Pages

Sunday, 31 July 2011

Mak Uni tak nak puasa esok..Uni puasa hari Selasa boleh??

'Mak  boleh tak uni tak nak puasa esok? Uni nak puasa hari Selasa..', si Montel aka si Mekni. 'Manyak cantek muka hang..!! nak main tunda-tunda puasa pulak. Ni belajar dari mazhab mana main postpone puasa bagai!' padan muka kan dah kena marah di shaye. Mak shaye cakap pada dia 'Trylah bangun sahur dulu esok..try puasa esok..jangan nak ponteng puasa je..kat sekolah bukan kantin bukak pun' *lembut pulak mak aku nih berkata-kata.. Ni mesti takde kerja lain... Nak mencekik lah tuh! Dah lah badan 'kecik' macam anak gajah. Bukannya nak berlatih puasa awal-awal. Kerjanya nak membulatkan badan je 24hours.!!!


Tapi tadi kan...kami 1 keluarga... except adik shaye yang duk asrama dengan kakak shaye yang sedang belajar di Institut Perguruan Dato Razali Ismail berjaya menunaikan solat terawih 20 rakaat di surau yang hanya beberapa 'inci' dari rumah kami... Mungkin perkara ni dah biasa buat ayah,emak dan kakak sulungku.. Tapi tak pada shaye.. Bukan tak pernah langsung sembahyang terawih 20 rakaat..tapi jarang-jarang je lah.. Tahun lepas langsung tak pernah buat langsung 20 rakaat tau! Bukan tak mahu..Niat tu ada.. tapi nak buat macam mana.. hari puasa last baru sempat balik rumah. Tu nasib baik sampai rumah hari last puasa..bukan hari first raya.. Kalau tak..menanggis airmata darahlah shaye jawabnya..!! Jadi..sepanjang bulan ramadhan tahun lepas shaye menunaikan solat terawih di MASJID KHULAFA AR-RASYIDIN yang terletak dalam Kolej Matrikulasi Kedah. Mereka hanya sempat melakukan solat terawih untuk 8 rakaat cuma.! Sebab kami perlu berada didalam bilik masing-masing sebelum pukul 11malam. Pok Gak bekeng wohh!!! Takot den. *pok gak versi wanita. muahahaha.. Alhamdulillah..yang paling membanggakan pada hari ini..adik perempuan shaye yang berusia 11tahun dan 7 tahun itu juga berjaya menunaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat. Mula-mula mereka merungut juga sebab mereka mengantuk katanya. *alasan je.. balik je rumah mencekik balik. bukannya tidur pun. Apa-apapun..shaye bangga dengan mereka. Shaye pun tak pernah solat terawih sebanyak 20rakaat dalam usia 7tahun. Tak sangka..Mekni Bulat dan Mekwa Cekeding seorang yang CEKAL melawan asutan rakan-rakannya yang sedang bermain di saff yang paling belakang.!!! Well DONE for the first time!!! Keep it until the last day yup!!!
^_^

(p/s: esok dah mula bersahur..rindu nak bersahur kat rumah!!! tahun lepas tak sempat nak bersahur kat rumah pun! T_T )

Sekian,

4 comments:

Shuk_ArChie said...

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak :)

Nor Shazana said...

thanks. U too. Salam ramadhan.. :)

atien said...

waaaaahhhhh.hebat la mekwa n mekni....

Nor Shazana said...

hehe..hebat dipaksa. :)