Pages

Monday, 18 July 2011

Medical Checkup punye pasal






Hari ni setelah hampir 3 bulan jadi penganggur sementara dirumah, buat pertama kalinya aku bangun seawal jam pukul 5pagi. Semuanya gara-gara persiapan nak masuk U. Kebetulan my mom memang kerja dekat hospital bahagian teknikal. Jadi senang lah nak buat appoiment untuk Medical Checkup nih. Punyer lah awal dia buat appoiment...7 pagi kot. Tapi takpe lah. Tak jadi masalah sangat..Sebab memang masa dekat matrik aku bangun lagi awal dari tuh. (ikot mood jugak. Kalau terlebih rajin..pukul 7 baru bangun. =p )

KRINGGG!!! Bangun-bangun. (Eksyen
kamen betol minah ni... jam loceng
pun aku takde. huhu) 
Okeyh. Dah sampai hospital.. First giliran tuh. Pergghhh.. (Bangga sposen. muahahaha.)

Berat: 5* , Tinggi: 160.
Okey lah tuh. tak termasuk golongan obesiti lagi kot. Insyaallah.. ^_^. 

Ujian penglihatan sudah, ujian gigi pun sudah. Tinggal ujian 'jus' dengan ujian sinar-X. Ujian penglihatan ni dah biasa sangat dah aku buat... nak buat macam mana memang dah rutin orang bermata empat kan. Ujian 'jus' dengan ujian sinar-x ni aku tak biasa sangat. Mase zaman kecik-kecik dulu pernah lah.. Hehe. Dah besar-besar ni jadi malu lah pulak. Yang paling aku malu nih mase ujian 'jus' tuh lah. Fuh. Dah lah aku nih orang first. Tandas pulak punyer lah 'dekat'. Laluan sepanjang nak ke toilet tuh pulak penuh dengan orang awam. Tak jatuh mana lah saham aku jawabnye. Nak boleh bawak bekas 'jus' tu sampai ke nurse ibarat 1 kilometer jauhnya. Aku pun buat-buat selamba jelah....berlagak macam model tuh. 


Dah lepas bahagian ujian 'jus' nih... sekarang tinggal ujian sinar-x. Ujian sinar-x nih takde masalah sangat.. Sebab doktor yang handle tuh. Kawan mak aku jugak. Overall pukul 10pagi semua dah settle. Tinggal nak kena dapat pengesahan dari doktor je lagi. Kena ambik no.giliran baru. Ni yang paling leceh nih. No.giliran yang aku dapat 00097. No. yang dipanggil sekarang 00067. Pergghhh...Lama lagi kot. Aku bab-bab nak tunggu lama-lama nih yang paling low nih. Mak aku pun dah blah nak masuk office dia..tinggal aku sorang-sorang kat situ. Tiba-tiba teringat plak apa  Sir yang mengajar aku Bi cerita 'Saya boleh duduk kat atas kerusi dalam shopping complex selama 3 jam..sebab saya suka tengok gelagat orang yang lalu lalang depan saya'. Aku pun apa lagi. Try lah 'Hobi' Sir aku tuh. Menjadi jugak. Takde lah mati kebosanan sangat aku nih. Sambil-sambil tengok orang aku berbalas mesej dengan kawan aku. 

00097 bilik 5
Eyh. macam kenal la pulak no.tuh. Aku pun tengok lah kertas kat tangan aku. Uisyhh..tuh nombor aku lah. Macam mana boleh tak perasan nih. Dengan kelam kabut, henset masih ditangan aku masuk bilik 5 seperti yang tertera di skrin. Aircond bukan main kuat..tapi aku yang kat dalam bilik tuh boleh pulak berpeluh. 'Simpan henset tuh, keluarkan semua borang-borang awak'... Mak aihhh. Garangnya. Sorry la nurse. Saya tengah gambra ni.. T.T . Mak aku dah lah dah takde. Tinggal aku sorang-sorang kat sini. Nasib baik doktor senyap tak cakap apa-apa. 
T.T

Dah selesai pun.. Lega!!! Sebelum keluar bilik dari tuh aku ucap terima kasih kat Doktor dan Nurse tadi. Haah...boleh pulak nurse ni senyum. Sejuk hati tengok dia senyum. 'Jangan marah-marah lagi ye nurse. Saya jadi gabra tengok orang marah-marah nih..'. Aku pun keluar dari bilik pemeriksaan doktor dengan hati yang GEMBIRA! ^_^


Sekian,

10 comments:

kisah gadis stay up late said...

ujian jus gitu...
hahhaha..
takut jugak nkp buat esok ni..

huhh -.-

Nor Shazana said...

kontrol malu lah... :p

Anonymous said...

sies xphm ujian jus tu hape...
hahahaha......:p

Nor Shazana said...

ades. no komen~ =p

atien said...

aduuu mekna...td sy ngn mirah xyah kate r mase wat ujian jus owr...

susuk dlam beg pah jus tuh nk kabo v...malu gla2...dh la ramai org mase tuh

Nor Shazana said...

tuh kate. doh lah saye org first. pagi2 bute mitok JUS SEGAR doh. malu deh. huhuhu. =p

HaNa Hani said...

haha...hana dlu nebes nak wat ujian xray..mane x nye!
yg handle trainer...laki plak tuh
muda+hencem= gabra 2 3 mcm...
kahkahkah
^_^

tamlegend said...

dah nak check in ke puncak alam la ni..hehe

eB ezrin said...

singgah dari blog effa curio @ http://emogurlz-emolovers.blogspot.com/
& polo... jom polo me back :)

Nor Shazana said...

Hana: Laki? OMG. Siyes malu kalo laki yang buat

Tamlegend: Hehe..ye la kot. xcited maa..:)

ezrin: insyaallah. :)