Semalam sebelum result UiTM diumumkan.. sebenarnya ada cerita disebalik result exam aku dengan mak aku. Cerita yang memang membuatkan aku hampir pitam atau lebih teruk hampir terkena heart attack. Mak aku cerita kat aku, mak aku mimpi aku dapat result exam teruk giler. Macam orang tak pergi sekolah gayanya. "Mak risau JPA na ditarik je nanti.." Gurlllpp... biar betul? Aku rasa aku macam dah berhempas pulas dah time exam hari tu.. Cuma time ANP je aku nazak skiitt..opppss.. nazak banyakk!!! Takkan sebab ANP kot?? "Dalam mimpi mak, Na dapat berapa?" Dup-dap-dup-dap.. serius macam nak luruh jantung aku. "@.@%" Hahhh??? Gulrrpp.. Masa tu aku tak tahu nak cakap la. Macam-macam perasaan. Bercampur baur. Sedih+Nak nangis+Nak meraung+Nak melalak. *aikk? bukan same ke tu? Ahh.. gasaklah. Dah lah masa tu ondaway nak pergi shopping tudung. Mak aku cerita pasal ni.. Nafsu aku untuk membeli belah terus lesap. Tetapi dalam kelesapan nafsu itu juga aku mampu untuk memblasah 5helai tudung. Kalau mak aku tak cerita mesti dah 10 helai aku sapu. Isykk.. rugi-rugi!
Semenjak dari peristiwa tersebut memang aku tidak boleh tidur lena langsung. Makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak basah. Seriusly, begitu besar impak mimpi mak aku kepada aku. Dan semalam, telah jelas semuanya. Allhamdulillah.. Walaupun takdelah dean mana. Namun begitu jelas ketara sekali perbezaan result apa yang di mimpikan mak aku dengan result yang aku dapat. Mungkin Allah sengaja nak menguji aku dengan menghantar mimpi sebegitu kepada mak aku. Aku bersyukur Ya Allah. Kerana dengan cara begitu aku makin dekat denganMU.
Terima kasih jugak kepada emak.. atas segala pengorbanan yang dilakukan. Bersusah payah mak aku datang dari Terengganu ke Puncak Alam semasa minggu study week semata-mata nak intai anak dia buat apa. Rajin betul. Tq Mak. I Love You so much. Walaupun anakandamu ini tidak pernah mengucapkannya..tapi ketahuilah wahai ibuku.. bahawa anakandamu ini begitu menyayangi dirimu. Tidak dilupa jugak buat ayahandaku.. Anakandamu sangat menyayangi dirimu.
Dan hari ini aku dapat kejutan besar. Ayah aku bersama-sama emak aku menawarkan diri untuk menghantarku pulang ke Puncak Alam. Perghhhh.. Sebak derr.. Macam nak nangis je. Aku tak tahu nak terima ke tak. Kalau aku naik bus paling maxima RM50 je yang burn. Kalau ayah aku hantar, komfem nak kena pikir duit minyak+makan kami sekeluarga sepanjang perjalanan. Macam mana eyh? Masa minggu study week dah lah depa dah datang melawat aku kat sana.. Sebak!!! Nak nangiss... Nak pinjam bahu boleh?? T_T
I Love U from the bottom of my heart |
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Sekian,
7 comments:
mmi pmainan setan.btw thniahhh
haha , sebab mimpi buad kita tak tentu hala kan ? asyik fikir mimpi tuh jee . huhu . btw , congrats :)
@zyhah baharin
betul tu. dengan mimpi membuat kan kite serba tak kena. tq zyhah. :)
beruntung awak dapat parents supportive :)
Jasa ibu bapa tk dapt dibalas tau...
@Liza Razak
Alhamdulillah.. jasa ibubapa memang tiada tandingannya..
@zie
betul tu. kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa tiada penghujungnya.. :)
Post a Comment