Pages

Wednesday 18 February 2015

Hati

Kebelakangan ni aku perasan yang aku ni seorang yang agak berjiwa sensitif. Banyak perkara yang aku berkenan tapi dalam masa yang sama aku turut membenci. Aku sukakan surprise. Tapi aku tidak suka orang yang terlalu nak berahsia akan sebab sebab yang tidak munasabah. Aku sukakan gurau senda. Tapi aku tidak suka gurau yang sia sia. Aku sukakan persahabatan. Tapi aku sangat membenci orang yang menipu atas nama sahabat. Aku sukakan kerja berkumpulan. Tapi aku paling tak suka orang yang melambatkan tugasan atas alasan, "tajuk aku susah!pembahagian tugasan tidak adil!" apa fungsinya ahli kumpulan kalau bukan untuk bertanya atau berkongsi masalah.. Aku sukakan orang yang menuntut ilmu. Tapi aku sangat membenci orang yang tidak menghormati orang lain demi mendapatkan ilmu. Think twice, bila kamu pun terkena benda yang sama apa yang kamu buat? Marah tak? 


Macam peristiwa beberapa hari lepas sewaktu aku selesai solat zohor, yang memerlukan aku untuk berjumpa dengan supervisor. Sekumpulan pelajar sama ada asasi atau diploma sedang elok mentelaah didalam surau. Bagus, rajin belajar... rasanya diorang bakal menduduki test selepas zohor kot. Itu yang semua berkumpul di surau sambil nota masing masing ditangan. Seusai solat zohor, ketika aku sedang menyelinap di celah celah pelajar yang ramai untuk membetulkan tudung, terlihat dua orang rakan yang dengan hati keringnya mentelaah nota sambil menutupi ruang cermin, walhal ketika itu orang tengah sesak untuk melihat cermin. Padahal aku tengok ada je lagi ruang ruang kosong yang membolehkan mereka bergerak kearah lain untuk mentelaah tanpa mengganggu keselesaan penghuni surau lain yang mahu menggunakan cermin. Ya Allah, dalam hati istighfar panjang. Budak budak ni buat buat tak nampak orang nak pakai tudung ke atau sengaja buat buat tak nampak. Dalam hati bergaduh hebat patut berhusnuzon atau tidak ni. 

Adik, adik tahu tak adik nak exam... Tak boleh buat macam ni dik. Berkatnya ilmu itu datangnya daripada pelbagai sudut. Berkat daripada ibubapa. Berkat daripada guru. Berkat daripada orang orang sekeliling. Barulah Allah redha dengan ilmu yang kita perolehi. Akak doakan, semoga adik berjaya menjawab ujian hari itu dengan hati yang tenang. Walaupun akak tidak tenang melihat perbuatan yang adik tonjolkan. Sakitnya tu disini dik.. *sambil tunjuk pada hati. 


Aku sukakan surprise. Tapi aku amat tidak suka orang yang mengajak kami ke sesuatu majlis last minit, atas dasar surprise. Nak kata aku prasan diorang nak buat surprise birthday, memang tersangatlah bukan. haha. Tarikh birthday lambat lagi. Komitment sebagai pelajar tahun akhir ni sukar untuk dianggarkan. Dan majlis majlis tambahan perlu dirancang rapi sesuai dengan kelapangan waktu ketika itu. Bila ditanya soalan "nak kemana tu? " Dijawabnya, "ada kerja". Tahukah kalian, kerja itu perkara yang sangat umum. Makan pun boleh dijadikan sebuah pekerjaan. 

"Kau ni tahu makan je kan keje kau.."


Kannn.. setuju tak? Lain kali kalau perkara yang tidak memerlukan untuk berahsia. Jangan berahsia. Nanti korang cuma buat orang sakit hati. Langsung taknak libatkan sebarang kerja dengan korang dah kan lepas ni. Kan ke susah? Lagi satu contoh bila di tanya 
"kenapa tidak siap assignment semalam?" 
"Banyak kerja la semalam".
" Kerja apa?" 
"Adalah..."
Eeeee. geram pulak kite. Tahu tak assignment tu pun satu pekerjaan, walhal menjadi tanggungjawab wajib bagi kita sebagai seorang pelajar untuk melaksanakannya. Orang tanya pun sebab orang sayangkan dia. Kalau tak sayang, dah lama buat tak tahu. Biar kena marah dengan lecturer. BIAR! 


Maaf kalau kedengaran macam "eee.. garangnya GBM ni." "Marah betul entri GBM kali ni."
Tak. Aku takkan garang tak bertempat. Aku pun takkan taip blog dalam keadaan marah. Perkara yang paling aku elakkan adalah mendekati media sosial diwaktu aku sedang marah. Sebab masa tu syaitan tengah menguasai aku. Nanti ayat ayat yang keluar bukan berunsur nasihat nanti lebih kearah kutuk dan keji. Dosa yang sedia ada dah bertambah banyak. Jangan ditambah lagi. Jangan... 


Biarlah aku menaip sesuatu yang berguna dalam keadaan tenang dan rilek. Lagi lagi musim cuti tahun baru cina ni. Elok sangat untuk bersantai santai dengan sesawang GBM sambil membuat sedikit perkongsian tentang peristiwa peristiwa yang boleh memberi tarbiyah sentap dalam diri aku sendiri mengenai pentingnya sabar. 


Kalau aku ada buat sakit hati kat korang sepanjang 4 tahun kewujudan dunia taipan GBM. Mohon ampun dan maaf. Insan biasa. Banyak sangat yang tak betulnya. Masih belum layak untuk mendapat title solehahnye pun. Jauh sangat panggang dari api. Namun, cita cita untuk terus mencapai title solehah tetap ada. :))



Eh, tapi kalau nak berahsia dekat aku sebab nak celebrate birthday aku. Nak ajak aku melancong pergi pulau ke. Aku sporting je. Dah lama kot aku mengidam nak ke pulau perhentian, pulau langkawi.. Semalam naik bas untuk balik terengganu terkebil kebil tengok papan tanda di kaunter tiket bas... Tiket ke Kuala Besut (Pulau Perhentian). Tiket ke Kuala Perlis (Pulau Langkawi). 
Seronoknye lahai dapat tengok laut sambil snorkeling. Walaupun aku tak reti berenang pun. Cita cita dan berangan tu perlu untuk mewarnai hidop yang tak lama je ni. hehe



Subhanallah.
Cantiknye lahai.

Sekian, 

1 comment:

Nurfatin Atikah said...

sabar GBM, maybe mereka ada sebab tersendiri..
btw, kencangnya update blog GBM :D