Pages

Thursday, 26 January 2012

Untungnya memiliki kamera di zaman sekolah

Zaman sekolah merupakan zaman yang paling bermakna bagi kita semua kan. Al-maklumlah, dekat sekolahlah bermulanya kisah cinta monyet, cinta antara dua darjat dan segala bagainya kan. Masa tu kalau hampa takdak kamera dan hampa tak tangkap gambar hampa dengan marka hampa tu, hampalah orang yang paling rugi kat dunia ni tau! Peluang datang sekali je cheq habaq mai. Rugi wooo! Nanti hampa nak cerita apa kalau cucu-cicit hampa tanya? Cheq tak tau naa.. Hampa pandailah ayat cucu-cicit hampa nanti. muahaha..


Tapi cheq takpelah. Cheq memang takdak marka pun. Cheq ni memang jahil bab-bab cinta monyet ni. Pernah sekali tu kawan cheq tegur cheq, lelaki pulak tuh.. memang nak kena kerat 14 betol! Ada ke patot dia cakap cheq ni Anti-Lelaki. Bodoh betol! Hambek hang sebijik. Kalau cheq anti-lelaki macam mana cheq boleh kasihkan ayah cheq? Macam mana kalau dengar kisah Rasulullah mata cheq tiba-tiba boleh jadi merah? Haiyaaa.. memang tak makan saman betoi! Nak ngoratlah tu kan.. muahaha.. Takdak lah.. cheq memang kalau berbicara soal hati memang agak jahil. Tapi yang tak tahan ingatkan dekat sekolah je orang cakap macam tu.. Rupa-rupanya dekat U pun orang masih cakap cheq macam tu. Sedih tau dak! Habis tu Arjun Rampal cheq nak letak dekat mana? hihi.


So, disebabkan takdak marka...cheq telah menggunakan teknologi yang ada untuk merakam detik-detik yang paling bermakna dalam hidup cheq. Tengoklah kalau ada mana-mana yang berkenan habaq mai kat cheq noh. hihi ^_^


Yang ni masa sambutan Hari Guru'09

Yang ni masa kem elit SPM dekat MGH, K.TRG


Subuh-subuh lagi dah semangat berkobar-kobar nak ke kelas.
 Perghhh..tiba-tiba bangga  pulak bila tengok gambar ni.

Sekolah kesayangan cheq! Love 1JUTA!!! =)

Oh ya! Mungkin ada yang tertanya-tanya mana satu GBM? hehehe.. Sebenarnya cheq tak selalu pakai kaca mata masa kat sekolah. Masa time kelas je pakai. Kalau saudara-saudari bijak bestari cubalah cari.. Klunya adalah:

Tak kacak, tak handsome..
Tapi comel. >_<


Tak jumpa jugak? Haiyaaa.. cheq kasi tengok gambar lainlah.. Nasib baik cheq tangkap banyak gambar masa time skolah dulu. Takdelah susah sangat nak menggambarkan keadaan kusut masai cheq masa zaman muda-mudi dulu. Itulah untungnya ada kamera time zaman sekolah..hihihi


Graduation Day'09

Amacam? Jumpa tak? hihihi.. Gambar kat atas ini adalah peristiwa yang paling bermakna bagi cheq. Kalau cheq tak bawak kamera time ni, kompem menyesal seumur hidup. Menangis air mata darah pun takkan terulang lagi peristiwa yang paling bersejarah ni. Bukan calang-calang orang boleh konvo kat sekolah tau! Hanya sesetengah sekolah je yang ada majlis konvokesyen semeriah ni. Dan salah satunya adalah sekolah cheq! Alhamdulillah.. dapat jugak cheq merasa pakai jubah!





Marka Idaman Dunia >_<
Kalau gambar ni memang bukan guna kamera cheq. Nampok benor menipunya kalau cheq habaq cheq tangkap sendiri gambar ni. Yang ni guna En.Google punya khidmat! Handsome tak? Hihi. Kalau boleh memang cheq nak dia jadi marka cheq. Tapi cheq sedar..dia dah kahwin. Tapi takpe... cinta tak semestinya untuk dimiliki kan? Kebahagian orang yang kita cintai itu yang lebih penting. Tapi jangan salah anggap pulak. Cheq cuma suka tengok dia ni, takdak lah sampai tahap jatuh cinta bagai. =)

p/s: pernah cerita pasal Arjun Rampal di entry INI.


Sekian,

2 comments:

kisah gadis stay up late said...

miss that old time. huhu.
;)

GBM said...

kan2! miss the memory so much! =)