Alhamdulillah.. Syukur tak terhingga dapat lagi kita merasai nikmat kedatangan bulan Ramadhan kali ini. Dah dua hari ke surau yang berdekatan dengan rumah dah dua hari jugak GBM rasa macam tak khusyuk nak solat. Astaghfirullahalazim.. istifar panjang dalam hati..
Sabda Rasulullah S.A.W: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (Dalam mendirikan saf), akan tercerai-berai hati kamu. (Riwayat Muslim)
GBM rasa setiap barisan saf tu boleh muat lagi beberapa orang kalau mereka-mereka ini faham erti saf yang sebenar. Kalau solat-solat berjemaah bulan-bulan yang sebelum Ramadhan boleh pulak rapatkan saf.. kenapa bila tiba bulan Ramadhan semua macam buat endah tak endah berkenaan soal saf? Kenapakah begitu wahai puteri-puteri sekalian? Ya, memang bulan Ramadhan syaitan diikat tapi tak semestinya tak perlu rapatkan saf. Yang namanya berkat itu datangnya daripada Allah sayang-sayangku.. Setiap apa yang disuruh.. pasti bermanfaat bagi kita semua. Tahukah kalian bahawa Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada mereka yang menyempurnakan saf dalam solat.
Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama. Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan yang kedua.” Rasulullah menjawab: Ya, juga bagi saf kedua. (Riwayat Ahmad).See.. Ya Allah.. sebegitu senang nak mendapat berkat dariNYA. GBM sayang puteri-puteri sekalian.. Sebab itu kalau boleh GBM nak sangat pergi ke tempat tok imam pegang mikrofon cakap satu-satu berkenaan kepentingan menjaga saf dalam solat berjemaah. Tapi GBM tak mampu buat.. sebab GBM segan..hanya mampu membendung dengan beristifar panjang di dalam hati.. Semua kat situ lebih kurang sebaya dengan Mak GBM sendiri. GBM nak kita semua solat dalam keadaan yang paling cantik.. bukan cantik dimata GBM tau.. tapi cantik disisi DIA yang menciptakan kita.
Rapatkan saf jugak sebagai simbol kekuatan ukhwah sesama kita. Saf terjaga.. maka terjagalah juga ukhwah sesama kita.
Sesi usrah bersama geng berbulat gembira =) |
GBM sayang anda semua. Teguran ikhlas dari lubuk hati GBM yang paling dalam. Sama-sama kita berjuang dalam mencari keredhaanNYA. ^_^
(credits to: rakan FB GBM.. ilmu yang sangat bermanfaat.)
Sekian,
4 comments:
semoga kita dipermudahkan segala urusan dlm bulan yang mulia ini. insya-allah.
Sama la kita. Puas tarik mkcik sbelah suh rapatlan saf. Pening pening -.-
@Fatin: Ameen~ Mudah-mudahan.. =)
@Nur Zafirah: Itulah kan. mereka takot sejadah mereka lari kot. =)
Salam Ramadhan :) hee
Post a Comment