Pages

Thursday 17 July 2014

Opening of New Student Centre of Optometry


Beberapa minggu sebelum menjelang study week, Optometry UiTM Kampus Puncak Alam telah melancarkan bilik pelajar optometri with new colourful looking. Cadangan asal untuk penyusunan dan reka hias semula bilik pelajar optometri telah dicadangkan dalam meeting MT OPTIMIST tahun lalu. Disebabkan oleh kekangan yang tidak dapat dielakkan, tanggungjawab ini telah diamanahkan untuk MT OPTIMIST sesi 2014. 

Alhamdulillah, all doing well. Walaupun masa untuk preparation before hari perasmian tu agak kelam kabut sedikit. Aku la tu. Fuhh.. Nasib baik ada rakan rakan yang baik hati sudi menghulurkan bantuan. Terasa sedikit keringanan bebanan yang digalas. Alhamdulillah. Tugas aku selaku EXCO multimedia telah diberi tanggungjawab untuk handle gallery JCM dan video tayangan montaj untuk tatapan ahli yang lain. Untuk tayangan video tu aku dah buat masa cuti cuma nak top up gambar-gambar mana patot je skit-skit. Yang gelabah ialah untuk gallery JCM. 


Tambahan pula minggu tu merupakan hectic week bagi group aku. Hari isnin clinic contact lens, selasa posting HKL sorang sorang pulak tu, hari rabu sebelah pagi external primary eye care clinic dekat UiTM Puncak Perdana sebelah petang clinic spectacle dispensing. Hari khamis pagi sampai petang lecture. Petang lepas asar perasmian. Terbaik. Nak tak nak hari rabu petang lepas clinic dispensing tu terpaksa berkejar ke bilik pelajar untuk siapkan gallery JCM (Jom Check Mata). Daripada pukul 5.00 petang hampir pukul 10 malam baru balik hostel. Nasib tak tidur situ je. Haha. 


Susun perabot
Susunan perabot telah diarrange before cuti seminggu tu lagi, aku lupa cuti apa samaada wesak ke gawai. Credit untuk Mr.Presiden and his assistance yang mengorbankan cuti depa untuk memastikan segala galanya berjalan lancar. Benda yang paling aku tak mampu lakukan. Homesick weiyh! haha
"Tabik spring untuk kalian!"





One day before the day.
Yang pakai tudung pink tu blogger fatin, selaku EXCO Sukan. Pengarah program OAC (Optometry Athletic Championship). Terima kasih Exco Sukan sudi bantu Exco media. Cekap betul Exco Sukan buat kerja. Kalau tak manakan mampu boleh siapkan hari tu jugak. 


Exco Kerohanian dan Exco Akademik berkolaborasi untuk sudut ilmu. 
Nak tunjuk tingkap. Betapa gelapnya langit
menandakan lewatnya anak dara pulang. haha

Antara sudut Gallery Jom Check Mata. Himpunan jelajah JCM satu malaysia. :))





Sekitar majlis perasmian;


Penasihat OPTIMIST: En. Saiful Azlan

MC on the day: Adik Tasha EXCO MEDIA jugak ni. :)

GIMIK perasmian. Ukhwah tree. 

Tayangan video montaj. Aku lari jauh jauh sebab malu takot tak best. haha

Ending yang mendapat tepukan gemuruh. yeay! Alhamdulillah. 

Selepas tayangan montaj pelajar pelajar optimist disajikan dengan jamuan potluck. Pelbagai jenis masakan yang dibawa dari rumah masing masing untuk dikongsikan bersama. Sweet sangat!



Kek yang paling mendapat sambutan. Carrot cake sebab dr secret recepi. 

Candy booth daripada group kami.
Nampak jelas minda kebudak-budakkan. Haha. Tak delah sebenarnya ni sebab tak payah masak. Ramai ahli group aku ni duduk kolej. Termasuklah aku sendiri. Kolej mane ade dapur. Kalau tak comfirm kitorang dah tunjuk skill memasak kitorang kaw-kaw punye. *Eceh. over sangat! masak pun kelaut. haha.


4th year

3rd year

2nd year

First year

MT dan EXCO OPTIMIST.

Selfie. 2 hensem guys tu junior daripada first
year yang very talented dalam dunia kepimpinan. Cayalah!

MT EXCO yang suke bergambar! haha



Pingpong set

Carrom set

Dua daya tarikan untuk pelajar pelajar optometri lebih kerap ke bilik pelajar (SCOP)... disebabkan 2 ketol mende alah ni. Aku pun baru sekali duk main carrom dan dua kali baru main pingpong ni. Disebabkan terlalu meriah sangat orang berkerumun. Ku pasrahkan saja. haha.


STUDENT CENTRE OF OPTOMETRY
SCOP

"Demi keselesaan kita bersama." 


Jutaan Terima kasih dan Tahniah buat semua MT dan EXCO OPTIMIST 2014. 
Anda merialisasikan impian kami. ^_^


Sekian, 

No comments: