Pages

Tuesday, 14 February 2012

Picnic Chicken Chop

Hari ini genap seminggu Majlis Reunion kami yang tersangat gilang-gemilang. Itu bagi aku lah..sebab aku kurang sket involve dalam Majlis Reunion macam nih. Ini first time kott.. hihihi.. Itu yang macam overexcited. Hamek gambar saje dah 300 lebih.. itu tak termasuk dengan video lagi tuh.


Nak tahu tak kami picnic makan apa? Chicken Chop? Aikk...mane tahu ni? hahaha..



Yap! Betol... Chicken Chop!!! Western tak western derrr.. Angin bersepoi-sepoi bahasa... sambil berlatar belakangkan masjid terapung,



hiris-hiris dan ngap Chicken Chop terus masuk mulut dan melalui saluran esophagus.. Pergghh..Nikmatnya tak terkata.. Tiba-tiba.. Pappp.. Apa nih weyhhh?

Tak sempat tangkap.. En.Google punya khidmat.

Muncul batang hijau bergerak-gerak. Kuis punya kuiss.. Puwiihhhh.. Cilaka..! Ulat hijau rupanya!!! Boleh pulak ulat ni landing dalam blackpaper source. Baik giler ulat ni. bunuh diri slow slow. Nanti kalau orang tertelan kau macam mane?  isyk isyk. Dah lah aku geli tahap gaban segala jenis binatang yang takdak kaki nih. Nasib baik bukan pinggan aku. hihi. Kalau tak mahu tak mati katak kau ulat. Sia-sia hidup jadi ulat mati jadi katak.


Selepas makan kami terus menunaikan solat zohor. Memandangkan kesudahtidakseleraan akibat ulat hijau tu... Waktu makan kami disingkatkan. *Tapi licin je pun pinggan aku. muahaha..


Dimana lagi kami nak solat kalau tidak di Masjid Terapung.. Aku ni nama je rakyat Terengganu yang budiman tetapi tak pernah melangkah pun ke Masjid Terapung.. First time derr! Maklumlah..rumah aku agak jauh dari Masjid yang putih melepak ni. Sekali pandang macam Taj Mahal pun ader.. hihi. Cantik..Luas..Selesa.. dan.. Menenangkan..


Selesai solat kami kembali ke tempat perkelahan kami. Masa untuk KOTAK BERACUN! Kita tengok siapa yang kena! Jeng-jeng-jeng...





Eyh..eyh.. lupa nak bagitau.. Sebelum main K.B.. Kitorang pelahak ini.. BLACK ROSE! Siap tulis "Salam Pertemuan love love titiktitiktitiktitik" gittewww.. Sweet tak? hihihi..

Dan permainan KB pun bermula... JENG-JENG-JENG...



Jyeaahh.. Mangsa sudah di kenal pasti! 
"Anda dikehendaki menyanyi lagu UITM di hatiku sambil melaungkan ,KAMI SAYANG U KAMI" muahaha.. Aku reka je tuh. Tak dak pun dalam list KB.. Saje nak promote U sendiri. lalalala. Mangsa yang terpilih sudah menjadi mangsa rakaman eklusif aku. 


Sambil main sambil makan.. Main..makan..rakam.. hahaha. Aku pun main jugak K.B ni. Aku ni baik tau.. Niat aku memang 'baik' nak bagi kawan aku rasa 'nikmat' KB.. Lepas tu, aku saje je lah passing KB lambat-lambat.. Kan 'menangis' kawan-kawan aku balik rumah mengadu kat mak tak dapat main KB. Tak pasal-pasal. muahaha.. Skali lagu STOP...dan aku tak sempat nak passing. Hamekkk.. Ludah air liur ke muka sendirilah jawabnyer.. Nasib baik aku dapat soalan ciput jer. "Kalau stakat soalan macam ni.. 10 pusingan punya KB tak dak hal lah!" hihihi.

Siang masih comey, Malam masih muda... Main lah lagi..sampai habis 1 KB baru syokkk! Dan lagu pun terus dipasang sampai lah kepada pusingan KB terakhir..
lalalalala~
  lalalalala~      
     lalalaala~
dup-dap-dup-dap*Masing-masing peluh merejat..nervous lah katekan. hihihi ...

la laaaa laa la~ ... STOP!


Sape yang kena? Sape yang kena? Sape yang kena? Mana KB? Ada dekat sape..??
Tengok kiri takde.. tengok kanan.. takde... Tengok tangan kanan... ADA!
GULLLPPP~ Aku ke? Arap-arap la boleh yang kacang-kacang macam kacang kuda ke...kacang dal ke..
"Anda di kehendaki membuat tarian Chicken Dance sambil menyanyi.."

Whattt!!! Chicken Dance??? Macam mana tuhh??? Kepala ligat berputar.. Aku tak hingatttt lah woohh.. SERIUS!



Tanannannnaa...tannna.. nannnaaa.. naaaa.. naaa.. naaaa.~
Sape nyanyi??? Ofcourse... lah bukan aku. Aku mana mahir bab-bab Chicken dance ni.. Chicken eat.. baru aku first class bohhh! hihihi




Hameekk.. Sekampung Chicken Mat Salleh ni ajak berChicken Dance. muahaha..
Oleh sebab, kawan aku dah sudi mempamerkan demo.. Aku pun ikot lah. Dalam malu-malu chicken aku buat jugak chicken dance. Gasak-gasak.. Dah macam Chicken nak ber'egg' pulak aku rase! Aku tak tahu siapa rakam.. dan yang pasti itu kali pertama dan kali terakhir aku ber'chicken' depan khalayak ramai.

Berakhirnya KB menandakan bermulanya sesi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuklah aku! Iaitu sesi bertukar-tukar hadiah! Yippiiiii~


Nampak seciput kan.. a'ah.. memang lah seciput.. sebab yang bawak hadiah cuma 10 orang je. Yang tak bawak hadiah tak dapat lah. Padan muka.. sape suruh tak bawak.. kan dah tak dapat hadiah spesel! hihihihi

Kalau bagi aku pilih..aku rembat je semua bawak masuk dalam beg. Nasib baik main cabut undi.. kira adil semua dapat rasa main 'Cabutan Bertuah'. Aku dapat yang kuning-kuning macam Chicken Dance kat atas tuh hahh.. Dah memang melekat bau-bau Chicken agaknya aku ni hahhh.. Mula-mula makan Chicken Chop, Lepas tu kena KB Chicken Dance.. Lepas three kena cabutan hadiah kuning ala-ala Chicken.
Haihhh.. Nasib baiklah Chicken tu sedap kan!!! muahhaa..

Suka sangat...Senyum kemeweh mengalahkan senyum kambing. muahaha.. Tak malu betol!



Keshing-keshing..  Adik, Kakak, Mama! Masing-masing melebar senyum lepas dapat hadiah.. Tadi masa main KB masam mencuka. Arrgghhh!!! apa-apa jelah.. Kami dah penat! Tak nak dah main KB lagi.. Kami nak terbang! Terbang jauh dari sini.. Membawa diri ke dunia kami!



Tadaaa..!!! Dah sampai pun.. Inilah dunia kami! Dunia yang penuh dengan kenangan manis, dan kadang-kala dipenuhi dengan mimpi yang menyeramkan. Semoga kami tabah dalam mengharungi segala rintangan di dunia serta memperoleh keberkatan dari-NYA. Dan...
Semoga persahabatan yang terbina semenjak 4 tahun lamanya tidak hanyut dalam lautan hasutan nafsu semata-mata.


p/s: Triple S| Sahabat Senyum Sokmo!


Sekian,

2 comments:

kisah gadis stay up late said...

wahh...suke sngat!! mcm nk berpicnic lagi pun ade..hehhe..

bestt sngat time nih..thanks Allah, thanks buddies :)

GBM said...

Alhamdulillah.. lepas ni kite buat picnic lamb chop plak eyh.. hehehe