Pages

Sunday 31 May 2015

DINNER| 1001 Night of Rangeela

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik tinggal kurang lagi sebulan perjuangan kami as a student final year dalam bidang Optometry. Dulu tak sabar nak menempuh alam final year. Dah tempuh sendiri rasa macam.. nafas seekan sesak, susah nak bernafas. Dengan klinik mata yang pelbagai, hospital posting, seminar, siapkan 15 case report, siapkan logbook yang bersepah dan yang paling penting nak siapkan writing thesis. Penuh dengan air mata.

Orang ada cakap apa ertinya hidup kalau tiada kesulitan dan cabaran. Senyum and just follow the flow. Follow the flow doesnt means that cume duduk saje saje ye. Usaha kena macam ni haahhh *tunjuk ibu jari*. Lepas tu tawakkal sungguh sungguh. InsyaAllah kita mampu mengharunginya.


Ahad lepas berakhirnya makan malam terakhir kami sebagai ahli OPTIMIST (Persatuan Optometri UiTM). Dengan bertemakan 1001 NIGHT of RANGEELA ( rangeela means colourful), everyone seems happy and had a joyful moment together. Semua ikut tema dan sememangnya penuh dengan warna warni. Gabungan dresscode malam tu adalah arabic and bollywood. Malam tu korang boleh nampak shah rukh khan, salman khan, aamir khan, Kajol, Rani mukherji versi Malaysia. Semua cantik cantik dan kacak kacak. Lari terus penampilan 360 darjah daripada penampilan klinik. Masa klinik bukan bermaksud kami tak berpakaian kemas tau. Cuma pakaian klinik kami lebih kearah profesionalism sebab kami berhadapan dengan orang awam. Sama konsep macam orang yang nak menghadiri temuduga.




Tahniah buat pemenang Award Optometri 2015. Tahniah juga buat penganjur dinner kali ini iaitu pelajar tahun dua merangkap batch 8 OPTIMIST. U guys did a great job!


4TH year students.
KAMI!
3RD year students
1ST year students

Second year terlalu sibuk dalam menghandle program sampaikan tidak sempat mengambil gambar secara berjemaah. Thank you korang!!! terharu sangat ni.


Antara gambar sepanjang program;









With very beautiful Queen of the day. 




Dresscode aku malam tu.
Get spirit from them.
Sava GAZA. 

Shawl arwah kekanda hidayah. Arwah begitu teruja masa dapat beli shawl GAZA ni. Tapi beliau tak sempat mengayakannya pun. Terima kasih buat mak arwah kerana menghadiahkan shawl ini untuk aku gayakan pada malam tu.Jubah di beli online melalui instagram, last minute. Selempang GAZA tu aku beli sekali dengan arwah kak dayah 2tahun lepas masa program Support Gaza dekat Shah Alam.


Malam tu rasa nak senyum je memanjang, dapat rasa aura kak dayah yang ceria dan penuh senyuman. :'))


 Last performance from Us. First song was Give me some sunshine (from 3idiots). Second song was teman sejati. Ada yang sebak sampai mengalir air mata sewaktu lagu dinyanyikan.

peace. 

Terima kasih buat semua. Buat lecturer yang tak lekang dengan ilmu dan kata kata yang membina. Buat rakan rakan dan junior yang pernah korbankan mata untuk kami untuk dijadikan subject clinical. Buat ajk program yang bersengkang mata menghasilkan program gah sebegini cantik. Tq. :))

"Graduation Day is a day to mark a tremendous accomplishment. You could not have come to this day without a lot of hard work. There may have been days when you felt that you could not continue, and yet you did. The moment when you are called up to the stage to receive your degree, resplendent in your cap and gown, is a moment to savor. You can not lose what has now been given to you. Whether it is a high school, college, graduate, or doctoral diploma, that achievement will be yours forever. Now go on and take on the world!"- Optimist blog

More picture and more interesting story on that night:
OPTIMIST BLOG
NURFATIN BLOG

Sekian,

3 comments:

Unknown said...

Jangan nangis2. Wish u all the best in ur career and happy graduation soon.. Al-fatihah for Nur Hidayah.

Nurfatin Atikah said...

Thanks GBM, cantik OOTD :)

Gadis berkaca mata said...

same2. sape ntah bagi smngt utk pakai mafla. haha