Pages

Sunday, 22 January 2012

Hari ini dalam sejarah

Makan 'NASI MINYAK' 3 kali berturut-turut!

Waaa..Memang makin berkembanglah GBM jawabnya! Nikmat wohhh.!!! Nasi minyak kat kedai sekarang minimum RM4.00 yang tu belum kira ekstra daging lagi. Fuhhh..Jimat!!! Semalam merangkap 21.01.2012 jatuh kepada hari Sabtu full package 3 tempat kenduri aku pergi dalam satu hari. Nikmat memang tak terucaplah derr! Melahap tak hingat!


Aku tak tahu pulak mak aku nak melawat sampai 3 buah rumah sekali gus. Kalau aku tahu aku tahan nafsu makan aku masa pergi rumah first. Badget tangki siap-siap. Ini tak! Dah rumah first aku pergi dah sepinggan taman aku makan. Tambah lagi daging 4 ketul, ayam 1 ketul. Fuhhh.. Kenyang memang tak terucaplah aku jawabnya. Nak pulak pergi rumah second. Nampak pulak daging lembu yang menggiurkan. Perrrgghhh.. terpaksa aku tahan nafsu aku. Perut dah tak boleh nak sumbat derrr.. Tapi untuk menjaga hati tuan rumah yang merangkap rumah Emak Saudara aku, aku pun rembatlah sebutir pisang. INasib baik tangki perut aku takdelah macam tangki minyak.. Kalau tak asyik kat meter F jelah jawabnya!>_<


Masuk ke rumah yang ke-3, Tuan rumah promote pulak nasi dia.

"Makanlah dik, ni nasi beriyani sedap ni. Ala-ala nasi orang pakistan."

STOPPP!!! Tolonglah..tolong!!!!Tolong jangan sebut makanan depan saya! Saya kesian kat perut saya ni. Dari tadi tak berhenti buat kerja.


"Makanlah...Nasi sedap ni.. pergilah makan.."



'Okey..Okey!!! Saya makan! Tapi makan sikit jelah yer..'


Kalau GBM gemuk jangan salahkan saya yer. Semua ini adalah demi menjaga hati orang di sekeliling. Keadaan yang memaksa.

Masih mampu tersenyum walaupun tangki
dah full tahap gaban ^_^

Sekian,

2 comments:

Cik Yatt said...

dah lama tak mkn nsi minyk..huhuh

GBM said...

ala ruginye...best tau.hihi>_<