Pages

Thursday, 25 August 2011

Extra Spirit!

Aku tak tahu kenapa aku menjadi terlebih rajin sebegini. Padahal sebelum masuk matrikulasi tahun lepas takde lah beria-ria macam ni sekali. Nak berkemas beg pun begitu payah! Sehinggakan mak membebel baru nak berkemas.Itu yang aku tersangat hairan dengan diri aku sekarang ni. Tersangat Pelik! -.-" Mungkin baru lepas dapat hidayah di bulan yang mulia ni kott. Terbukak hati nak jadi terlebih rajin sebegini. Syukur alhamdullillah... hehe. 



Sejak beberapa hari ni aku tersangat lahh busy dengan 5M. Membersih, Mengemop, Mengemas, Menyusun dan Menge'pack'! Dah macam cinderella sebelum kena sumpah jadi santek dah rupa aku ni hahhh.. Macam-macam kerja aku buat sorang-sorang. Aku ni ada satu jenis penyakit. Tak boleh buat kerja depan orang. Kalau aku duduk sorang-sorang je baru aku rajin. Kalau depan orang ramai aku jadi MALAS! Pelik??? Tak pelik pun... Orang pemalu macam aku ni memang macam ni. Muahahaa..



Membersih,Mengemop dan Mengemas
Yang 3 butir M kat atas ni aku duk sibuk mengemas rumah. Dah aku sorang yang mengganggur kat rumah mak bapak aku ni. Aku jelah sorang yang satu-satunya mempunyai masa yang tersangatt lahh banyaknya! Jadi emak aku telah mengambil kesempatan terhadap aku untuk melakukan kerja-kerja seorang HOUSEWIFE. Syurga terletak bawah kaki ibu bebb. Tak berani den nak melawan.. So aku buatlah semua tu.. Bermula dengan menyapu kesemua lantai..Mengemop lantai bagi sekilat mungkin dan Mengemas semua perabot-perabot. *Kalau takde orang nak datang beraya jugak rumah aku ni tak tahu laahhh.. Mahu menangis duapulohempat jamm aku..T.T Penat!!! Tersangat Penat!!! Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Aku tabik spring kepada semua surirumahtangga di seluruh dunia. Sesungguhnya..kerja seorang surirumahtangga itu tersangattt lah payahhhnyaa!!! Sampai peluh menitik-nitik aku dibuatnya. =.="


Menyusun dan Menge'pack
Yang ni memang dah aku wajib buat. Lagi beberapa hari aku perlu mendaftarkan diri di salah sebuah universiti tempatan. Kalau tak buat siapa lagi nak tolong kemaskan..kan?? Sebahagian pakaian dan barangan peribadi telah selamat aku kebumikan dalam bagasi hitam.. Yang sebahagian lagi aku dah tak tahu nak kebumikan kat mana. Mati akal dah aku buatnya. Sekali aku bukak balik zip bagasi hitam tu mahu tak tersembur barang-barang tu atas muka!!! -.-" Dan disebabkan mood extrraaa kerajinannn aku yang terlampau tu.. Aku tak ubah menjadi seekor kucing hitam yang sedang menyelongkar sampah sarap. Ehem-ehem...!!! Tapi aku takdelah menyelongkar sampah sarap tau. Nanti orang ingat aku orang kurang siuman pulak!! Aku selongkar kotak yang mengandungi 'khazanah' kakak aku ni hahh..



Tersangatlah manyaknya!!! 

Dah macam budak baru reti mengeja je aku nih. Jakun bebenor! Belek punya belek... Satu hape pun aku tak paham buku-buku ni bleteq apa! @.@. Mak aku yang terlebih kasi semangat pada aku. Ni lah padahnya! Dah habis kudrat aku salurkan untuk menjadi 'seekor kucing hitam'! Haihh.. Mak aku siap kasi list syllabus kaw-kaw punya! Daripada sem1 hinggalah sem8. Bagus betul mak aku nih. Muahhh! LIKE 1JUTA lah mak!!!
 Bagi sesiapa calon student OPTOMETRY jugak boleh lah tengok di link ni... http://www.wbut.ac.in/syllabus/B.Optometry_Syllabus_upto_8th_Semester.pdf


Exercise tengkuk skit yer. Malas nak rotate. ^_^


VISION. What is VISION?? Hurm...VISION is... hurm.. Rasanya dah pernah belajar masa form5. Isyk. Apa eyh?? Haihhhh.. tak ingat leww pulak. -.-"


Buku ni aku rasa patot masuk
MALAYSIA'S BOOK OF RECORD!
Buku ni paling berat yang pernah aku jumpa. Mahu tak semput sebulan kalau hari-hari duk dokong ke buku ni. Aku tak tahu macam manalah kakak aku boleh bawak buku ni ke kelas. Dahlah isi dalam penuh dengan conteng-conteng dan highlight bagai! Aku dah kompius ni..Perlu ke aku bawak buku ni?? Tapi tengok dari gaya contengan kakak aku ni..macam SUPERB je buku nih. Haihhh..bertambah lagi lah bebanan aku nanti..




Aku suka buku macam ni lagi.. Hehe.. Lebih low class.. Aku kan lebih sukakan 'kesederhanaan'. Muahaha.. *Ye lah tuu.. padahal lebih kepada ke'malas'an yang teramat.  Buku ni EXTRA RINGAN dan EXTRA MUDAH NAK PAHAM! Tak macam buku yang kat atas. Berjela-jela!!! Jenuh nak mengeja satu-persatu.


Buku ni pun okey bahh..
Makkk aihhh.. Manyakknya!!!! Nak pilih yang mana satu nih?? Aduyaiii..fenim-fenim..! Macam ni ke rupa seorang doktor? Anatomy sahaja dah 3 butir..yang lain-lain aku tak tahu lah.. Betullah kata orang...SUSAH-SUSAH DAHULU,SENANG-SENANG KEMUDIAN.. Tapi bukan kalau jadi doktor susah-susah dahulu..kemudian pun kena susah jugak ke?? Al-maklumlah..nantikan nak kena rawat orang..Bukan mudah bebbb!!! Muahhahaha...



Jadi aku pun mengambil kesimpulan memilih yang ni saja.. Bidang aku pasal mata je kan... HEAD,NECK, & BRAIN nak dekat-dekat dengan mata lah tu kan.. Muahaha.. :)

(p/s: Rajin itu bagus.. tapi kadang-kadang terlebih rajin jugak pun susah.. Nanti ada yang tak beraya karang..)

(p/s lagi..: Mood rajin ini semata-mata kerana ketaksuban untuk berayer.. Nanti dah rayer malas pulak nak berkemasnye..=p) 


Sekian,

8 comments:

atien said...

vison is...
vison is.....erkkk..sy pun x taw.
when a light pass trough bla bla bla..straight to da retina..
eyh..nape sy melalut ni..

raya nnti x yah bz packing dh..gud girl la u..preparation awl..like2..

Gadis berkaca mata said...

when a light pass trough retina and then it will be excident with cornea! muahahaha.. betul2.. rayer itu perlu diberi keutamaan selepas puasa! ^_^

Izzat Azhar said...

banyaknye buku....jenuh nak habiskan semua tuh...

SoLy SoLicious said...

paling bosan bila nak pack smua brg buku2..hhuuhuh... buku2 dh la tebal nak mati... kalo sepuloh bijik, mmg lunyai la kotak tu nnti...tak terangkat...hhahaha

Gadis berkaca mata said...

tulah pasal. aduyaii..demi cita2 yg tinggi perlulah hamba mengorbankan diri. cewahhh!! hehe. ^_^

NuramieHz said...

manyak ngat buku nk kelek g kelas ekgi tuh..naek trun tngga pnjang tu ag..hehe

Gadis berkaca mata said...

tu kate.. kalu xbowok kan kene beli plok.. kalu bowok kang..berat plok. xtau antara dua dah.. =p

Gadis berkaca mata said...

tu kate.. kalu xbowok kan kene beli plok.. kalu bowok kang..berat plok. xtau antara dua dah.. =p