Pages

Sunday, 17 May 2015

Hormat

Ya Allah lamanya rasa tak update blog. Kesian jari jemarini lama menahan rindu untuk menaip di sesawang GBM. Maklumlah busy duk kaji lampu dan fungsi lampu untuk research final year. Eh sebut pasal jari dan taip, aku ada terbaca satu jurnal ni. Tahukah korang kelajuan seseorang menaip bergantung kepada jenis lampu dan keadaan sekeliling. FACT! 

Penuh khusyuk aku baca jurnal. Maklumlah bila dah baca sesuatu yang ada kaitan dengan diri kita ni makin berkobar kobar nak kongsi dengan orang lain. Makin cool lampu yang kita pakai tu makin laju taipan. Cool white light means that the colour of light more to the blue colour. Kalau lampu yang selalu pakai dekat hotel tu itu adalam warm white light, warna pun lebih kearah keoren orenan. Lampu tu sangatlah tak sesuai untuk seseorang melakukan kerja dekat. Korang kalau stress stress duk umah study week nanti lepas tu beralih arah nak habiskan study week dekat hotel dengan harapan dapat fokus dengan cemerlang. Plis jangan. Nanti bukan korang yang baca buku, buku yang baca korang. Haha. 


Alhamdulillah. Mukadimah ilmiah untuk entry kali ni. hehe. Berbalik kepada topic asal entry. HORMAT. Isu yang sangat sensitif bagi sesetengah orang. Aku perasan sekarang makin berteknologinya dunia, makin hilang ketamadunan masyarakat, makin merosotnya sisi hormat dalam diri masyarakat. 


Semalam yang semalam aku pergi ke salah sebuah pasar untuk membeli air pesanan daripada rakan sekelas. Aku cakap la dekat pakcik, "nak bungkus air satu.". Kemudian dia bagi aku dalam kuantiti yang banyak. Walhal aku nak yang bersaiz biasa je. 
"Eh, pakcik saya nak bungkus tapi nak yang saiz biasa je."
"Saiz biasa tak boleh bungkus, kena minum terus."
"Tapi ni kawan saya yang nak."
"Kalau saya mintak 10sen dekat awak untuk bungkus ni dekat awak, awak sanggup bayar? mesti taknak kan?" sambil bersuara agak kuat la bagi aku. 
"Kalau pakcik tak nak bagi plastik takpe saya pegang pakai tangan saya je jangan cucuk straw lagi. ni kawan saya punye."
"Hahhh, tahu pun tak sanggup kan. " Laju pakcik tu nak cucuk straw jugak dekat air tu. 
"Pakcik, ni kawan saya punya laaa." Dengan pantas aku halang pakcik tu. 

Ya Allah, apa masalah pakcik ni. Macam ni dia layan customer? Ya Allah, dalam banyak banyak kedai aku pilih kedai dia sebab dia nampak macam baya baya ayah aku. Ingatkan layanan yang diberikan tu macam anak dengan ayah la. rupanya hambar. Sakit je yang dapat. 

Aku doakan semoga pakcik ni diberikan ketenangan hati supaya tak lagi marah marah dengan customer. Semoga aku orang yang last, pakcik beri layanan tersebut. Sedih tau diperlakukan sedemikian rupa depan orang ramai. Hak pembeli diperkotak katikkan. 

Assobarulminnal imaann."Sabar itu sebahagian daripada iman."


JOM jadi orang orang yang sabar! =))

Sekian, 

No comments: