Pages

Monday 2 May 2016

Kisah konvo GBM

Alhamdulillah setelah tertunggu berbulan bulan lamanya, semalam merupakan hari terakhir konvokesyen day kali ke-84 yang berlangsung di UiTM Shah alam yang melibatkan fakulti perubatan, fakulti pergigian, fakulti sains kesihatan dan fakulti farmasi. Tarbiyah sabar buat anak anak graduan UiTM. 8bulan kerja + sebulan mengganggur baru diberi peluang untuk merasai naik pentas. Sampaikan yang single dah pun berdua, yang berdua dah pun bertiga, yang anak dara dah pun bergelar makdara. Bulan 7 tamat sesi kuliah, bulan 8 menganggur sekejap sebab nak beraya puas puas. hihi. Bulan 8 dapat tahu kakak pregnant, bulan 3 dapat baby. Dan sekarang itu dia makcik GBM in the house. 

Sebenarnya aku pun tak harap sangat sejambak bunga. Jenis dok berahi mane bunge orang ganu kabo. Lebih gemarkan sejambak coklat. Prinsip kenyang perut lebih dipegang oleh seorang GBM berbanding kenyang mata bergambar dengan bunga. Tapi bunga buat bergambar cantik gak ah. Haha.

MasyaAllah. Sedapnya lahai. Duit pun sedap je keluar. haish

Coklat. Coklat. Coklat. Hailaa. GBM always like that la.
Did you know the fact that choclate is the best therapy in handling stress. Nak cakap GBM ni mudah stress je sebenarnya. Haha. Kerongsang hilang pun boleh stress tau. *urut kepala pikir letak mana*. Pastu gemuk salahkan penimbang kenapa setiap bulan bergerak dikedudukan lain. 


Ada jugak yang sudi kasi GBM bunga beserta bebear putih melepak. Terime kasih ler ye. 

Nak balik konvo semalam someone knocking the car window to give something. And it was the t-shirt with  some sweet letters on it. Terima kasih. Rasa macam unik plak konvo dapat hadiah tshirt. Because having tshirt on convocation day is too mainstream. Hurm. 

Dan sipemberi tshirt adalah sama dengan pemberi bunga. 

Kadang kadang rasa macam dalam kisah novel cinta tak kesampaian pulak. Jalan cerita tu tanpa sengaja terselit pickupline yang tak terduga tapi... Ade ke novel cinta yang mengisahkan suka duka pahit manis seorang optometrist? Haha hambar pickupline. 

Nak pakai topi pun seksa sampai merah muka muka. Last skali mintak mak pakaikan. Terima kasih mak. Nasib baik mak ikut datang konvo kalau tak takde orang nak tolong pakaikan GBM topi konvo dan hood yang seksa nak pakai bagi kemas. :')


Gadis disebelah merupakan kakak sehari kite. Sehari je beza tarikh lahir. Kalau mak dia tahan lagi sehari jadi kembar lah kite. Hihi. Terima kasih datang jenguk kakak sehari.



Meet very close person with GBM during the whole session in UiTM. Rakan usrah, rakan classmate, rakan roomate.. Semua dia sapu. Senang dibawa sembang sebab beliau ni pun blogger jugakk. Orang jati key el. Selalu je dapat can jumpa retis retis. Thank you fatin susah senang banyak bantu Kite. Nanti kawen jangan lupa jemputt tauuu. Kalau tak merajuk setahun. Haha


Ootd GBM begitu semangat UITM membara. Ikut warna tema UiTM warna ungu. Maklumlah lepas ni bila pulak dapat masuk UITM lagi. Baju GBM disponser oleh mak sedara, shawl pula disponser oleh kawan baik GBM; ibu wani, dan kasut ditaja sdn.bhd oleh GBM dibeli dua hari sebelum konvo. Selepas dipaksa beli oleh staff staff satu kerja. Kalau ikutkan nak je pakai kasut kerja tu. Boleh save duit buat pergi umrah hujung tahun ni kan. InsyaAllah. 


Tadi ada aweks call nak datang drop by dekat umah. Katanya nak bagi "something". Sweet sangat aweks dua ketol kesayangan GBM ni. Depa ni memang "sangat membantu" GBM dalam menjaga diet seharian ni. Chocolate lover mana yang tak menggelupur tengok coklat banyak banyak macam ni. Tapi GBM tak makan sekali gus sehari tauu. Nanti tak semena dapat obess. Nauzubillah. Taknakk. Sebulan satu bar choc cukup. Kalau macam dalam gambar ni tolak tambah masa lebih kurang setengah tahun la nak habis. Makan masa stress. Bukan stress untuk makan. Tauu. 

Alhamdulillah tamat sudah kisah konvokesyen GBM kali ni. Terima kasih buat semua ucapan yang baik baik yang diterima. Lusa dah mula kerja. Moga seorang GBM lebih gigih dalam bekerja mencari rezeki nanti hujung tahun ni boleh pergi umrah. Aameen. 

Tahu tak kenapa dulu saya beria nak jadi Optometrist? Supaya saya seorang sahaja yang dapat merawat mata hati awak.
-GBM

*cia cia cia* 
Hahaha hambar. Pickupline pun hambar GBM oii.

Sekian, 

2 comments:

Eyqa Hasnan said...

Salam , hye sis ! Saya tag sis http://eyqahasnan.blogspot.my/2016/05/pencarian-pertama-kali-bloglist-by.html

Nurfatin Atikah said...

Sorry baru blogwalking, hehe.. Thanks mekna for everything, finally kita konvo jugak.. insya Allah nnt kte kahwin, kte jemput, tp kena ambik berkat waktu kenduri mekna nnt, sambil cari jodoh kat sana haha :p