Pages

Friday 28 October 2011

Kesilapan mengcekam diri!



Hari ini aku benar-benar sentap.. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi seteruk ni?? Apakah sebelum ni aku memang teruk?? Arghhhh.. Maafkan aku! Maafkan aku! Maafkan aku!!!!


Hari ni aku terasa sangat letih.. Aku tak tahu puncanya.. Tak cukup tidur atau terlebih tidur? Entah lah! Tak sempat nak kiroww.. Tapi kelas aku habis awal hari ni! Pukul 1.20 dah boleh balik bilik.. dan aku boleh zzzzzzz dengan lenanya.. Tapi itu mimpi!!! Terlalu banyak sangat kerja yang ditundakan inilah padahnya! Sebelum balik aku perlu menyiapkan lab report OPTIC untuk di hantar pada hari ini jugak. Selesai semua barulah aku boleh balik.. Around 2.30pm... balik bilik solat zohor dan siapkan diri untuk menuju ke bilik study yang terletak berhampiran dengan kediaman aku. Khidmat aku diperlukan untuk memberi  tunjuk ajar. Around 3.10pm aku sampai sana..

Buku di buka dan soalan mula diajukan...  tapi disebabkan virus yang menyerang kepala aku yang menyebabkan aku tak dapat berfikir dengan betol! BLUR!!BLURRR DAN BLURR!!!  Arghhhh.. teruknya!!! Kenapa Wahai anak EN.MOKHTAR?? Kenapa begini??!!!  Kesian kawan aku.. Blur jadinya.. Takpe-takpe.. aku tetap akan cuba sehabis baik untuk berkongsi segala ilmu yang aku tahu.. Aku TETAP akan CUBA sehabis baik!!! Insyaallah.. lepas ni aku buat preparation lebih baik.


Around  5pm kitorang pulang ke bilik masing-masing.  Ikutkan hati memang nak lelap terus bila sampai je bilik.. Tapi aku teringat pulak kata-kata ustazah sekolah menengahku “Tidur selepas asar tak elok.. Cukup 44 hari awak tidur lepas asar..insyaallah ingatan dan kewarasan awak pun akan terbang jauh dari awak..” Huh.. naya-naya!!! So, aku pun pergi siapkan diri dan menunaikan solat asar.. seusai solat aku pun bukak lappy.. teringat pada nota yang di beri oleh Prof Anatomy tengah hari tadi.. 

Aikkkk..!!! Apasal semua file dalam pendrive aku jadi shortcut ni? ARGGHHHH!!! TENSIONNYA!!!! Lepas satu..satu masalah datang..  Ni mesti kes pendrive ku diserang virus masa print dekat kedai photostad bawah. Haihhh!!! Diatas ke’sabar’an aku yang memang tahap gaban aku pun terus klik button ‘FORMAT’ dan...dushhhh!!! Semua file leyap! Fuhh!! Lega... kosong-sekosongnya! Padan muka ko virus!!! Nyah pun!!!  Lepas ni dah tak nak print kat situ lagi! NEKAD!!!


 Dan selepas pada incident tersebut berlaku lagi satu incident yang paling teruk aku rasakan!!! Arghhhh.. menyesalnya!!!! Ya ALLAH ampunkanlah dosa hambamu ini.. sesungguhnya hambamu ini tidak menyengajakannya....



(p/s:  Aku tak tahu kenapa aku begitu teruk.. Apakah kerana tragedi 2 hari lepas??? Hurm....)


Sekian,

2 comments:

SoLy SoLicious said...

same la.. dh 2 pandrive kite jdik shotcut..geram yg amat cc xbtgunggjwb tu

Nadia said...

gbm sihat x?ke GBM mmg tak cukup rehat??
take a rest dear..:)

new entry ::

Review Real Steel ツ

new entry :: Photoshoot ツ