Pages

Sunday, 24 November 2013

Gembirakah duhai hati

Kebelakangan ni aku rasa macam lost. Apa benar jalan yang aku pilih ni? Sungguh tak terduga langsung yang satu ketika aku akan berada dijalan ini. Jalan yang aku bawa sekarang ni. Tak terduga langsung! Semua berlaku begitu pantas. Sangat pantas! 


Kekadang aku terfikir. Apakah hati ini sedang ikhlas? Atau hanya sekadar berpura-pura. Berpura-pura disebalik tudung melepasi paras dada, baju longgar labuh melepasi paras lutut, kaki elok bersarung sedang hati tidak ikhlas dalam dakwah ini. Hurm. Mungkin tak. Mungkin... tak! 


Aku suka dengan ahli circle of happiness(COH) yang baru ni. Suka sangat. Diorang cantik. Petah dalam berkata-kata, bernas dalam melontarkan pandangan.. sampaikan aku terkedu. MasyaAllah. Terasa kerdilnya diri ini. Rasa malu, rendah diri mula menguasai. Lantas hati bemonolog sedih, 
"Mungkin ini bukan tempat untuk aku. Aku tak patut berada disini. Tak patot. Aku masih belum bersedia seperti diorang. Ilmu masih secebis kuman manakan mampu untuk berdiri sebaris mereka." Sebak mula menguasai perasaan. Fikiran kotor tercalit hina. "Keluar dari sini. Ini bukan tempat kau!" 


Lantas segala perasaan yang terpendam dihati dicerita kepada seorang sahabat. Kuasa sahabat. Sentiasa ada saat susah senang. Ukhti nad, kehadiran beliau sangat tepat pada waktunya. Sehinggakan diri tersentap lantas terkaku seketika. 

Tahukan tentang kisah pemuda Malaysia, bernama Ammar? Pernah baca kisahnya? Antara catatan beliau.. "Aku sudah terlalu lama hidup dalam zon selesa, mungkin sudah tiba masa untuk aku mengorak langkah.." Tak terkesan ke pada hati yang mendengar ayat ni?

Terdiam. 
Rasa macam anak panah terus ke hati. Dush. Ternyata masih banyak jahiliyah keji dalam diri ini. Zon selesa ini sudah paras kritikal sehingga mampu bertindak diluar jangkaan iman. Allahurabbi.

Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim. 



Kisah Ahmad Ammar

Daku Amat Menyintai Mu

Istiqamah dalam jalan yang dah dipilih. Itu bukan mudah. Semuanya perlu diiringi dengan usaha+perbuatan+doa+kebiasaan. Bila akar yang dibawahnya menjalar kesegelinap tanah, barulah berdiri kukuh pokok yang ditanam. 

Daku Amat Menyintai Mu
Al-Fatihah.

Sungguh mati itu dekat.
Moga sebelum ia datang.
Kita sempat untuk merasai nikmat iman dalam hati.
Rasa suka, gembira, tenang itu hadir dalam setiap amal. 
Moga kita kuat! 
InsyaAllah!

Sekian, 

2 comments:

Nurfatin Atikah said...

moga kita kuat di jalan ini, amin..

Budak KacaMata said...

insyallah GBM boleh..kuatkan niat,teguhkan iman.amin