Masih ingat agenda kebanggaan sampai perkembangan lubang hidung yang sedia ada kembang bertambah kembang? Kalau lupa boleh goyang-goyang jari jemari atas cursor tengok ENTRY disini. =)
Masih ingatkah tentang kehadiran mereka-mereka diatas ke UITM Puncak Alam? Mereka adalah orang yang terpenting disebalik program ini. Tanpa kehadiran beliau-beliau ini mustahil program ini dapat dijalankan. Terima kasih lagi sekali ayahanda dan Datuk. =)
Tiada kata yang mampu diungkapkan melainkan memaparkan sebaris gigi dengan senyuman yang semanis mungkin mengalahkan semua jenis gula yang terdapat di dunia apabila melihat ramai orang berpusu-pusu untuk melihat sendiri keadaan bas optometri. Sekali lagi "Bangga dan Bangga!"
Terserlah 'ketinggian ku'.. =o |
Sewaktu pelancaran.. Datuk Khaled telah mengguntingkan tali yang menggantungkan kunci ini untuk melancarkan Bas Optometri. Gambar tersebut tidak dapat diambil atas dasar tugas ku sewaktu itu yang memerlukan aku untuk berada di dewan perasmian. Tugas apakah?? Jeng-jeng-jeng...
Selain itu juga, program kami juga di meriahkan oleh adik-adik yang sangat istimewa. Melihatnya gembira.. suka.. dan ketawa.. Ya Allah, seronoknya! Tenangnya hati ini Ya Allah dikala mata ini melihat senyumnya.. dan tawa mereka.. terasa jiwa ini terhibur dengan keletah mereka.. <3 Adik-adik. *Lupa pulak adik-adik datang dari mana..T_T
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (An-Nisaa:36)
Suasana di dalam Bas.
Pantang ada cermin besaq skit pasti ada yang tangan gatal pegang kamera. hihi |
Kerusi ini untuk saudari saudari yang kurang berkemampuan untuk naik menaiki tangga. Ini adalah alternatif terbaru dalam memberi keselesaan buat pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan mata.
*Jadik madel jap. hihi=p |
Alah.. dah penat la pulakk..! Nak g usha dapur jap.. Lapar! Jari dah penat menari, kini cacing dalam perut touching dari tadi sibuk menari-nari mintak makanan. Isyk, apa ni musim tari-menari ke hape? -.-"
p/s: Kenapa GBM eksited pakai baju cantik-cantik, tudung belit-belit bagai? Ada orang nak masuk minangkah? Atau mahu datingkah? *Jeng-jeng-jeng ..* Kalau rajin.. kalau tak malu... aku citer. INSYAALLAH.. hehe. *_*
Sekian,
No comments:
Post a Comment