Pages

Friday 20 January 2012

Hargailah mata anda.

Mata aku memang boleh di kategorikan sebagai mata yang manja dan sensitive yang terlampau. Kalau selsema, mata aku yang berair lebih. Kalau petanda demam, mata aku juga yang mula-mula memainkan peranannya. Berair, merah.. Kalau nak tahu tempat berdebu? senang! Mata aku berair tu.. itulah petandanya! 


Semasa first masuk UiTM PALAM, ramai lecturer yang tanya.. Kenapa pilih Optometry? Kenapa tidak pilih farmasi ke doktor ke? Aiseyman!! Bukan tak pilih.. pilih lew..siap first choice lagi. Cuma rezeki lebih kearah Optometry kot. Alhamdulillah...kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukannya. Ye dak? hehe ^_^


Tapi dulu masa aku form4 & 5 memang aku bercita-cita nak jadi seorang Pakar Mata. Sebab masa sekolah menengah mata aku selalu merah-merah konon-konon kalau aku jadi Pakar Mata nanti aku boleh tahu punca mata aku ni merah. Heboh satu sekolah cheq habaq mai. Siap tulis kat buku besaq-besaq. "GBM *bukan nama sebenar BAKAL MENJADI PAKAR MATA YANG BERJAYA MENJELANG TAHUN 2020!" Hamekk.. Aku tak tahulah samaada masa aku tulis ni aku waras ke tak. Menjelang tahun 2020 beb!! Aku pun tak pasti rumah aku masih utuh 7 kaki atas bumi atau 7kaki bawah perut bumi. 


Alhamdulillah.. sekarang dah tamat 1 semester aku dalam bidang Optometry. Tinggal lagi 7 semester yang aku perlu tempuhi. Dan sepanjang semester 1 ni telah banyak ilmu yang menarik yang aku dapat mengenai mata dan penjagaannya. Dan..aku jugak baru tahu yang kalau nak jadi seorang Optometry, perlu tahu macam mana nak buat spek, buat contact lens...dan selain itu juga mereka ini perlu tahu macam mana nak memakainya. Jangan hanya tahu buat sahaja tapi tak tahu pakai. Huh! 
Part yang nak buat spek dengan pakai spek aku no hal. Sebab aku memang gilerkan spek. Tapi..kalau sentuh pasal kanta sentuh memang aku jahil! Aku tak pernah sentuh pun benda alah ni sebelum ni. Banyak cerita yang aku dengar 'Kanta sentuh masuk dalam kelopak mata', 'Kanta sentuh tak boleh nak sentuh la'.. Aiii.. Naik seriaaauuu aku dengar!


Lebih kurang 2 bulan yang lalu, buat kali pertama sepanjang 19 tahun hidup di muka bumi, benda alah ini akhirnya bercantum jua dengan anak mata hitam aku. Nak tahu apa jadi lepas aku pakai benda alah ni... 
jeng-jeng-jeng...








Mengerikan!


Aku dah cakap.. Mata aku memang sensitive. Bulu mata masuk dalam mata pun dah merah. Inikan pulak nak berangan pakai contact lens. Memang tak lah! Itulah.. nak tunjuk teror sangat. Konon-konon pandai lah nak bukak balik.. Rupa-rupanya, haprak tak reti! Time pakai tu okey je. Sebab yang pakaikan lecturer aku. Masa tu bolehlah nak eksyen depan kawan-kawan. First time tayang mata kat orang, kan selama ni aku duk tayang 4 mata je depan kawan-kawan. Nak panggil aku GBM time tu memang tak boleh dah. Sebab istilah BM terhapus seketika. muahaha.

Bagi sesiapa yang tak tahu menahu, saya kenalkan yer..
Yang ni  cecair untuk contact lens. Dan yang  bekas kecil tu
tempat simpan contact lens.

Sebelum balik kolej lecturer aku ada tanya
"Nanti pandai tak nak bukak contact lens sendiri?" 
"Boleh! Boleh! Kami cuba sampai boleh!"

Perggghhh.. ayat control teror beb. Balik je hostel aku dengan kawan aku lagi sorang terus masuk toilet mengadap depan cermin nak buang contact lens. Mula-mula tu cool lah.. Cuba-cuba dan cuba.. tak dapat weyh!!! Contact lens ni tak nak keluarlah pulak!!!! Aku dah gabra tahap gaban ni. Mata dah berair bergelen-gelen. Yang tak tahan, kawan-kawan aku boleh pulak bagi sorakan moral siap sekali dengan mimik muka lagi;

"Cubit je anak mata tu, tak sakit pun."
"Horh!!!Cubit je!!"

Ya Allah! Cubit anak mata??? Giler apa!!! Nak mampooosss.. Buta seumur hidup aku karang sapa nak tanggung? Okey-okey. Aku cuba!!! Setengah jam berlalu...
Yeay!!! Keluar pun sebelah. Lagi sebelah ni. Nak kena cubit lagi sekali. Sabar-sabar...
Nak dekat 40 minit. Aku memang tak tahan dah. Frust menonggek aku. Mata merah macam bijik saga habaq hang. Mahu tak nangis aku weyh. Last-last, kawan aku tolong buangkan. Kawan aku ni memang dah biasa dengan contact lens. Dia kasihan tengok mata aku kott.. Tu yang tolong cubitkan mata aku tu. muahaha. Nak tergelak pun ada. Nasib baiklah kawan aku ni ada, baru terkeluar contact lens tu. Isykkk.. Confirm aku tak pakai dah benda alah ni lepas ni!!

Kalau ada patient yang datang nanti aku nak nasihatkan jangan pakailah contact lens. Membahayakan nyawa weyh! Sentap jantung!!! Hahhh..semput~






Dikesempatan yang ada ni, saya nasihatkan anda-anda diluar sana yang masih mempunyai penglihatan yang baik, jagalah mata anda dengan baik. Kalau boleh elakkan diri anda daripada menjadi rabun. Kalau tak setiap tahun anda pasti perlu membazirkan wang minimum sebanyak RM200 itu kalau cermin mata, kalau contact lens?? Saya pun tak tahulah.

Dan ingat!!! Tak payahlah nak cuba untuk menjinakkan diri dengan contact lens. Membahayakan kesihatan. Mata original pun cantik apa!








GBM suka orang yang bermata original! :)

Mimpi ngeri!
Sekian,

No comments: