Pages

Saturday, 23 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF..AKU UMPAMA !


Klik header untuk join.
Aku memang tidak dilahirkan sebagai budak pandai.. aku juga tidak dilahirkan untuk menjadi seorang yang kuat... Sejak kecil aku tidak dibenarkan melakukan aktiviti berat.. Hidupku dipenuhi dengan pantang larang.. Aku tak boleh makan asam, tak boleh sentuh makanan sejuk, tak boleh duduk dalam bilik aircond lama-lama, tak boleh duduk dalam tempat berdebu, tak boleh melakukan aktiviti lasak...malahan aku juga tidak dibenarkan ketawa kuat-kuat. Pada awalnya memang aku tertekan.. Itu tak boleh..ini tak boleh... Aku putus asa..Tertekan!!! Di fikiran aku mula berfikir yang negatif..

Sehinggalah suatu hari tu aku ternampak sesuatu yang pelik. Aku ternampak seketul benda kecil berwarna putih bergerak mengikut haluannya.. Aku perhati dan terus perhati..semakin dekat dan dekat... Rupa-rupanya benda putih itu digerakkan oleh seekor semut. MASYAALLAH... Sekecil semut boleh membawa bebanan yang 1000 kali ganda lebih berat daripada dirinya.. Begitu gigih sekali si kecil ini membawa bebanan di atas belakangnya.. Kalau serangga itu boleh gigih berjuang demi mendapatkan secebis makanan untuk hidup..Kenapa tidak aku?? Aku yang beribu-ribu kali lebih besar dari semut tersebut tak kan boleh menyerah kalah dan berputus asa begitu sahaja kan...Aku mula sedar..aku perlu kuat untuk mengharungi semua ini.. aku tahu semua yang ditentukan oleh-Nya pasti terselit 1001 hikmah. Sejak dari itu aku terus berjuang dan berjuang.. Dan sekarang syukur Alhamdulillah...penyakit aku pun kembali sembuh..walaupun tidaklah 100%.. aku tetap bersyukur.. Dan prestasi aku kembali meningkat dari hari ke hari, mingu ke minggu, dan tahun ke tahun.. Terima kasih Ya ALLAH kerana telah menjadikan sekecil-kecil serangga di bumi ini. 

Mulai dari peristiwa tersebut aku umpamakan diri aku sebagai :

Semut
Tidak senang untuk senang, dan tidak susah untuk susah. Hidup ini perlukan pengorbanan. Bagaimana si semut itu gigih untuk menyara sebuah kehidupan..Begitulah aku perlu gigih demi masa depan aku yang akan datang.. 

(p/s: kadang-kadang terpaksa jugak bunuh semut guna RIDSECT. Menyemak sangat kat dapur... sampai makanan orang pun dia nak curik. mana aci macam tuh.  hehe..PEACE YO! )

Sekian,

7 comments:

Sheila Adziz said...

salam kenal... nice entry... 4lo u...

http://putributterflypunyablog.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-cari-blogger-kreatifaku.html

Azzah said...

menarik..menarik..dari segmen sama.. http://sayurlemak.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-cari-blogger-kreatifaku.html

Nurul Iman said...

wahaha ~~ kreatif-kreatif :) btw , i folo u ~

jom terjahh sini : aku umpama camera kale pink !

Unknown said...

kuatnye semut ni.. hehe

AKU UMPAMA SEBATANG PENSEL, ORIGAMI ROS DAN SEHELAI KERTAS!
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-cari-blogger-kreatifaku.html

atien said...

best sgt..

Gadis berkaca mata said...

Thanks..Shaye budak baru belaja. :)

NuramieHz said...

terharu la pulak..huhu