Pages

Thursday, 26 January 2012

Duit syiling baru Malaysia nampak OWESOME

Terkejut! Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Ya! Memang aku tahu yang sempena tahun baru ni duit baru RM20 telah diperkenalkan. Tapi, aku tak tahu pulak duit syiling pun ada. Isyk, serius malu aku dengan casher tadi. Macam orang baru keluar gua pun ada!


Tadi aku saje-saje ikut kakak aku pergi giant berdekatan rumah aku ni hah. *Takdelah dekat sangat pun adalah dalam 3KM. hihi. Tiba-tiba boleh pulak aku mengidam nak makan potato chip malam-malam buta. Pergilah ke kaunter sambil bawak sebotol potato chip untuk membuat pembayaran. Harga potato chips tu RM4.30 tapi disebabkan aku malas nak klebek dompet aku nak meraba cari duit syiling, so aku pun keluarkanlah not RM1 sebanyak 5 keping. Aku duk tengok lah casher tu buka tempat simpan duit. Keshing-keshing!!!


Casher: Terima kasih. *sambil bagi resit pembelian beserta balance.
GBM  : Sama-sama. Eyh, akak silap bagi ni. Ini duit apa ni?? *muka confident tak boleh blah.
Casher: *senyum-senyum. Sambil angguk-anguk.

Bisu ke hape kakak ni nih.-.-" Orang tanya bukannya nak jawab. Dah akak ni bisu aku pun duk belek-belek lah duit tu depan kaunter.

GBM   : Duit baru eyh?
Casher: *Angguk-angguk sambil tersenyum.
GBM   : Hehehe...Terima kasih. 

Perghhhh.. Malu giler beb. Nasib baik muka aku ni takde lah nampak tua sangat. muahahaha. Bolehlah nak berlagak muka innocent budak sekolah skit-skit. Control malu derrr!



Masuk je kereta terus excited nak tengok lagi duit syiling baru. Wow! Lawa giler derr.. Nyaris-nyaris ingat emas betol.


Yang atas duit lama
Yang bawah duit baru. 

Lawa kan? Lagi kecik dan lagi ringan dari duit lama. Memang teruja bebenor! Confirm aku tak guna dah duit ni lepas ni. Simpan dalam frame buat kenangan. hihi. Tapi tadi aku ada guna khidmat En.Google untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut mengenai duit syiling baru ni. Sesuatu yang sangat mengejutkan aku! Serius!!!














Aku terbaca dekat satu blog ni yang duit baru kita ni sebenarnya mempunyai lambang FREEMASON!!!


Ada tak terperasan lambang-lambang yang mencurigakan?


Kalau tanya aku memang aku jawab tak nampak. Sebab apa yang aku nampak itulah yang aku tafsir. Dekat duit syiling baru kita ni memang banyak gambar bunga. Gambar congkak-cangkik semua tu memang dah takde. Bagi sesiapa yang peminat congkak memang agak sedikit kecewalah kot tengok gambar duit baru kita ni. Tapi jujur aku cakap, aku memang tak terpikir langsung yang lambang disebalik bunga yang terselit pada duit syiling kita tu sebenarnya ada kaitan dengan lambang agama lain.

Dikatakan menyerupai lambang 'bintang terbalik'
Dikatakan menyerupai lambang 'bintang terbalik'
Dikatakan menyerupai simbol 'star of david'.
Dikatakan menyerupai lambang 'matahari Iluminati'

Kesemua gambar yang telah di'bold'kan tersebut dikhabarkan mempunyai kaitan dengan simbol bagi penganut FREEMASON. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata blog tersebut. Aku tak mampu untuk mengiakannya atau menidakkannya sebab memang aku akui aku memang agak jahil dalam bab-bab hukum-hakam berkaitan agama. Wallahualam..

Daripada ALLAH kita datang, dan kepada ALLAH jualah kita kembali. 

Harap-harap seseorang yang arif dapat menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan hal ini secepat mungkin.





credits to: http://www.perisik-rakyat.com *untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai huraian setiap lambang-lambang tersebut anda boleh klik pada gambar-gambar tersebut.


Sekian,

7 comments:

syAzAnA said...

macam2 sekarang ni. haishh

kisah gadis stay up late said...

macam2 tanggapan manusia ni.
hoho

misz sheyla said...

duit baru ringan...xbest..dah macam token game aje....nilai timah die pun dah kurang agaknye.... erkhhh...x suke syiling baru...

Scha Lalala said...

kebetulan je ni..

GBM said...

@syazana
agaknya lah kan..petanda akhir zaman kot.. waallahualam..

GBM said...

@kisah gadis stay up late
welcome back dear! ^_^

GBM said...

@misz sheyla
la...bukan ke kalau ringan lagi senang nak bawak? takde la terbeban sangat poket nanti. hehe