Pages

Wednesday 16 October 2013

Pengakhiran cuti pre-sem

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan salam aidiladha buat semua. Hari kita bersama mengingati tentang pengorbanan Nabi Ibrahim demi kasihnya pada Pencipta melebihi segalanya. Allahuakhbar. Gugur airmata membayangkan betapa tinggi nilai cinta baginda.


Pejam celik-pejam celik sekarang dah pun nak habis cuti pertengahan semester. Allahurabbi. Rasa baru semalam aku masuk daftar sebagai pelajar semester 5 sekarang dah midsem. Rasa macam... macam.. nak histeria. Tragis weyh. Tengok daging lembu nampak ubat ubat therapeutic. Cis. Kes nak kena hadap test bukak cuti ni. Allah. Why masa is so cepat? Me not really really ready yet! *Ke lembah hancuran bahasa. Maaf.


Take a break jap. Now masa untuk take 5 which bersamaan=2 jam. haha. Kes cari idea taip new entry punye fasal. Nak imbas balik antara kejadian yang menarik sepanjang bergelar super senior. banyak! Ada yang sedih. ada yang gembira. ada yang gembira. ada yang gembira. Dah kenapa banyak yang gembira? Sebab memang banyak yang gembira. hakikat. *Senyum:))


It's 22 SEPT actually. Dah seronok sangat.. sampai ter'typo!

Antara yang menarik... yang best. Adalah tragedi 22 sept lalu. Picnic di Tasek Shah Alam bersama housemate, coursemate. Kata depa picnic sempena celebrate birthday owner GBM.. eh, akulah tu. hihi. malu blushing blushing kite. Celebrate tu celebrate la kan.. tapi yang masaknye kiter jugak. Sepris sangat la cenggitu kan. Ok, foine! Tapi btw, best! First time dalam sejarah selama 21 tahun hidup berpicnic bersama kenkawan. Masak sendiri kan.. sebelum ni picnic dengan family, family, family. yang masaknye juga family. hihi. 

Yang bestnya... kite kan.. boleh main kayak. First time kot! Mula-mula nak naik tu mengeletar jugak ah kepala lutut.. Dalam mengeletar tu sempat jugak berkayak sambil pegang kamera snap sana sini. Sekali bot tu bergoyang riuh satu tasek dengan suara aku. Kes takot tenggelam. *Haihh..banyak pulak kes aku harini ye. haha. 

Permandangan kat sini. Osem sangat. Serius. Tak tipu!

Masa ni tengah berangan.. "Nanti kalau kahwin nanti nak photoshoot sini ah. Sambil main kayak.. Yang laki tolong kayuhkan, yang perempuan santai santai dibelakang. Olololo..suwitt sangat!" Ok. foine. Poyo sangat!




Yang ni aku tak ingat bila tarikhnya.. Yang aku ingat perut aku kenyang tahap gaban mase ni. Makan selagi boleh. Yang ni first time jugak.. bersteamboat bersama kenkawan. Penat weyh. Penat makan. Penat berlari amek stok seafood dekat kaunter depan. haha. Ater, Abang JPA baru bagi nafkah tiap semester. Haruslah isi perut dengan stok makanan sesedap. Lebih afdal daripada shopping tak tentu hala kan?

Wallahi. Kenyang. sedap!

Dalam bergembira.. tak lupa saudara disana. Pray4 R4BIA.
Yang ni.. febret! Jagung dan Yam.

After.. Brrkkk. Alhamdulillah. :))





Semester kali ni lain skit. Tak macam semester dulu dulu. Kali ni nafsu makan lebih mengada ngada. Tengok makanan lawo skit.. menjejeh air liur. Seminggu lepas makan Steamboat D'Manggis dekat Kuang selangor, kami se-housemate pi serbu Man Lava Burger, Saujana Utama. Yang ni best jugak. Tak tipu. Bagi aku berbaloi jugak la harga dia. Kenyang baqhang.. Aku order patrick chicken burger dan air vanila cokelet blend.  Makan burger seketol macam telan lembu seekor je. Alhamdulillahhhh. Kenyang lagi!

Muka kompius. Macam mana nak sumbat ni dalam masa yang sama
nak maintain ayu, eyh?





Peristiwa paling touching tapi dalam masa yang sama kagum melihat suasana disekeliling. Setiap hari jumaat Persatuan Rakan Masjid disini memang sering menganjurkan program dakwah khas untuk kaum hawa sahaja. Program yang diberi nama Recepi of Women. Kite kite panggil program ni row je. "Eyh, ko nak g row tak hari ni?" 
Hahh.. gitteww! 
Setiap kali row, jemputan dia lain lain. Kebiasaannya lecturer kat situ je.. tak pun student master yang bagi talk. 

Nak jadikan cerita satu hari tu.. first row diadakan untuk semester kali ni. Dalam minggu kedua i tot. Aku pun dah ingat ingat lupe. Masa tu perut lapar sangat. So, aku dengan Fatin si blogger VIP pergilah serbu cafe cari makan. Lepas habis makan baru ingat masuk dewan kuliah untuk attend program row tu. Sekali kami masuk dewan.. Perghhhh.. Penuh macam sardin. Sampai nak bukak pintu dewan pun payah. Tersempit sempit terhimpit himpit orang kat dalam, tengok pada tangga laluan... pun penuh! Ikutkan hati keji memang nak blah dah.. Tapi dengarkan sisi hati baik.. sayu pulak nak blah dah alang alang sampai sini.. takkan nak patah balik. Ye dak? 
Sekali dengar MC announce, "Yang berdiri dekat belakang tu boleh datang duduk barisan depan sini.. Nanti boleh tengok Kak Farah dekat dekat.." Dalam hati.. yeayyy. Syukur Alhamdulillah.. Datang lambat free free boleh duk depan. Fatin kat sebelah aku cuit.."Uih, Farah Asyikin la bagi talk hari ni.." 
"Hahh.. biar betol!" Sekali tengokkk...

Kak farahhh!!!
Betol la kak Farah Asyikin!!! Semester lepas lepas.. tak ingat semester berapa.. hihi. Aku pernah jadi AJK untuk satu program talk under Persatuan Dinamik yang menampilkan Sham Kamikaze dan Farah Asyikin sebagai panel. Mase tu kak Farah bujang lagi.. Sekarang kak Farah dah kawen dah. Dan, bakal dapat baby tak lama lagi. Ya Allah, bestnye kak farah. Mesti comel! 

Kasut hijau lumut geli geli tu kasut aku.. yang berjubah hitam tu kak Farah. Motif gambar? Nak tunjuk betapa dekatnya kedudukan aku dengan kak Farah masa ni. Kbaii! 

Sesi soal jawab.
Walaupun kita nampak seorang wanita berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. Tak pakai tudung, pakai baju lengan pendek misalnya. Kita takde hak nak judge mereka dengan pandangan negatif mengenai hubungan mereka dengan Allah. Sebab kita tak tahu.. boleh jadi hubungan mereka dengan Allah lagi hebat daripada kita.- Farah Asyikin
Hari itu aku belajar sesuatu, kalau kita berniat baik.. nak menghadiri majlis ilmu lillahitaala. Sesulit manapun masalah yang menimpa.. Dewan penuh ke.. pintu dewan susah nak bukak ke.. seat takde yang kosong ke.. Ingat kebergantungan kita. Allah. Allah itu maha memudahkan. maha sebaik baik perancang. See, tak sampai 5 minit berdiri Allah permudahkan kami melalui perantaraan MC. Allahu.. Sweetnye Allah pada kita. :))


Setakat ini sahajalah ceritera cinta kita hari ini. Part sedih kita simpan sorang sorang takpe. Hati kental nih! Chill beb! Anak melayu pantang tagih simpati. Konon. eyh?


p/s: mohon jangan tanya soal berat badan. Sensetip braderrr!

Sekian,

Assalamualaikum! 

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

terliur tgk burger tu.. ;)