Pages

Sunday, 5 May 2013

Anti-politik


Dulu akak naqibah pernah tanya

"Apa pendapat kalian pada politik malaysia sekarang?"
"Mengarut. sangat."
"Kenapa pulak?"
"Banyak sangat masalah isu fitnah menfitnah yang disiarkan. maksiat sana maksiat sini." sampai membuatkan aku anti terus kepada media televisyen. Nafsu nak menonton televisyen langsung takde.
"So kalau mengarut, isu fitnah mengfitnah, maksiat berleluasa.. kalau kita semua bertindak lari dari masalah ni sapa yang dapat membantu untuk membasmi gejala tersebut..?" 
"Errr...." 
"Hah tahu pun.. kalau macam tu makin bertambahlah masalahnya. masalah takkan pernah selesai." 


Itu dialog sewaktu dipengakhiran semester yang lalu. lebih kurang 5bulan yang lalu. Kini aku semakin faham. pentingnya tanggungjawab rakyat dalam memastikan keharmonian negara. dalam memastikan negara terus berdiri teguh atas landasan yang benar.




Dan selepas membaca status salah seorang rakan di FB membuatkan diri ini langsung berfikir. Benar kata beliau. Kalau taknak dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. kalau tak sanggup nak hadapi duniawi, apalah makna sebuah kehidupan?

Ayuh, dalam masa yang ada ni kita sama-sama berdoa yang terbaik untuk
keharmonian bersama. 

*Selamat mengundi buat semua. Jangan lupa bismillah. tarik nafas. dan fikir sejenak sebelum memangkah. 'Apakah jikalau sipolan bin sipolin dipilih beliau dapat membantu kita untuk lebih dekat kepada PENCIPTA atau tidak?'

Sekian,

3 comments:

Nana Liena said...

betul..dulu pun me begitu juga..tak nak mengundi..sbb benci tengok politik macam2 cerita yang keluar..tapi bila dah besar n baca2 sikit dah faham..

Mysara Ab Rahman said...

suasana thun ni mmg tegang ckit
nway, kte 1st time mgundi..heee

nur fadhilah said...

hai gbm