Pages

Wednesday, 1 February 2012

Mencari si pemilik tulang rusukku

Wanita: Siapa yang paling kamu cintai didunia ini?
Lelaki : Kamu!
Wanita: Menurut kamu, siapa saya disisi kamu?
Lelaki : Kamu adalah sebahagian daripada tulang rusukku..


Kerana Allah melihat Adam kesepian, saat Adam sedang lena tidur Allah mengambil sebahagian tulang rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan Wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya. Setelah berkahwin, pasangan ini mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

      Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukkan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka jadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mula menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain. Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu semakin berlarutan. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Wanita lari keluar dari rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak mencintai saya lagi!!!"
Lelaki sangat membenci ketidakdewasaan Wanita tersebut dan spontan berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Ternyata kamu bukan tulang rusukku..!!"


Tiba-tiba Wanita terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. Lelaki menyesali akan apa yan sudah dilafazkannya, tetapi air yang tumpah masakan boleh dicedok kembali. Dengan linangan air mata, Wanita kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya bernekad untuk bercerai.
"Kalau ternyata saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari tulang rusuk masing-masing.."

Lima tahun berlalu...

Lelaki masih belum berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan Wanita. Wanita pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin seorang warga asing dan kemudian bercerai. Lelaki agak kecewa setelah mengetahui hal ini. Dan ditengah malam yang hening dia minum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi lelaki tidak sanggup mengakui bahawa dia merindui Wanita...

   Suatu hari, mereka ditakdirkan bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya dengan dinding pembatas.

Lelaki: Apa khabar?
Wanita: Baik...kamu sudah menemui tulang rusuk kamu yang hilang
Lelaki: Belum.
Wanita: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya kembali 2 minggu berikutnya lagi.

Wanita tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz " Selamat tinggal, semoga kamu berjaya menemui sebahagian tulang rusukmu yang hilang..."



    Seminggu kemudian, Lelaki menerima khabar bahawa Wanita adalah salah seorang mangsa korban menara WTC. Malam itu, sekali lagi Lelaki meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya yang teramat sangat. Akhirnya dia sedar, bahawa sakitnya itu adalah kerana Wanita...sebahagian daripada tulang rusuknya sendiri yang telah dengan sendirinya dia patahkan...




Kita sering menempiaskan 99% kemarahan walaupun kepada orang yang kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang kita cintai sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu, berfikirlah dahulu apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Sekiranya kita merasakan apa yang bakal diungkapkan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah melafazkannya. Kerana semakin besar risiko untuk kamu kehilangan orang yang dicintai....

Credit to Majalah sekolah




Sekian,

2 comments:

kisah gadis stay up late said...

patut la mcam pernah baca cerita ni tapi xingat dh kt mna..hehe..

siapakah agaknya tulang rusuk sy ye??
hihih :)

GBM said...

itulah kan.. sy pun tengah mencari2 siapakah gerangan pemilik tulang rusuk sy ni. hehe=)