Pages

Monday 23 January 2012

Kenapa tidak Fakulti Optometry?

Soalan ini telah diajukan oleh salah seorang pelajar dari UIAM semasa seisi soal jawab antara Para Genius Bahagian Mata (Ahhh..gasak-gasak! aku tak tahu nak panggil diorang apa..semua aku tengok genius berkenaan mata itu yang aku panggil diorang 'Para GBM'.hihihi) dalam Majlis Symposium di UITM Puncak Alam pada 9 Disember 2011.


"Setahu saya Optometry adalah salah satu bidang kerja yang sangat diperlukan dalam dunia hari ini. Tapi kenapakah Optometry tak berdiri diatas Fakultinya sendiri sama seperti Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti farmasi? Bukankah jikalau Optometry berdiri diatas Fakulti sendiri akan dilihat sama taraf seperti pelajar Medic, Dentist dan Farmasi?"


*Memang inilah soalan yang sering menghantui aku selama ni. Terima kasih wahai saudara Optometry. Macam tahu-tahu aku ni agak shy-shy cat. hehe^_^



Dan ini jawapan yang telah diberikan oleh Para GBM:

"Optometry memang tidak mampu untuk berdiri diatas Fakultinya sendiri. Bilangan pelajar Optometry cuma limited bagi setiap semester. Seperti yang saudara nyatakan tadi, tenaga kerja sebagai Optometrist sangat diperlukan dalam dunia hari ini. Tambahan lagi, kalau Optometry berdiri diatas Fakulti sendiri nanti segala beban kewangan terpaksa ditanggung sendiri. Nak berdiri diatas kaki sendiri bukan sesuatu yang mudah. Segala-galanya perlu dikawal dengan teliti. Bilangan tenaga kerja, bilangan pelajar, sumber kewangan...semua itu perlu dititik beratkan."


*Ooo.. macam tu eyh. Okey-okey, saya dah paham sekarang. Kalau macam tu tak payah ada fakulti sendiri pun takpe. Nanti kena ambil student ramai-ramai pulak. Bertambah pulaklah saingan karang. Nak cari kerja takdelah susah sangat nanti. Hihi. >_<





Para GBM dalam Symposium di UITM PUNCAK ALAM

Sekali pandang dah macam Majlis PBB peringkat Antarabangsa lah pulak. Prof Dr.Stephen J.Dain pun ada. Serius kagum aku dengan diorang semua. Memang tak sia-sia aku menghabiskan sehari suntuk bersama Para GBM. Hopefully one day I will be like all of the Para GBM above. Amin~

Wow. Macam mimpi je..dapat bergambar
 sebelah Tokoh Optometrist dunia tu.
Dub-dap-dup-dap!!!

p/s: Sekali pandang Prof Dr.Stephen J.Dain ni macam penjaga library dalam cerita Merlin daa. hihi=)

Sekian,

2 comments:

HAFIZ AL-PAZIN said...

pakar mata memang diperlukan sekarang. tengok saya dah berlapis-lapis spek mata tau...tapi sy sembunyi dgn lens... hehee.

Gadis berkaca mata said...

Yup. betol tu. Tapi GBM xpandai nak sembunyikan mata yang ke3&4 dengan KS. Fobia. hihi.. pakai spek je la jawabnyer. Itu sebab kene makan carrot banyak2..bagi mata sentiasa sihat=)