Pages

Wednesday, 27 December 2017

Tips| Waterpark with baby 6months





Awal December lalu aku apply cuti sempena girlfriends dari zaman tadika aku kawen sampailah ke zaman bergelar ibu ni. Hubungan masih intim. Siap ada group wasap sendiri. Gitteww. Haha. Mana taknya kawan susah senang bersama waktu kau terdesak nak kena belajar bawak keta dialah yang sanggup korban masa, tenaga, kereta untuk aku belajar kereta tauu. Waktu aku kahwin pun dia tolong bagi idea gubah hantaran. Nak cut kos, hantran pun gubah sendiri tauu. Sebab tu aku tak tergamak untuk tidak menghadirkan diri melihat lafaz akad sakinah seoram ciktin ni. 



Ciktin already taken!!
Yeayy. Alhamdulillah finally Ciktin dah selamat dah. Welcome to the club ciktin. (Club resepi memikat suami soleh.) gittewww. Hihi. Tu tengok seketol Hana tu. Dia excited tengok bunga ciktin. 1minit sebelum kejadian dia merampas bunga. Haha. 




Kasi can pengantin setahun nak bergambar jugak. Maafkan pakaian informalku. Tak sempat balik rumah baru sahaja musafir dari Kelantan ke Kuala Berang. Jadinya berpakaian musafir jelah ibu ke majlis akad nikah ciktin. Halallahhh kann. Majlis akad nikah malam. Takdak sapa tengok aihhh. Haha :p

Ibu berpakaian sedondon dengan cikrah dan cikmas.
Sebahagian daripada Geng geng Generasi Ribenaku sewaktu di sekolah menengah. All already taken dah. InsyaAllah bakal Ibu mithali semuanya ya. InsyaAllah. Aameen. Disebabkan cuti aku selama 6hari diluluskan dengan jayanya so lepas join kenduri ciktin tu, aku dengan suami plan nak berbabymoon dengan Hana sekali di Gambang Waterpark. Maklumlah sejak pregnantkan Hana sampai dah Hana berusia 6bulan lebih ni tak pernah lagi ibu join venture ngan ayah main slide tinggi tinggi. 

Aku ajak mak ayah dan family yang lain sekali. Maklumlah lama betul tak bersua muka nak lah spend time masa sama sama suka bergelak tawa dalam ayaq sekali. Hihi. Alhamdulillah kebetulan pulak rezeki mak ayah dapat bilik percuma dekat Arabian Gambang Resort. Murah rezeki mak ayah dan adik adik. Boleh join main air ramai ramai. 

Kemain posing tuuu.

Tengok tu ayah Hana posing kemainnn ko jahh. Macam justin bieber lah abee. Ilapulahh. Muach.

Hana with her cousin: Aryan and Gibran
For the first time Hana have fun with her cousin. Sebelum ni jumpa time aku masih dalam pantang. Hana kecik lagi tak boleh nak main sama sama. Sekarang Hana dah 6bulan dah boleh join group main masak masak dah ngan abam Aryan dan abam Gibran. haha



My small family. Alhamdulillah mak ayah dah dikurniakan 3cucu. 1 lagi will becoming early of Jan. Im very excited knowing that the baby might be a girl. Sama jantina ngan Hana. Yang sebelum ni dua lagi tu cucu lelaki dua dua. 

Bawak anak seawal usia 6bulan ke waterpark ni bukanlah sesuatu yang mudah tauuu. Dua minggu sebelum kejadian aku ada beli pampers for swim yang waterproof punya. Yelah kita duk tempat awam hygiene nak kena jaga. Murah jaa. Rm4++ sekeping tak silap aku. Beli dekat shopee murahh. Aku beli dua satu lagi untuk sepupu Hana yang usia 11bulan.

Waktu terjun kolam tu Hana awal awal tu dia nangis mungkin sebab terkejut first time main air tempat besar macam tu. Mula mula tu macam kekok sikit la sebab first time kan. Agak lama jugak nak pujuk Hana bagi emosi dia stabil balik. Last last dia tertidur lepas menyusu. Waktu dia tidur tu mak sukarela nak dukungkan Hana. Aku dengan suami pun apa lagi take for granted lah kan. 

Naik slide yang tinggi tu bagai nak giler menjerit. Seram giler. Lepas tu main pulak slide yang macam surfing tu curam loncat loncat tu. Memang histeria betul. Tak sanggup dah aku nak hadapi untuk kali ke dua. 

(Credit pic: hotel.mtravelclub.com) 

(Credit pic from AzuanZahdi)
Slide yang ni lah aku cakap tu. Suami dan adik adik aku ajak main. Kalau depa ajak aku main lagi sekali memang tobatlahom aku tak mau dah. Serik dah tauu. Ya Allah.. ngeri betollll!

Ibu dan Hana

Masa ni Hana dah cool dah. Tu dia boleh senyum dah. So apa yang aku dapat simpulkan disini buat ibu bapa yang nak bawak baby:

1. Pastikan beli pampers baby for swim yang waterproof. Kebersihan kena jaga. Baby selesa kebersihan awam pun terjamin.

2. Mandi mandi jugak tapi elakkan anak kelaparan. Timing untuk dia minum susu dan dia tidur penting tau. Barulah mood dia elok.

3. Bawaklah ahli keluarga yang lain bersama. Boleh gilir gilir pegangkan baby waktu kita nak main air jugak. Macam aku gilir dengan mak aku. Takdelah aku dari awal sampai akhir aku bagi mak jaga. Lepaskan teringin je main slide lepas turun slide sambut Hana balik. Kesian mak nak jugak merasa main air. 

Oh ya sebut pasal main air, teringat pulak mak ngan suami aku main slide guna pelampung tu dua orang. Mak dengan muka takutnya. Haha. Lucuuuuu betolll. 

Apa apapun semuanya berlangsung dengan seronokk sangat. Cuaca pun baik sepanjang tu. Aku risau jugak hujan. Takot Hana demam. Tapi Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. 

InsyaAllah ada rezeki kita bercuti sama sama dengan tempat yang lebih menarik. InsyaAllah. 


Time with your family is very priceless. Hargai. Tanpa mereka siapalah kita. 

My beloved Ayah and Mak. :)

Sekian,