Pages

Saturday 11 February 2012

Exercise gaya afro

Minggu lepas 100 tanpa henti,
Kelmarin 200 dengan henti,
Semalam 300 dengan henti,
Hari ini.. aku lupa nak kira.. sebab aku versatile kan.
Hehehe..

Lari bertubi-tubi, beregu, berpasangan, solo.. semua aku buat hari ni. Sampai menitis-nitis derr.. Adik aku yang tengok naik sebak.. sampai tak terkata. Sebab aku dah warning adik aku awal-awal kalau aku dapat bertahan lama, dia kena belanja aku makan icekrim paddle pop kaler-kaler sebijik.. *aku dah tahu aku pasti menang..sebab tu aku ambik kesempatan. kihkihkih.


Adik aku nak pegang tali skipping pun tak reti, dia tengok aku main..dia pun nak main.. Orang main nak hilang stress, aku tengok adik aku main bukan hilang stress, lagi berganda-ganda stress aku adalah. -.-" *untung-untung dapat jugak icekrim pree sbijik. hihihi

Hari ini aku berjaya mencari bakat baru dalam diri aku iaitu.. Jeng-Jeng-Jeng..
Aku berjaya main skipping dengan lari bertubi-tubi, aku berjaya masuk ke dalam skipping yang sedang memecut laju sambil adik aku pegang.. tapi hanya bertahan hanya untuk belas-belas je. Semput weyh nak lompat guna 2 kaki serentak. Nasib baik tak gempa bumi. Maklumlah.. badan kecik skit dari anak elephant. =p

Mula-mula aku main solo

Lepas tu berpasangan.. tapi adik aku tak berani
 nak masuk.  Jadinye..  aku main
 'Berpasangan tapi solo'.

Lepas tu, beregu. Masa ni adik aku sorang lagi pegang
sebelah ujung satu lagi.. Giler laju depa ni pusing..
Nasik baik tak jatuh tertirap je aku nih..
Depa jeles kat aku lah tu. 

p/s: aku malas nak lari, jogging atau senam aerobik ke hape.. so, aku main skipping je.. duduk rumah pun boleh tak payah nak main tawaf-tawaf padang ke hape. Peluh keluar, tenaga pun jimat. =p

Sekian,

2 comments:

Nik said...

akak lagi malas.mmg tak bersenam langsung pun.sayang kat lemak..hehe

Gadis berkaca mata said...

hehe.. kite pom malas.. dah boring2 duk umah xbuat ape.. men lh lompat2 pakai kepping ni. hehe.. best plak tetibe. =)