Pages

Wednesday 29 May 2013

Penuh dengan program


9-11 MEI 2013

12 MEI 2013

18 MEI 2013

25 MEI 2013
Tiga minggu berturut-turut diselubungi 4 program. Ya Allah.. perasaan memang tidak terungkap dek kata-kata. Penat? Semestinya. Tapi apa yang paling utama adalah pengalaman yang ditimba. Pengalaman dimarahi, tidur tak cukup, belajar pemarkahan untuk futsal, menghias dewan, berhubung dengan orang luar, mengorganise acara, melayan budak-budak, dan screening budak-budak sekolah... memang tak terbayar dek wang ringgit. sangat berharga. Yang paling tak tahan, demam boleh pulak ikut minggu. Seminggu sekali demamnya. Semester kali ni memang paling mencabar, asyik jatuh demam je. Tapi takpe.. husnuzon. Sakit itukan penghapus dosa :))


Dalam banyak-banyak program yang di urusetiakan, yang paling mencabar bagi aku adalah FEMOS atau nama penuhnya Festival Mega Sports of Health Science. Aku bersama lagi 4 orang rakan merupakan wakil pelajar optometry bertindak sebagai urusetia untuk acara futsal. Tiga hari berturut-turut berpanas ditengah-tengah padang, fuhhh.. memang sesuatu yang sangat mencabar. Tambah-tambah aku ni yang jahil sukan terpaksa handle pemarkahan untuk setiap game memang terkontang kanting lah jawabnye. Contact sana, contact sini untuk bertanyakan mengenai cara pemarkahan untuk futsal. Alhamdulillah, terasa sedikit lega apabila ada rakan yang sudi membantu. Terima kasih rakan. 


Untuk Hi-Tea pun tak kurang hebat cabarannya, tugas aku sbagai Ajk Kerohanian yang memerlukan khidmat sebelum, dan semasa acara berlangsung. Berhari-hari bermain dengan gunting, kertas, gam untuk menyiapkan invitation card for senior-senior yang hensem dan cun.

Invitation card done. :))
Alhamdulillah segala berjalan lancar. Tiba hari kejadian, jatuh selsema pulak. kepala berdenyut semacam. Panadol pulak tertinggal dirumah. Sabor jela. berkerja sambil terbersin-bersin, tangan standby dengan kain sapu tangan untuk lap mana-mana air yang keluar dari hidung. Fuh, cabaran... cabaran.. Nasib baik ada rakan yang sudi menghulurkan bantuan. Mereka tiupkan belon, aku tolong ikatkan. Nak tiup memang tak dapat la tak cukup nafas dengan hidung yang bersumbat. Thanks kawan!

sesi menghias photobooth





Untuk acara BOOTH YOUR CREATIVITY pun juga tak kurang hebatnya. Ini merupakan program anjuran Exco Media dan Publicity OPTIMIST 2013. Dan sebagai pengorganise memang banyak jugak ranjau yang diharungi. Aku belajar sesuatu untuk event ni yang sememangnya diluar bidang aku. Iaitu bidang komunikasi. Yup. Cara komunikasi dengan pihak atasan, pihak media. Berulang ke sri pentas berjumpa dengan Nas Ahmad (telah update di entry ini). Yang paling penting aku belajar untuk tidak berputus asa. Mula-mula rasa down tu memang ada. Untuk slot yang ke-2 under tanggungjawab aku sepenuhnya, so jemputan pun aku sendiri yang perlu ikhtiarkan sesiapa yang perlu dijemput. banyak juga jemputan yang di ditolak atas dasar-dasar tertentu salah satunya faktor masa. Event ni diluluskan sebulan sebelum tarikh program. So, masa agak terbatas. En. Nas Ahmad orang yang paling banyak membantu kami untuk slot ke-2. Tq En. Nas. :))


En. Said daripada Majalah tiga
Alhamdulillah, En. Said yang pernah menjadi wartawan penyiaran dan kini menjadi penerbit untuk majalah tiga sudi memenuhi jemputan kami.


Sepanjang program, beliau sempat bercerita mengenai pengalaman beliau sepanjang bergelar wartawan penyiaran untuk majalah tiga. 




And last but not least, program yang seringkali ternanti-nantikan oleh aku.. school eye attack! Seronok. sebab boleh main dengan budak-budak! Untuk program SEA aku bertindak selaku ajk media dan publicity. Kerja aku adalah untuk mendesign nametag untuk urusetia, dan mengambil gambar sepanjang perjalanan program. Sesekali curi-curi usha para senior yang sedang menscreeningkan patient. Tuntut ilmu daripada depa. :))


Case History

Doing VA test

Doing ophthalmoscopy looking for blood vessel.


Doing cover test to test the presence of phoria.

Berakhir sudah. Masa untuk balik!!!!




Alhamdulillah, segalanya sudah selesai. Kini tibalah masa untuk fokus terhadap final yang bakal menjelang dalam tempoh sebulan sahaja lagi. Tak boleh main-main dah. Kebanyakan subjek semester kali ini memerlukan kami untuk banyak menghafal,. Fuhhh, moga diberi kekuatan untuk fokus, dan mengingat. Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Aameen. 

Sekian, 

No comments: