Pages

Tuesday, 26 July 2011

Tahukah anda kesan kepada pemakanan telur..?

Telur CHICKEN

Aku geram tengok adik aku si montel ni asyik makan telur je hari-hari... Dah lah badan tu macam anak gajah rupanya.. Tiap kali nak makan nasi mesti nak telur (malam je dia makan nasi...siang dia diet..) Lepas tu aku pergilah minta bantuan daripada EN.GOOGLE mengenai kesan daripada pemakan telur secara berterusan.. Tahu apa yang aku dapat??










1. Sebiji telur sehari membantu mengelakkan penyakit mata (makuladegeneraton) kerana kandungan karotenoid yang mudah didapati di dalam telur.


2. Telur juga mengelakkan penyakit katarak  mata kerana kandungan lutien dan zeaxanthin..


3. Sebiji telur juga mengandungi 6 gram protien berkualiti tinggi dan 9 keperluan asid amino.



4. Menurut kajian Harvard Medical School, tiada sebarang kaitan berkanaan pengambilan telur dengan penyakit jantung.. Sebenarnya pengambilan telur secara teratur membantu mengelak darah beku, strok dan jantung.


5. Sebiji kuning telur mengandungi 300 mikrogram Choline iaitu nutrisi penting yang membantu mengawal otak, sistem kardiovaskular dan sistem saraf.


6. Telur juga terdiri daripada lemak baik.. Sebiji telur hanya mengandungi 5 gram lemak dan 1.5 gram lemak tepu.


7. Kajian terbaru menyangkal kepercayaan bahawa telur penyebab kolestrol tinggi.. Sebaliknya, memakan telur setiap hari tidak akan menjejaskan kesihatan kerana lemak pada telur adalah lemak tepu.


8. Telur adalah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D secara semula jadi.


9. Telur juga berkemungkinan membantu dan menghalang kanser payudara kerana menurut kajian, wanita yang mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu mampu merendahkan risiko penyakit itu.


10. Telur juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat kerana mengandungi sulfur, vitamin dan mineral yang tinggi.


One word.. Jeles weih...!!!!! Aku punyalah 'jaga kesihatan' makan telur sebulan 1 biji cuma. Tup-tup maklumat ini yang aku dapat. Yang statement no.9 paling aku terkezuttt badak...'mengambil sekurang-kurangnya enam biji telur seminggu'.!!! Aku pergi marah adik aku si montel yang duk makan telur hari-hari rupa-rupanya aku yang kerugian besar.!!! Huhhh!! Gila terkejut bila baca nih. Dulu masa kecik-kecik dulu mak sedara aku cakap makan telur boleh jadi gemuk, kolestrol tinggi.. Tuh yang aku 'histeria' nak sentuh benda bujur nih selalu. Aku rasa ni mesti mak sedara aku jeles sebab masa kecik-kecik dulu aku suka rembat telur ayam dia. Tu yang duk bagi statement 'maut' kat aku nih. Adoi~shaye terpedaya lagi. 
HAHHHH..SEMPUT~


(p/s: nanti nak makan telur manyak-manyak.. nak buat roti telur, telur mata kerbau, telur dadar, nasi goreng telur, telur masak lemak, maggi telur dan macam-macam lagi lah.. yang penting semua nak telur! =p)


Sekian,

3 comments:

asnizaziz said...

haha..sabo jela..lepas ni..jangan terpedaya lagi :D

amirah said...

nk mkan telur gak r..haha
copy menu dier..

(p/s: nanti nak makan telur manyak-manyak.. nak buat roti telur, telur mata kerbau, telur dadar, nasi goreng telur, telur masak lemak, maggi telur dan macam-macam lagi lah.. yang penting semua nak telur! =p)

hahha

amirah said...

(p/s: nanti nak makan telur manyak-manyak.. nak buat roti telur, telur mata kerbau, telur dadar, nasi goreng telur, telur masak lemak, maggi telur dan macam-macam lagi lah.. yang penting semua nak telur! =p)

hahah...XD