Sibuk menyuruh orang berbuat kebaikan sedang diri sedang melakukan kejahatan. Sibuk menyuruh orang bersabar dalam setiap tindakan sedang diri masih belum cukup bersabar dalam segala hal. Aku sangat takutkan itu. Ya Allah, ampunilah segala dosa hambaMU ini.
Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.




Sorry kak. Diri ini masih tak berdaya. sangat tak berdaya. 

Bimbingku tika ku jatuh tenggelam dalam ujian,
Sedarkanku tika ku hanyut dengan nikmat duniawi..

Sekian,

4 comments:

Nurfatin Atikah said...

Insya Allah satu hari nanti, masanya akan tiba, sama2 lah kita memperbaiki diri ini..
*btw, gmbr tu like, like, like! :)

Gadis berkaca mata said...

insyaAllah. =))

Unknown said...

inshaAllah ada peluang buat usrah ..asalkan kita cari ilmu semampu mungkin..hehe..tapi kalau sampaikan pesanan mllu media sosial bagus jga..dapat sebarkan ilmu..huhu

Gadis berkaca mata said...

insyaAllah. thanks nana. :))