Pages

Thursday, 5 July 2012

Bangga tahap ...... SUPERB OSEMM!

Alhamdulillah hari ini merupakan kertas peperiksaan kedua terakhir. Hanya tinggal seketol lagi paper untuk diperjuangkan. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Tapi hari ini aku tak nak kacau mood dengan sentuh perkara-perkara yang sebegini 'sensitif'. Langsung spoiill! Takmaw-takmaw-takmaw~

Hari ini aku nak bercerita mengenai tentang ke'bangga'an dan keterujaan aku mengenai...

Hint: [Baru] >.<
Hint lagi: [Menawan] O.o

Masih tidak dapat meneka? Mungkin ini boleh membantu anda.. :


Gulrrppp... Tangan terus jadi parkinson. Itu pasai gambar terus blur.. *.*

Buat makluman semua pada tanggal 3 Julai 2012 merupakan hari bersejarah bagi kami warga Optometrist UiTM Puncak Alam dimana hari perasmian bagi Bas Bergerak Optometry yang pertama berserta dengan perasmian Klinik Optometri baru yang bertempat di UiTM Puncak Alam oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia seperti yang tercatat seperti gambar diatas. =)


Sebelum kedatangan VVIP jemputan

Ketibaan.. dari kiri Ayahanda Dato' Sahol, Datuk Khaled dan Prof. Dr Azizul.

Ayahanda memberi ucapan pembukaan. 
Ucapan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Sah dirasmikan. Terima kasih, Datuk. =)
Cenderahati buat Datuk Khaled dan Ayahanda kami. 
Terima kasih juga kepada HOYA atas sumbangan berjumlah RM30,000 kepada
Optometri UiTM. 
Lawatan VVIP ke klinik Optometri. 
Selepas Majlis perasmian, VVIP dijemput melawat ke klinik-klinik optometri yang terdapat di UITM Puncak Alam. Kemudian, VVIP telah di jemput untuk melawat tapak parking bagi merasmikan Bas Bergerak Optometri.



Tadaa.. Optical Illusion! Hehehe~ Mahu tahu kisah selanjutnya? Macam mana rupa luaran? Dalaman bas tersebut? Siapakah dan dimanakah bas ini akan pergi? Apakah tugasku ,dimanakah dengan siapakah keberadaan aku sewaktu event ini berlangsung??? A'hahhhh!!! Jeng-jeng-jeng~

....................


Sila tunggu entry yang seterusnya. Cheq udah capek. Tiba masa untuk berjihad. Tinggal last paper sahaja lagi ni. ALLAHUAKHBAR!!!



Sekian,

No comments: