Pages

Thursday 19 January 2012

Bercerita tentang A and F

Suatu ketika dahulu beliau pernah menjadi pujaanku. Tutur katanya membuatkan aku tertarik kepadanya. Kemunculannya di layar televisyen sentiasa dinanti-nantikan olehku. Arghhh..aku benar-benar jatuh cinta. Jatuh cinta akan perwatakannya. Jatuh cinta akan setiap petahnya! Palingku tunggu-tunggu adalah apabila rancangan Malaysia Hari Ini bermula. Aku sanggup bangun seawal 6 pagi dan tercongok depan TV semata-mata nak tengok beliau. Comel sangat! Masa kecik-kecik dulu aku memang berangan nak masuk tv nak jadi pengacara jugak. Itu pun sebab aku tengok rancangan MHI ni lah. Aku rasa macam best je bila tengok orang bercakap depan kamera. Lepas tu mulalah aku try cakap sorang-sorang depan cermin. Masa tu aku kecik lagi, jiwa kanak-kanak! So orang takde hak nak tentukan sama ada aku waras ke tak. muahaha.. 



Tapi itu dulu, sekarang saya dah jadi budak malas. Saya minta maaf, bukan saya dah tak sukakan dia.. Tapi masa yang selalu mencemburui saya. 'Dia' paksa saya tidur lewat-lewat malam, lepas tu bangun pun lewat-lewat pagi. Tapi, jangan salah anggap tau.. Saya tetap tak lupa dengan tanggungjawab saya pada DIA YANG SATU. Selepas siap melaksanakan apa yang patot, katil seolah-olah menarik saya kembali. Saya kalah! Kalah dengan hasutan syaitan! Astaghfirullahalazim.. terukkan saya ni... Sebab hasutan itulah saya tak dapat tengok rancangan kegemaran saya lagi. Frust menonggek saya tau. Dah lebih kurang 2 tahun saya tak tengok awak dekat TV tau. Raya hari tu pun saya tak tengok! Isyk. ruginya!!! Tak dapatlah saya nak tengok rupa awak yang terbaru.. Masih slim atau dah semakin berisi kah? hehe.. 




Yang terbaru saya dengar dia dah nak kahwin. Yelah..umur macam dia tu dah boleh jadi bapak orang dah pun! Masa ayah saya seumur dengan dia sekarang ni dah ada 3 anak tau. hehe. Saya memang teruja nak tahu siapa gerangan yang bertuah yang bakal menjadi teman hidup si dia ni. Lagi-lagi bila saya dapat tahu pasangan dia ni pun berasal daripada Terengganu. Uisyhhh.. lagilah meronta-ronta saya nak tahu!!!



Masyaallah, Cantiknya ciptaan-MU. Terpegun aku melihatnya. Aku jatuh cinta! Sekali lagi aku jatuh cinta! Kali ini bukan jatuh cinta dengan perwatakan atau rupa paras..tapi aku jatuh cinta dengan penulisannya. Ya! Aku jatuh cinta pada penulisannya yang bisa membuatkan hati orang yang membacanya tersedar dari lamunannya.Ya ALLAH, betapa kagumnya aku terhadap insan yang bernama FARAH LEE ni. Walaupun berada jauh daripada tanah air, beliau tetap tidak lupa akan asal usulnya, dan masih menjaga batas-batas bagi seorang muslimah. Setiap patah pada laman KunfayakuN ini, pasti menyentuh tentang hakikat sebenar kehidupan yang berlandaskan Syariat yang sebenar. Kagum!







Akhir kata dari saya sebagai seorang peminat, saya harap semoga awak dapat jadi suami yang baik kepada Farah Lee. Saya tahu dia budak yang baik. Seorang comel, seorang lagi cantik. Macam pinang di belah dua! Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya. Amin... 

Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Selamat pengantin baru.
Farah Lee& Ally Iskandar



P/s: pernah jumpa Ally semasa Islam Hadhari kat muzium Kuala Terengganu semasa berumur darjah 5 kot.

Sekian,

No comments: