Pages

Friday 27 September 2013

Selangkah ke neraka

"Kamu dah terpilih diantara rakan rakan kamu untuk menjawat jawatan tersebut. Tanggungjawab dah menjadi milik kamu. Satu yang saya nak pesan, tolong jangan rasa terbeban dengan tanggungjawab yang diberikan InsyaAllah, oneday pengalaman ini akan memberikan faedah besar buat kamu sesudah kamu grad nanti. Dan ingat, kamu dah terima jawatan ini so selangkah kaki kamu sudah berada di neraka..."-penasihat OPTIMIST


Gulrppp. Sentap! Mata terbungkam mendengar ayat terakhir. Ya Allah. Saat mula mula aku terima tanggungjawab ini langsung tak pernah terfikir ianya akan membebankan aku saat segala amal dihitung di'sana' kelak. Sebelah kaki di neraka? Ternyata sungguh berat nilai amanah ini!


Ya. Aku memang ada satu kelemahan. Kelemahan yang kekadang membuatkan diri terasa down sampaikan minat terus pudar. Bidang multimedia memang minat aku sejak kecil. Kecik kecik waktu sekolah rendah pernah pinjam kamera ayah untuk tangkap gambar kawan kawan dekat sekolah. Tak risau kena rampas? Isyk. nak risau apa. aku kan pengawas. Tengok aku pun memasing dah kecut. haha. Aku minat melukis. Minat mendekorasikan laman. Pernah beberapa hasil seni aku jugak terhias indah di bilik seni sekolah. Bangga sepuloh minit lepas tu sedihh. Sedihla sebab cikgu sesedap je amek yang kite punye tak bayar ponn!


Bidang penulisan aku kureng skit. Maklumlah otak tak kretip mengarang! Aku involve berblog ni pun hasil hasutan rakan sebaya. Beriya ajak aku join blog last last depa sendiri stop dan remove blog depa sebab tak terlayan tak terupdate. Haihhh. Sakit pulak hati kiterr. Daripada reramai rakan sekolah yang kaki blogger dulu kini tinggal aku seketol. Berlayar seorang diri sebagai blogger tegar kononnye. Alhamdulillah masih bertahan setakat ini. Sedang mengalami fasa perubahan juga ni dari masa ke semasa. Daripada background warna merah darah jadi merah hati. Isyk. Kerja gila betol. Warna yang aku benci juga yang bertahan lama di blog ni.



Semalam penasihat OPTIMIST tegur aku. selaku pemegang amanat untuk menjaga blog optimist. Teguran membina yang mampu membangkitkan semangat setiap yang mendengar. Antara yang ditegur katanya " saya lihat blog kita kurang mesra pengguna...awak boleh jadikan blog blog persatuan daripada luar negara sana sebagai inspirasi awak." Maaf sir. Sebenarnya saya dah lama cuba untuk memesrakan sehabis baik. Segala ilmu sejemput yang dimiliki dicurahkan 100% keatas blog OPTIMIST. Tapi..yang banyak tapinya. Antaranya sebab hati terkesan dengan perangai pembaca. Kritikan yang dilemparkan begitu teruk dirasakan sehinggakan diri langsung pudar untuk terus berkarya. Setiap kali button "new post" ditekan.. jari jemari sentiasa berwaspada dalam setiap langkah, minda mula dirasakan celaru.. hasutan hasutan keji mula bersahutan dalam kepala 'tulisan kau tak best wohh GBM. kau syok syok tulis kau ingat orang lain suka?'. Jari langsung stop dari menaip. Terus button pangkah ditekan dan laptop dimatikan.


See. Besar impak maklum balas pembaca terhadap blogger tau. Sampaikan mandi basah tidur tak lena makan makin mengenyang jadinya. Aku pernah cerita pada sir berkenaan masalah ini dan jawabnya..

"If people are trying to bring you down, its mean that you are actually above them." 
Senyum sebelum kritik. Komfem ayat keji tak jadi keluar.
InsyaAllah.

Setuju sangat dengan kata kata sir. Nasihat untuk pembaca. Nak menegur itu tak salah... tapi biarlah budi itu terhias indah dalam bait bait kata. Change your words better till then your will see how kind people treat you then. Masing masing punya hati. Tak salah kalau nak puaskan hati sendiri.. tapi jangan sampai hati orang lain pula yang terluka.. :))

Jadi macam budak ni pun takpe. comel! hihi

Sekian,

No comments: