Pages

Monday, 27 February 2012

Masjid Terindah di Dunia

Hari ini aku sempat blogwalking sambil cuci mata melihat apa-apa yang menarik. Dan, hari ini.. apa yang aku jumpa betul-betul menarik. Gambar antara Masjid-masjid yang terindah yang terdapat di seluruh dunia. Semua cantik-cantik, superb-superb, cun-cun! Yang tak pernah aku dengar pun aku ter'dengar' sekali. Memang tak terkata rasanya, lidah memang kelu habis nak berbicara.. jadi aku biarkan sahaja jari-jemari aku yang berbicara kali ni.  

10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka, Bangladesh
Masjid ini terletak di Dhaka iaitu ibukota bagi Baghdad. Sehingga kini, masjid ini telah berusia 52 tahun dan boleh memuatkan sehingga 30 000 orang. Luas kan? Tak terbayang rasanya. Keluasan dan kapasiti masjid ini telah menjadikannya sebagai antara 10 masjid terbesar di dunia. 

9. Masjid Shah Faisal , Islamabad, Pakistan 
Masjid Shah Faizal merupakan masjid yang terbesar di Pakistan yang terletak di ibukota Pakistan, Islamabad. Asal usul nama Masjid Shah Faizal ini diambil daripada nama salah seorang Raja Arab Saudi suatu ketika dahulu iaitu Raja Faisal bin Abdul Aziz. 
Hurm.. aku rasa macam aku pernah tengok je masjid ni dekat Malaysia. Tapi aku tak ingat kat mana. Dah puas aku pikir.. tapi masih jugak tak ingat. Nak buat macam mana...hormone warga tua datang menyerang balik. hihihi. 

8. Masjid Sultan, Singapura 
Aku tengok masjid ni teringat pulak cerita Aladin. Cun giler.. Macam istana pun ada. Bezanya antara masjid ni dengan yang dalam cerita Aladin itu adalah, masjid ini terletak di Muscat Street dan utara Bridge Road di Kampung Glam Kabupaten Rochor Perencanaan Wilayah di Singapura. Dekat je dengan Malaysia.. jiran sebelah je pun hahhh.. Tapi nak kesana pun perlukan pasport jugak tu. 

7. Baiturrahman, Bandar Aceh, Indonesia
Masjid Raya Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat Kota Banda Aceh. Masjid ini dahulunya merupakan masjid Kesultanan Aceh. Sewaktu Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid ini dibakar, kemudian pada tahun 1875 Belanda membangun kembali sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang terindah di Indonesia yang memiliki bentuk yang manis, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan terasa sangat sejuk apabila berada di dalam ruangan masjid tersebut. Sama seperti Masjid Sultan diatas, walaupun hanya berjiran tetapi tetap memerlukan pasport untuk kesana. :)



6. Taj'ul Masjid, Bhopal, India 
Taj-ul-Masajid, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ini adalah salah satu mesjid terbesar di Asia . Masjid juga digunakan sebagai sebuah madrasah (sekolah Islam) di siang hari. Pembinaan masjid ini telah diasaskan oleh Sultan Shah Jahan yang juga merupakan pengasas Taj Mahal. 

5. Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei 
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah masjid kerajaan Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibukota Kesultanan Brunei. Masjid diklasifikasikan sebagai salah satu masjid paling spektakuler di kawasan Asia Pasifik dan menjadi daya tarik utama bagi para karyawan. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap di antara orang-orang Brunei sebagai landmark dari negaranya. 
Siap sekali dengan replika sampan di depan pintu masjid. Pergghhh.. Cun giler! 

4. Masjid Zahir, Kedah Malaysia 
Masjid ini dibangun pada tahun 1912,pembinaannya dibiayai oleh Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Situasi ini, merupakan makam dari Kedah warriors yang telah meninggal sambil mempertahankan Kedah dari Siam pada 1821. Arsitektur dari masjid ini terinspirasi oleh AZIZI Masjid di Langkat kota di utara Sumatera. Masjid ini ditingkatkan dengan lima besar utama domes melambangkan lima prinsip-prinsip Islam.
Seriusly, aku memang tak tahu tentang kewujudan masjid yang serba cun ini di Malaysia. Jahil betul aku ni kan. huhu


3. Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Israel (Palestine)
Masjid Al-Aqsa, juga ditulis Al-Aqsha (bahasa Arab:المسجد الاقصى, Al-Masjid Al-Aqsha, arti harfiah: "masjid terjauh") adalah salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi bagian dari kompleks bangunan suci di Kota Lama Yerusalem (Yerusalem Timur). Kompleks tempat masjid ini (di dalamnya juga termasuk Kubah Batu) dikenal oleh umat Islam dengan sebutan Al-Haram Asy-Syarifatau "tanah suci yang mulia". Tempat ini oleh umat Yahudi dan Kristen dikenal pula dengan sebutan Bait Suci (bahasa Ibrani: הַר הַבַּיִת, Har haBáyit, bahasa Inggeris: Temple Mount), suatu tempat paling suci dalam agama Yahudi yang umumnya dipercaya merupakan tempat Bait Pertama dan Bait Kedua dahulu pernah berdiri.

2. Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi Arabia 
Masjid Nabawi, adalah salah satu masjid terpenting yang terdapat di Kota MadinahArab Saudi kerana dibangun oleh Nabi Muhammad saw. dan menjadi tempat makam beliau dan para sahabatnya. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang utama bagi umat Muslim setelah Masjidil Haram di Mekkah dan Masjidil Aqsa di Yerusalem
Cantik kan? Suatu hari nanti Insyaallah GBM pun bakal ke sana. Mendekati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

1. Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia
Masjidil Haram (bahasa Arab: المسجد الحرام) adalah sebuah masjid di kota Mekkah, yang dipandang sebagai tempat tersuci bagi umat Islam. Masjid ini juga merupakan tujuan utama dalam ibadah haji. Masjid ini dibangun mengelilingi Ka'bah, yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat.
Firman Allah Taala: Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):

"Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
 Sekian,

3 comments:

cinta siswi said...

cantik!! bile la nk smpi kt masjid yg last sekali tuh..

Gadis berkaca mata said...

InsyaAllah.. nanty kite pg same2 eyh. :)

Shida Radzuan said...

cantik n indah je masjid nih :)