Pages

Saturday 13 July 2013

Istilah special

Semalam.. semalam yang entah bila semalamnya dihabiskan dengan insan bernama kakak walaupun beliau lebih muda beberapa hari daripadaku dari sudut umur, tapi pemikiran dan luarannya beliau ternyata jauh lebih matang daripadaku. Jadi sebagai penghargaan, istilah kakak aku anugerahkan buat dirinya. Hai kakak! :))


Malam itu bermula sesi luahan perasaan. Heart-to-heart. Menggigil jugak tangan nak buat pengakuan pada insan bergelar kakak ni. Namun ku gagahkan jua. Apalah nilai sebuah persahabatan kalau masalah itu dipendam tanpa sebarang khabar. kan? Sebelum ni masa aku mula-mula pilih jalan untuk berhijrah pun aku banyak minta pendapat daripada beliau. Dah terbiasa brangkali jadi tempat beradu nasib. Untuk kali ini masalah dirasakan terlalu peribadi untuk dikongsi. Masalah berkenaan hati.


Mohon tips daripada kakak berkenaan adab berhubung/berkomunikasi. dengan orang yang betul, waktu yang betul, tujuan yang betul. Alhamdulillah, banyak nasihat yang dikongsikan. antaranya.

1. Kalau nak berhubung dengan lelaki ajnabi hanya dibolehkan atas dasar jual beli/ urusan kerja.
2. Jaga ikhtilat ketika berhubung walaupun hanya mesej.
3. Jangan melalut-lalut ketika berhubung. Takot-takot ada hati yang terusik.


Teringat pula dialog dengan Ma;

M: "Duduk U sekarang, takde buah hati lagi ke?"

G: "Dah sibuk organize tu ini, takde maknenye nak berbuah hati. Ma macam mana dah ade buah hati ke?"

Tersenyum malu. Sah-sah ada ni! 

M: "Jual mahal kot."

G: "Bukan jual mahal.. saya takot. Takot kalau-kalau nanti yang bercintanya lain yang berkahwinnya dengan yang lain." Malu tak berlesen nanti dengan bakal suami.


Dulu masa zaman sekolah tak sempat nak berkenalan dengan istilah cinta monyet. Mak ayah tak ajar pegang henfon waktu sekolah. Nak pergi tusyen pun pinjam henfon mak. Kot-kot tusyen terbatal ke boleh call ayah. Mak pernah cakap kalau nak henfon duit topup beli sendiri. Err. lagilah taknak. Lebih baik simpan beli cekelat kedai ayoh de. Kenyang pun kenyang. hihi.

Dah besar ni baru macam appreciate apa yang mak ayah  lakukan tu, bukan sebab mak ayah kite kedekut tahi idung masin taknak belikan topup tapi sebab sayang kat kite. Takot terjadi gejala macam yang dialami anak muda sekarang. Cinta monyet. Lebih pentingkan fon daripada mak ayah. Putus cinta sikit dah boikot tak nak makan nasi. Kesian mak ayah tau. Penat-penat besarkan kita. Tapi kita? Sibuk bercinta lepas tu boikot taknak makan pulak. Risaukan mak ayah.. itu berdosa tau.


Kakak pun ada pesan. Kalau nak yang terbaik cuba jadi yang terbaik.
KEEP SPECIAL TO SOMEONE SPECIAL! 


Sempena Ramadhan ini ayuh kita jadikan bulan ini sebagai bulan untuk kita bermujahadah. Mujahadah dalam melawan hawa nafsu. Yosh, jadi hamba terbaik. :))

Sekian,

No comments: