Macam nie kisahnya. Tiba-tiba hari ni terbukak hati nak bukan email sendiri.. huh. bukan men belambak email masuk. Bukan ape pom notification dari FACEBOOK je yang banyak. Selak punyer selak baru terperasan banyak jugak email yang mak kiter antar. Email yang penuh dengan MESEJ dan NASIHAT yang berguna. Yang ni lah antaranya...
JANGAN dan JANGAN...
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Gambar hiasan |
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
untuk hamba ciptaanNya.
(p/s: renung-renungkan dan selamat beramal... ^_^ )
Thanks to my mak.<3
5 comments:
nice...byk jugak ilmu yg sy dpt hari ni..jangan, jangan n jangan..hehe..bagus..
a'a. kite pun br terbace hr nie.. hehe. JANGAN3.^_^
nice entryy...amboiii,bila en. 'abg' email bru nk bkak..bila 'mak' hntar bru skrng nk bkak kn??
hahaha...bgus3 ^^
baru terbaca.,huhu
jangan3 la jgak..^^
cik abg mane plak ni.. kite ada kakak je taw 2ketoi. xbek buruk sangka taw
Post a Comment